Friday, 28 February 2014

Kisah CV Balik Kampung...

Last aku balik kg masa raya haji tahun lepas..Nov, Dec, Jan, Feb..tolak campur semua lebih kurang 4 bulan dah tak balik kampung. Aku bukan taknak balik tapi tulah sebab adik beradik aku semua ada kat sini & lagi satu sebab mak pun selalu datang sini jugak so tak sempat lah aku nak feeling rindu-rinduan giteww.

Adik aku dah apply cuti seminggu dah, aku je yang "bagus" sebab ambik cuti sehari je iaitu isnin, so bile combine Sabtu Ahad jadik 3 hari la jugak. Aku tinggal dia kat kampung sebab dia kata nak merelease tension, relaks2 kan minda & jugak berhibernasi sebaik mungkin..heheheh

Kami naik flight yang paling awal iaitu pukul 7.50 pagi, tapi disebabkan malas nak naik bas, aku tumpang sorang member ni yang kebetulan nak pegi Kota Kinabalu pd hari yang sama, jadik pickup time beliau adalalah seawal sebelum subuh sapie, jadik kami ambik wuduk siap2 sebab dah tau surau kat airport mesti crowded..


Sampai kat airport KB, seperti biasa tak penah ada yang datang menjemput, so kami kena naik bas or cab je ke bandar KB, kemudian naik bas lagi ke pekan KK. Suasana pagi di bandar KB tak begitu sesak lagi, perut pun dah berlagu dondang sayang mintak diisi sarapan. Memang kena makan dulu pon sebab jauh lagi nak sampai pekan kg aku, bukan apa kang dalam bas ada pulak yg kelaparan..hahah.


Jumpa la satu gerai makan area belakang stesen bas KB ni je, order teh o ais & milo ais. Kat atas meja dah siap2 ada nasik kerabu, nasik belauk, nasik kapit @ nasik himpit bersama sate yang dah dibungkus. Cuma perlu pilih saja mana yg anda berkenan di hati & selera. Sempat  borak dengan sorang pakcik customer tu, dia cakap memang kebanyakan kedai2 makan semua dah wat style camtu. Maksudnya ada pihak ketiga yg akan hantar stok2 nasik ke gerai area KB ni. Kami pilih nasik kerabu & nasik belauk , pastu makan sambil feeling2 tourist giteww. Total kos sarapan kami pagi itu cuma berjumlah RM7.50 untuk dua bungkus nasik & dua gelas air..

All the way nak sampai pekan KK, kami tido je..kebetulan pulak bas tak ramai orang jadik boleh la tido dengan aman. Lagipun mana ada orang dr KB nak ke KK pagi2 camtu, kalau dari KK nak ke KB yelah ramai, maklumlah hari sabtu, minggu outing utk budak2 hostel..heheh


Okay, this is Kuala Krai, my lovely hometown omputeh cakap..Banyak kenangan pahit manis aku kat pasar ni masa aku kecik2 lah. Irfa pun ada kenangan yang paling suweet sangat kat sini, tak caya cer tanye beliau..heheh. Sebelum balik rumah tu, sempat lah merayau ke kedai2 tudung berdekatan, sebab kt kampung tudung murah2 je. Pastu naik pulak prebet sapu nak balik rumah sebab ayah aku bizi takleh datang pikap. Mintak pakcik tu hantar kami sampai depan pintu rumah...boleh?? aku bayar extra caj lah..hahaha


Petang2 macam biasa aktiviti kalau balik kampung harus @ wajib kena pergi melawat nenek kat kg sebelah. Nenek tinggal dengan pakcik sebab kira tu macam rumah pusaka lah kan. Lepak sana dalam sejam dua pastu balik rumah pulak. Otw balik rumah nampak orang jual2 ni, singgah beli sate ikan ni atau nama glamernya Lokching...dah lama tak makan, adik aku beli sampai RM10..tu diaaa

Hari Isnin dah balik Nilai dah.Perjalanan macam biasa turun naik bas ke airport KB. Kena rajin sikit lah sebab tu nak turun umah awal nak mengelakkan kelewatan. Tapi bas dari KK ke KB tu memang uzur sangat dah, nasib baik aircond masih berfungsi dengan baik. Transit beberapa kali termasuk untuk solat zohor..

