Wednesday, 30 April 2014

Sup Ketam & 100 Plus untuk Denggi..

Harini aku gagahkan jua diri datang keja sebab dah 02 hari tak masuk opis. Isnin sebab aku tak larat gile dah, sakit badan, sakit kepala jadi aku ambik EL je. Semalam pulak aku jumpa doktor check darah sebab aku risau kot aku ni saspek denggi ke apa ke. Yelah aku start deman hari sabtu lagi. 02 hari aku check in kat rumah Irfa. Dia pun pelik tetiba aku muncul kat umah dia tapi terus carik bantal sebab dah rasa macam nak pitam.

Isnin aku dah balik umah sewa dah. Gigih jugak keluar beli ketam 02 ekor & masak sup ketam tu sebab kata orang petua nak cepat baik kena minum sup ketam & air 100 plus. Aku ni  tak penah beli ketam sepanjang hayat hidup aku, apatah lagi nak masak sup ketam tu. Ntah apa rasa sup tu, aku telanlah jugak.. huhu


Semalam bila pergi check darah tu, doktor cakap bukan Denggi tapi aku demam virus je. Alhamdulillah, risau dah takut kena check in sepital pulak nanti. Disebabkan esok PH, jadi aku datang lah keja nak setel mana yg patut, takut Jumaat ni tak sihat balik ke, mana kita tau kan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Thursday, 24 April 2014

Rezeki untuk dikongsi...

Hari isnin lepas terima sekeping cek dari takaful, sebab aku tak claim apa2 tahun lepas untuk insuran kereta. Takde lah banyak sampai ratusan atau ribuan pun, tapi hanya berjumlah RM74.33... alhamdulillah.

Aku ingat tak dapat da cek ni sebab ada lah kes 2/3 minggu lepas, bila hujan sangat lebat pakej sekali dengan angin, segala surat-suratan habis diterbangkan angin pastu lunyai kena air & masuk longkang. Contohnya macam kes surat poslaju haritu yang aku terjumpa kat bawah kereta member tapi surat tu dah takde rupa surat dah..tulisan semua hilang sebab dah kembang kena air hujan..huhuuu


Semalam aku check dah masuk duitnya, oklah kan, duit blogging aku pun takde banyak camni...heheh. Pastu nak di jadikan cerita, masa kat parking petang semalam aku terperasan tayar keta depan sebelah driver dah crack...pulak dahh   >_<


Ni kalau aku tak tau dah crack camni, selamba je aku bawak & pecut laju cam biasa. Tapi bila dah tau tetiba rasa kecut perut pulak nak drive balik rumah semalam walaupun rumah sekangkang kera je. Jadi aku ambik keputusan singgah workshop lah kejap. Tapi boleh pulak budak pomen tu cakap, ok lagi ni kak, tayar ni tebal boleh jalan lama lagi ni. Ishh budak ni, cam taknak berniaga pulak..selalu pomen nih pantang tanya semua nak ditukar..huhu

Aku buat2 lah tanya kalau tayar secondhand brapa, dia kata dalam rm40 je, kalau sekali dengan balancing & alignment kira RM70. Ehh..macam sama je dengan jumlah cek aku tadi..hahah. So, tukar jelah tayar tu, risau gak aku kot jadik cam tayar keta akak opis aku dulu.. pecah tengah2 jalan sebab Tayar Meletop ...ngeri aku rasa..

Dah tukar tu rasa konfiden la sikit walaupun tayar tu nampak cacat sebab tak sama brand dengan tayar asal, whatever lah...janji tak crack dah..

Monday, 21 April 2014

Bila ULSER menyerang..

Dah banyak hari ni sakit mulut sebab ada ULSER, walaupun sakit camtu tapi selera makan tetap lalu jugak tu yang aku tak paham tuh..huhuh. Ambik ubat Bonjela ni kat medical centre tadi, aku kirim je kat akak opis yang kebetulan nak turun amik ubat. Lega sikit aku rasa bila sapu ubat ni, kalau tak pedih yang amat sampai stress perasaan aku...


Dorang suruh aku sapu dgn garam lah, madu lah..macam2 petua nenek moyang dah keluar bila aku mengadu sakit mulut ni. Aku rasa lebih selesa pakai Bonjela ni kot sebab ia berangin & kebaskan mulut aku sekali..heheh

Nak share info pasal ULSER ni..(rujukan dari KKM)

Antara yang menyebabkan terjadinya ULSER

  • Berpunca dari kecederaan (trauma) fizikal seperti tergigit atau terkena alat-alat tajam.
  • Kekurangan zat-zat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  • Daya tahan badan yang berkurangan.
  • Jangkitan bakteria, virus & kulat.
  • Alahan/reaksi alergik.
  • Kanser mulut

Cara untuk mengurangkan rasa sakit

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit.
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas & berempah.
  • Minum air secukupnya.

So, aku kenalah rajin2 sapu ubat kalau nak cepat baik...heheh

Monday, 14 April 2014

Jumpa Doktor GIGI..

Sabtu lepas, aku telah berjaya melobi adik pompuan pergi jumpa doctor gigi. Punya lah susah nak jumpa dentist, padahal asik mengadu sakit gigi je. Memanglah kalau sakit gigi jangan terus jumpa doktor, sebab mesti lagi sakit. So, bila dah tak sakit tu pegilah dentist tu, so kalau buat treatment pon takde lah sakit giler macam mana sebelum ni..betul tak??


Aku suruh dia pakai kompeni punya medi kad so tak yah bayar kan..yelah kan dah entitle, so pakai jelah kemudahan yang ada tu. Kebetulan pulak kami pakai klinik panel yang sama jadi senanglah sebab aku dah biasa pergi sana. Disebabkan walk in, maka kami kena menunggu jugak lah dalam sejam dua camtu, adik aku dah cuak dah masa tengah tunggu tu..hahaha. Tapi aku cakap kalau ko berjaya, aku belanja mekdi..saje je offer, sebab mesti dia tak lalu dah nak makan pastu..hahah..jahat tak aku??

Oleh kerana aku tengok dia macam dah agak cuak kan je kan, aku teman lah dia masuk jumpa doktor. Dengan selamba aku ambik gambar dia, tetiba kena tegur dengan cik misi..."No camera allowed"...Okay, soriii.. Tapi aku berjaya jugak meng-snap sekeping sebelum kena tegur tu..heheh


Doktor suruh dia datang lagi buat treatment lepas ni..sebab ada gigi yang nak kena cabut..haaa.. part yang cabut tu memang serammmm. Kalau aku ingatkan balik kenangan aku dulu2, rasa macam nak menjerit satu klinik tu dah time tu, sakit wooo. Tapi sampai bila nak simpan tunggul mati kan..terpaksa lah jugak buang..

Adik aku cakap...emmmm, tengoklah kalau SENANG, boleh lah datang lagi. Yelah tu....aku tau sangat dah, konteks SENANG kat sini bermaksud.."Memang taknak datang dah".. Agaknya seram lepas dengar pengalaman aku cabut gigi kot..heheh

Plan makan Mekdi tetap berjalan seperti dijanjikan, ingat dah tak lalu dah...huhu


Kawan2 selalu jumpa dentist time bila ye? Time sakit or time tak sakit? ^ ^