Friday, 25 July 2014

Dapat KAD RAYA dari CIK JARIMANIS..

Semalam kita dapat kad raya dari blogger CIK JARI MANIS @ nama pendeknya JM. Sapa tak kenal & baca belog JM kira macam satu kerugian besarlah, sebab belog beliau banyak info & panduan untuk sesapa yang kaki travel tu. Sila klik SINI untuk keterangan lanjut ye...heheh.

Teruja sangat sebab tak sangka sempat jugak sampai kad raya tu. Terima kasih JM...terima kasih abg posmen..


Tapi dalam tu ada dua kad raya..satu untuk IRFA & satu lagi aku punya kad. Sempat lagi JM selitkan duit raya utk anak2 buah aku tu. Terima kasih acik JM...hihihi

Thursday, 24 July 2014

Tak SABAR pulak rasanya...

Tak nak cakap apa-apa lah..biar gambar yang bercerita... cewahhh


Bendera Separuh Tiang di KOMANWEL..

Bendera Jalur Gemilang dikibar separuh tiang semasa hari perasmian SUKAN KOMANWEL 2014 di Glasgow, Scotland oleh pembawa bendera negara sempena memperingati tragedi nahas MH17

Kelihatan juga barisan para atlet hadapan memakai uniform crew MAS..


Biar apa orang nak cakap & kondem pasal MAS, aku tetap bangga menjadi salah seorang dari ahli keluarga besar MAS. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...ahakss

#Proud to be Malaysian =)

Wednesday, 23 July 2014

Resepi SOTONG CELUP TEPUNG

Ahad lepas, dok pusing2 dalam supermarket sebab taktau nak beli apa...tetiba terperasan tepung goreng Bestari ni. Terus teringat ahkak opis penah cerita yang tepung brand ni sedap kalau buat goreng2. So aku capai satu kotak untuk percubaan.

Mula2 aku nak ambik udam, tapi tak jadi sebab piker kalau pakai sotong lagi sedap kot. Jom kita try..


Bahan2
  1. Tepung Goreng Ayam Bestari
  2. Sotong 
Cara2..
  1. Bersihkan sotong kemudian potong kecik2 mengikut citarasa
  2. Bancuh tepung Bestari sehingga pekat
  3. Celupkan sotong dalam bancuhan tu.
  4. Golekkan sotong yang dicelup tadi ke dalam lebihan tepung
  5. Goreng kedalam minyak yang betul2 panas.
  6. Masak sehingga kaler garing.
Taraaaa...siap dah. Semudah ABC je kan, tapi yang aku heran tu bila aku order kat kedai tomyam selalu je dapat CEKODOK SOTONG bukannya SOTONG CELUP TEPUNG..camne tu hah??  > <

Thursday, 17 July 2014

Ada apa dengan MEREKA..

Keta aku pernah 2 kali kena langgar
  1. First time
  2. Second time
Walaupun semua kejadian di atas tu terjadik bukan sebab salah aku sebenarnya, tapi aku pulak yang gigil, kalau sapa2 toreh muka aku time tu konfem takde kuar darah sebab aku dah takut giler..huhu

Tapi apa yg kecoh semalam sbb ada hamba Allah ni sangat marah sehingga sanggup bertindak di luar kawalan bila keta dia kena langgar. Aku yg tengok video tu pun rasa speechless jugak.

Banyak sungguh kita baca komen2 negatif pasal sikap pemilik Peugeot putih tu..tapi aku ada baca yang dia dah mintak maaf on air kat radio katanya pagi tadi..


Ni aku aku copy dari IG Paknil. Aku rasa betul jugak apa dia cakap tu..UNCLE Sim pun okay & dah maafkan owner Peugeot tu atas apa yang jadik, kenapa anda pulak tak okay kan..huhu


Marah-marah jugak, jangan lupa sekarang ni bulan puasa...bawak2lah bersabar ye...renung2kan dan selamat beramal...

GA :: GIVEAWAY 2014 by CIKVIVA..

Assalamualaikum...
Harini belog CV dah masuk tahun kedua...tak caya? Ni hah bukti dia..


Last year CV buat 2013 GA sempena setahun berbelog, so tahun ni pon sama jugak..tapi kali senang sket soalan dia..

Saya SUKA BELOG CIKVIVA kerana..................(nak buat karangan pon boleh, tapi jangan spam tau.. =) 

Tu diaaa...soalan berani mati ni, saja nak mintak puji-pujian sangat kan..hahah. Nak puji tak salah, tapi kalau sapa nak puji tu jangan melambong sangat tau...nanti CV riak, sombong, bongkak, takbur, berlagak pulak. Sapa nak jawab tu, tak pasal2 jadik dosa kering pulak...heheh


So, CV harap kawan2 sekalian dapat memberi jawapan yang SEIKHLAS HATI...heheheh

03 pemenang akan ditentukan selepas CV & team buat penilaian berdasarkan jawapan yg paling kreatif dari pandangan mata kami..walaupun aku sedikit nervous nak baca komen2 anda nanti..heheh

Senang bukan?? 