Flight aku pukul 4.30 petang, boring jugak jalan sorang2. Tapi nak buat caner..sapa suruh tak ambik cuti lama seminggu..huhu


Inilah kisah aku untuk 3 hari 2 malam weekend haritu, walaupun agak rushing namun berbaloi bila dapat mereka yang tersayang. Bila nak balik kampung lagi?? Emm...inshaaAllah, panjang umur aku balik lagi..mak, ayah & adik jangan risau k..

Wednesday, 26 February 2014

WW :: Bateri Kereta & BR1M..

Semalam masuk keje setengah hari je sebab pagi bizi nak menyetelkan hal keta aku. Aku memang saspek bateri keta dah nak kong sejak seminggu dua ni sebab setiap kali aku start enjin macam semput je. Tapi tak sangka pulak dia nak tunggu aku dapat duit BR1M dulu baru dia nak betul2 mati...hehehe

Jumaat lepas keta tu dah takleh start, tapi aku biar je dulu sebab aku nak balik kampung.weekend tu. Balik kang baru piker caner, so semalam memang dah konfem keta takmo hidup walaupun aku dah cas bateri tu pakai keta member. Last choice, pegi jelah beli bateri, tapi susah pulak nak carik bateri sel kering ni kat area rumah aku tu..yang ada bateri basah je. Pastu bajet aku pulak dalam RM150 je, carik punya carik & akhirnya jumpalah jugak.


Total kos semalam campur dengan servis minyak hitam, oil filter & air filter kenalah dalam RM250. So ada balance lagi RM50, isi minyak penuh dah setel RM300 tu..Okla kann..heheh

Kenapa aku nak pakai bateri kering jugak?? Sebab aku kan tak berapa rajin & ingat nak check air bateri tu, so bila pakai sel kering ni senang, dekat2 nak sampai dua tahun dari tarikh tukar tu, beringatlah.

Dulu aku pakai bateri sel basah tu jugak, tapi nak dijadikan cerita dulu2 aku tak penah check pun air bateri tu sampai keta aku jem kat parking opis sebabnya air bateri dah kering kontang. Serius masa tu aku memang tak tau yang kita kena check & topup air bateri tu...huhu

Friday, 21 February 2014

Resepi PANCAKE MANIS..

Harini ada kelas masak masak Pancake. Resepi dari intenet tapi tak tau dari blog mana, maafkan saya sebab akak tu dah lupa mana dia ambik..huhu. Jadi tugas macam biasa kena beli bahan je, pastu dorang la masak. Nama Pancake ni omputeh sangat, kalau melayu panggil lempeng je..


Bahan-bahan
  • 3/4 cawan susu segar (campur 2 sudu besar cuka makan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar butter (yang telah dicairkan)
  • 1 biji telur
Cara-caranya
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan seperti tepung, gula, baking powder, soda bikarbonat & garam.
  2. Kemudian campurkan butter, telur & susu dan pukul sedikit supaya sebati.
  3. Campurkan kedalam adunan tepung tadi & gaul sehingga sebati.
  4. Pastikan bancuhan tak terlalu pekat ataupun terlalu cair.
  5. Kemudian tuangkan ke atas kuali non stick atau apa2 jenis kuali yang tak melekat.
  6. Bila sudah masak, hidangkan mengikut citarasa masing
Kami sapu penkek tu dengan butter, jem stroberi & kaya je pastu lipat. Tapi sekali tengok penkek tu dah jadik macam apam balik daa...hahahah


Selamat mencuba =)

Thursday, 13 February 2014

Majlis Tahlil & Kenduri Doa Selamat..

