Thursday, 6 November 2014

Misi menawan CAMERON HIGHLAND..(Part 2)

Masa kami kat tanah tinggi tu, tetiba IRFA buat gempak pulak dengan menghantar gambar ni kat grup whatsapp. Saspen kejap bila baca tajuk tu..heheh. Rupanya kes kebanjiran warga asing kat sana. Sepanjang pemerhatian aku kat pasar tani tu yang ramai adalah pekerja warga indonesia je..


Pagi Isnin tu lagi sekali kami ke KEA FARM market sebab housemate cakap nak menyoping sayur katanya. Aku pun beli jugaklah sayur-sayuran jugak untuk kawan2 opis. Maklumler dorang kan suka main masak2 kat opis.

Kat sini dengan RM10 tu macam2 sayur boleh beli kan, memang menjadi kesukaan para surirumah ni. Aku beli yang dia jual 08 PAKET RM10 tu je..senang.

Singgah sekejap di CACTUS FARM ni..












Menyinggah je kerjanya...




Strawberi kalau buat jeruk asam boi pun sedap kot...heheheh


Otw balik singgah sekejap berehat segarkan mata di LATA ISKANDAR ni.


Banyak kedai2 souvenier berasaskan rotan & gera jajan kat tepi jalan tu. Jalan dia tu takdelah besar mana, harap keta @ lori tak laju sangat bila lalu kat situ..risau aku. Tapi lori & bas memang akan hon je supaya orang alert & berhati2. Dahla susah parking tapi degil nak jugak berenti..menapak lah kau...huhu








Aku drive sampai Hentian R&R Tapah je. Pastu aku handover stereng kat housemate pulak. Masa untuk lelapkan mata...biar dia pulak fokus dalam pemanduan...barulah adil..hahaha


See..kejap je kami dah sampai sini...welcome home yaww...

Total keseluruhan cost kali ini adalah RM400 untuk duit minyak, tol, makan, jajan, hotel & maintainance kereta..so satu kepala RM100..


Harini terbaca pasal berita banjir lumpur kat area RINGLET, CAMERON HIGHLAND susulan dari hujan lebat dalam sehari dua ni. Teruk jugak ye...alhamdulillah kami selamat pergi & balik..


Doakan yang terbaik untuk mereka kat sana...

6 comments:

  1. Bkn di Ringlet jea cik viva...hampir semua tempat ada yg banjir dan tanah runtuh...kesian student2 yg nk ambil spm..dan sek kami jgk baru jea kehilangan seorg pelajar yg dihanyutkan air di kuala terla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqda,
      Masa sy cakp nk kesana aritu pon, kakak2 opis ckap jgn naik la time hujan2 ni..tapi kami nekad jugak..hehe, alhamdulillah dah balik baru banjir..tapi tetap rasa simpati dengan apa yang jadik..

      Delete
  2. telan2 aliooo tgok stoberi merah menyala tu...
    sekrg kn tgh musim hujan tu yg jdi banjir kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang kat sana mesti dah boring makan stroberi tu kan...kita je yg over excited...heheh

      Delete
  3. semoga dipermudahkan buat org cameron..
    naik ikut tapah juga ye..mmg mncabar ikut laluan tu.kalau ikut simpang pulai ok sikit.
    katanya..

    saya pestime hri tu ikut laluan ni juga.
    fuhhhh, tarik napas panjang h kalau ikut vontot lori.. hazabedah sungguh le jawabnya

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