Tuesday, 18 March 2014

Resepi KIMCHI..

Sape peminat drama Korea mesti penah try makan Kimchi kan? Okay, harini aku nak share resepi membuat Kimchi, resepi ni kami dapat dari sorang kenalan dari Korea..mungkin resepi mak dia kot..heheh


Bahan Asas

2 biji Kobis China }
8 cawan air sejuk } * Rendam di dalam air sejuk
Garam secukup rasa }

Daun bawang }
Daun Kucai }
Lobak Putih } * Potong sepanjang 2 inci 
Timun Jepun }

10 sudu makan Sos Ikan }
1 biji bawang merah }
5 ulas bawang putih } * Kisar sehingga lumat
Sedikit Halia }
2 sudu besar Gula }
1 sudu besar Cuka }
1 biji Epal @ pear }

Sedikit Ajinomoto }* Bahan perasa
Sedikit Garam }
Serbuk Cili Merah

Cara-cara membuat
  1. Gaul serbuk cili merah dengan kubis yang telah direndam tadi.
  2. Kemudian masukkan semua bahan yg telah dipotong & juga bahan yg dikisar.
  3. Tambah serbuk perasa (Aji & garam) mengikut cita rasa masing-masing.
  4. Simpan dalam peti ais untuk lebih sedap.
Selamat Mencuba ^ ^

Thursday, 13 March 2014

Jerebu oh Jerebu..

Jerebu kembali setelah lama menyepi, aku ingat lagi aku penah buat entry pasal ni bulan June tahun lepas, tu pun selepas aku check balik entri lama2..heheh

Dulu jerebu teruk sangat sampai sekolah pun kena tutup sebab bahaya untuk pelajar2. Sekarang jerebu sebab banyak kawasan hutan, belukar, tanah gambut yang terbakar di musim kemarau ni. Bomba takleh relaks lah sekarang ni, ada je panggilan kecemasan...

Waktu pagi boleh tengok abu2 pembakaran hutan tu berterbangan & melekat kat body kereta sebabnya hutan kat area belakang perumahan aku semua dah habis dah terbakar..

Kemarau ni jugak menyebabkan berlakunya masalah kekurangan air, alhamdulillah taman perumahan aku tak termasuk dalam senarai taman2 yang terlibat dalam catuan air ni...syukurr


Pic ni aku sempat snap pukul 1 tengah hari tadi. Kalau bukak tingkap bau asap je. Hujan pun dah lama tak turun kat daerah aku ni..rindu pulak rasanya nak main hujan...heheh

Hujan oh hujan, kenapa engkau tak turun??
Macam mana aku nak turun, katak tak panggil aku...(kompius katak, akukah yg bersalah??? )

Monday, 10 March 2014

PRAY FOR MH370..


Ya ALLAH Ya TUHANKU..

Jika di laut ... TIMBULKANLAH
Jika di langit ... TURUNKANLAH
Jika di darat ... TUNJUKKANLAH


Ikhlas dari kami warga-warga penerbangan.. 

#PRAYFORMH370

Friday, 7 March 2014

SABAR jelah...

~ Kisah orang bujang ~


Pernah tak sapa melalui situasi macam ni, sedang dalam perjalanan menuju ke opis dengan hati yang girang dan semangat yang berkobar-kobar, tetiba korang terserempaklah dengan sapa2 yang actually bukan satu opis dengan korang pun tapi kira satu bangunan lah samada kat cafe, tengah tunggu liftt mahupun di dalam lift...pastu tetiba dia tegur pulak @ dengan kata lainnya cuba bermanis mulut untuk memeriahkan suasana...

  • "Hai..apa khabar? Anak sihat?
  • "Hai..lama tak jumpa, anak berapa dah?
  • "Cuti skolah ni tak bawak anak2 jalan ke?
  • "Ehh..lambat harini, hantar anak sekolah ke?
Korang rasa mood aku OK tak untuk pagi tu?? 


Nota kaki :: Banyak kali aku kena tegur dengan orang yang sama, tak paham aku..padahal opis sebelah je kot..nampak nau tak alert..huhh

~ Kisah orang dah berkahwin ~


Situasi yang sama seperti diatas jugak, tapi soalan beza sikit..heheh
  • "Sihat ye sekarang, dah berapa bulan dah?" (padahal kawan tu hanya mengalami masalah lemak tepu di bahagian perut beliau sahaja & bukan mengandung pun)
  • "Hai, lama tak jumpa, anak berapa dah?" (Orang tu belum ada rezeki lagi nak ada anak biarpun dah bertahun berkahwin, tidak kah sensitif soalan tersebut??)

Nota kaki : Jangan suka suki tegur orang jika tak tau pasal apa2 pasal beliau, setakat bertanya khabar cukuplah kot..

Wednesday, 5 March 2014

WW :: Doa Pagi..

Bismillahirrohmanirrohim..(Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang)..