Bersempena dengan mendoakan kesejahteraan kami semua, mendoakan kesihatan ahli keluarga staff yg kini masih berada dalam wad, mendoakan keberangkatan staff yang akan menunaikan & juga yang baru sudah selesai mengerjakan umrah, maka kenduri doa selamat & bacaan tahlil diadakan harini dengan sempurna. Dengan izin ALLAH, semoga apa yang kita doakan akan termakbul..aminn


Friday, 7 February 2014

Monopod lagi..hehe

Salam JUMAAT semua..

Harini pagi2 dah jadik lipas kudung, pergi collect barang aka MONOPOD yang aku ade order aritu kat pejabat pos. Posmen datang rumah Rabu lepas tapi mana ade sapa kat rumah sebab semua orang keje. Terpaksalah aku hold sampai harini. Pastu melencong pergi KLIA pulak antar adik aku collect hadiah lucky draw yang dia dapat masa annual dinner bulan lepas.

Kenapa baru nak collect?? Yelah, dah kena pegi claim hadiah tu sendiri area Puchong nun, mana la kitorang tau jalan & ada masa nak kesana. Kalau ikut tarikh kat surat tu,dah tamat tempoh 31Dec13. Tapi kalau dah namanya rezeki dia, memang tak kemana. Semalam supervisor dia bagitau supplier dah hantar hadiah2 yang tak dituntut tu kat HQ. So takkan lah dekat pon taknak amik jugak kot..walaupun ia hanya DVD Player..hihihi


Jangan salah paham ye pulak sebab gambar diatas takde kena mengena dengan DVD Player itu...heheheh

Thursday, 6 February 2014

Kata Ganda dalam Loghat Kelantan..

Kepada orang2 KELANTAN sekalian, apa kata cuba korang ingatlah kan..agaknya dah berapa lama sangat kita tak guna perkataan KATA GANDA macam kat bawah ni ye walaupun kita bercakap dengan orang satu negeri dengan kita...hehe.


Sebab selalunya kita mesti cakap bahasa standard kan..supaya senang orang paham..betul tak??

#ILOVEMYHOMETOWN

Tuesday, 4 February 2014

Monopod vs GoPro kamera..

Perasan tak sekarang ramai orang amik gambar sambil pegang monopod. Sapa yang tak tau apa benda monopod tu, ia adalah sejenis pemegang untuk gajet seperti kamera, video camera. Alaa..monopod ni macam tripod la jugak tapi monopod ni sebatang je. Boleh adjust dia punya panjang tu, jadi ia biasanya digunakan untuk mengambil gambar berdua atau beramai-ramai..

Kenapa ye? Sebabnya nak kalau ambik gambar pakai monopod ni dah tak payah2 nak mintak tolong orang amikkan..boleh amik sendiri. Contohnya macam ni mereka bertiga ni..


Tapi aku tengok camera camni kalau jenis yang GoPro punya mahal jugak tu..seribu lebih harga dia. Tapi gambar dia smart lah kot..tengok artis ramai pakai camera GoPro nih. Aku tak mampu lah nk beli camera cenggini, cukuplah sekadar kamera digital kaler pink aku tu..bagi aku dah cukup clear dah kalau pandai setting..heheh


Inilah dia kamera GoPro tu, yang kat bawah ni bila dah dipasangkan kat monopod tu.


Bila aku google kat IG (sekarang ni aku google especially barang lah kat Instagram je...heheh) so, jumpa lah sesuatu yang dinamakan monopod yang ada holder yang boleh letak handphone yang bersaiz Note ke bawah sahaja. Kalau agak2 sapa yang pakai tablet tu, kirim salam jelah ye..huhu.

Kalau nak ambik gambar pakai monopod ni ada dua cara lah, pertama setting pakai self timer & lagi satu kena klik pakai shutter yang kita kena sambung kat handphone tu. Shutter tu biasanya jual asing..tapi jangan risau kat IG berlambak orang jual. Harga monopod dalam lingkungan Rm60-70 je. Oklah kan..dah ambik gambar tu leh terus upload.



Memandangkan aku belum mampu nak beli Note 3, (tengah simpan duit ni singgit sehari) aku ingat nak beli je monopod ni buat standby, lagipun aku rasa boleh pakai kat kamera pink aku tu.....hahaha buleh tak???