Monday, 29 December 2014

SELEPAS BAH @ BANJIR MELANDA..

Sabtu pagi dapat kol dari MAK aku...yahoooo. Akhirnya terjawab persoalan kami setelah 2/3 hari lost contact ni. Mak cakap famili semua OKAY, tapi air dah naik paras lutut kat dapur rumah. Ayah dah pindahkan semua barang2 penting cth ke bahagian hall rumah. Tawakal je kalau air naik lagi. Adik aku cerita lagi 3cm air nak melimpah ke hall masa tu...

Adik aku balik kampung haritu nak jenguk mak ayah & tolong apa yg patut. Ekceli ayah tak bagi adik aku balik sebab bahaya jalanraya tak sempurna & ada jalan runtuh di sesetengah kawasan. Tapi adik aku tetap jugak balik konvoi dengan sepupu2 kami. Hilux sepupu penuh dengan barang2 keperluan banjir.


ALHAMDULILLAH..sekarang banjir dah surut..tapi keadaan belum stabil, masih ramai yang belum dibenarkan balik kerumah masing2 lagi..sebab takut mungkin ada gelombang seterusnya. Mintak2 dah musim banjir dah berakhir..


Ramai orang share gambar2 keadaan kampung selepas banjir surut. Memang amat menyedihkan...ibarat TSUNAMI melanda. Ada yang hilang nyawa, harta benda & rumah juga. Lagi menyedihkan bila ada yang hanya dapat melihat tapak rumah sahaja berikutan rumah mereka dah hanyut dibawa arus.


Ni rumah pakcik aku, sebelah tu sepatutnya rumah lama atok..tapi rumah tu dah hilang. Adik aku cakap dah kena hentam dengan balak2 yang hanyut. Rumah kenangan tu dah tinggal kenangan betul...walaupun dah takde sapa dok situ (tak pasti ada penyewa ke tak sekarang) tapi still jugak sayang kot..yelah, rumah yang banyak meninggalkan kenangan untuk kami semua..

Tetapi ada baiknya jugak MUSIBAH ni..dari sudut lain sebab secara tak langsung dapat merapatkan silaturrahim yang dah lama terpisah, masa nilah baru masing2 nak mencari contact sebab nak bertanya khabar. Yang lagi best tetiba IRFA jadik admin grup wassap untuk SEPUPU SEPAPAT..hehehe

14 comments:

  1. Ya Allah mmng mcm Tsunami ye...bnyk harta benda musnah

    ReplyDelete
  2. moga mereka yang susah ni tabah menghadapinya...sedih tgk keadaan dorang

    ReplyDelete
  3. mmg besar sungguh ujian di akhir 2014 ni kan... yelah, walaupun perit kita tgk tp Allah sebaik2 perancang, msti ada hikmah di sebalik semua nih kan

    ReplyDelete
  4. Kita memang perlu ada group sepupu sepapat kan....nak bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim di samping melicinkan perjalanan family day.

    Kenderaan macam Hilux tu jer yang boleh lepas kan. Akak nak pujuk hubby soh jual keter lembu dia dan beli Hilux la rasanya.... Tapi mentenen tinggi la pulak...alahaiii

    ReplyDelete
  5. saya setuju ayat akhir... musibah ini mengeratkan lagi perpaduan rakyat Malaysia yg teruk terpecah belah dek perbalahan politik... bersabarlah wahai mangsa banjir... Allah sedang mendatangkan rahmat...

    ReplyDelete
  6. Rabbi yassir walaa tu'assir.. Moga Allah lindungi semua...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..tak dapat bayangkan saudara sendiri di timpa musibah..saya tengok pon sayu..

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah beri ketabahan dan kekuatan buat semua mangsa banjir yang terlibat.

    ReplyDelete
  9. itu lah kann.. di sebalik musibah, ada hikmahnya.. sedih atas apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  10. ujian yg diberi tidak sama....kita sanggup atau tidk menghadapinya.
    selepas dah surut air bah satu lagi ujian nak membersihkan keadaan rumah yg berlumpur.
    paling sedih bila rumah pun dibawa arus...

    ReplyDelete
  11. Salam

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru 2015.. ada hikmah i sebalik yg terjadi.. sedih Ros dengan apa yang terjadi...

    ReplyDelete
  13. ada hikmah disebalik semuanya. semoga yang diuji tabah..

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