Jadik sapa yang sudi bolehlah komen KATA-KATA SEMANGAT untuk CV di ruangan komen beserta link blog anda untuk tujuan rujukan.

Tarikh tutup 31hb July 2014 (Khamis).

Yang Ikhlas
CV

Buffet Ramadan RM30..

Ini kisah masa cuti Nuzul Al Quran haritu. Kami ber'iftar di sini di Buffet Ramadan yang berdekatan dengan area rumah kami. Harga seorang RM30 (dewasa) & RM20 (kanak-kanak). Dah lama rasanya kitorang tak keluar makan bersama-sama, maklumlah memasing bizi nau mengalahkan manager je..hihi.

Aku yang ajak dorang berbuka kat sini, ekceli tempat ni baru lagi beroperasi. Aku saje lah nak test tekak, mane tau kot sedap da'bomb ke...boleh ler pegi lagi.


Khemah macam kenduri kahwin uollsss...


Pilihan makanan utama pun oklah..tak banyak sangat, just nice. Jadi, kita pon tak sempat nak rambang mata masa nak pilih tu..heheh. Hmm..yang pasti kambing golek konfem takdelah kot tapi gulai kambing & gulai kawah ada.

Kuih muih & bubur pun ada macam2 jenis jugak. Pilih je yang mana berkenan di mata. Paling aku suka sebab ada cheese kek..nyumnyum =)


So far, kalau orang tanya aku best & berbaloi ke tidak pergi sini..satu je jawapan aku "Rasa macam pergi kenduri kahwin je...hehehe".

Oleh kerana aku taknak tepek muka sendiri, so letak je gambar ni untuk menunjukkan rasa sayang aku kat dorang2 ni. Terima kasih sebab jadik housemate aku yang paling sempoi selama ni..heheh


#Jangan marah tau muka masuk belog, sebab belog ni tak femes pun..hahahha

Wednesday, 16 July 2014

Kisah berpuasa di HCMC..

Weekend lepas kami HCMC lagi. Tak pernah pulak aku berjalan-jalan time bulan puasa ni..dah la time tu tak berapa sihat, tekak perit je sepanjang hari. Jadik takdelah merasa minum kopi ais vietnam yang sedap di tengah2 hari yang panas terik tu..


Masa kat dalam balai berlepas KLIA tu, sempat berkenalan dengan seorang hamba ALLAH ni. Kakak tu baik betul sebab dia tak lokek pun berkongsi pengalaman berniaga. Dia ajak kitorang terus pegi ke rumah peniaga champa tu sebab boleh borong banyak dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai2 area Ben Thanh tu.

Lagipun ramai orang cakap kalau bulan puasa, area Ben Thanh tu dah tak semeriah hari2 biasa sebabnya ramai peniaga islam champa yang cuti berniaga. Maklumlah bulan puasa kan, ramai yg pergi teraweh kot..alhamdulillah.

Meh nak belanja sket suasana kat rumah pemborong tu..heheh


Rumah dia bortingkek-tingkek..penuh dengan stok baju bajan. Sebelum kitorang datang kemas elok je rumah dia, bila kitorang dah start memunggah tu terus rumah dia macam kena tsunami..heheh.

Selesa sangat sepanjang kami berada kat sana. Aku paling suka surau dia..besar & selesa, rasa nak lelap je dalam tu..heheh. Kami solat Jamak terus kat situ sebab takut tak sempat pulak sebab belum carik hotel lagi.

Dah sampai Ben Thanh, kami stay kat Hotel Kim Huong je sebab dekat dengan market. Malam tu berbuka kat hotel tapi cuma alas perut dengan roti sandwich tuna/ayam yang kami tapau dari dalam flight pagi tu je. Nasib baik elok lagi..heheh


Lepas solat maghrib, barulah keluar ke pasar malam sambil mencari makan sekali tapi singgah sekejap di rumah Hajah Maridam sebab kakak aku nak tukar stock baju jubah dia.

Hajah menjemput kami makan makanan ala vietnam gitu. Menurut blogger kak mulan, menu ni dipanggil Banh Uot. Rupa macam kuetiew kering dengan sos ikan, pastu ada daging & cendawan/ tauge. Tak tau nak describe camane rasa dia..hihih


Kami makan jelah sebab memang dah lapar pun time tu, yelah lagipun kami kan berbuka makan roti sandwich je tadi. Baru plan nak makan Pho Mee tapi takpelah takde rezeki malam tu..huhu

Kami balik keesokan harinya, dengan flight MH759 SGN/KUL. Dorang baca doa banyak2 masa kat kaunter check-in tu semoga semua urusan dipermudahkan...hahah. Alhamdulillah ALLAH SWT mendengar doa kami..


Thursday, 10 July 2014

Bubur Lambuk..chachacha...

Harini dapat rezeki bubur lambuk ni...semoga murah rezeki =D


Terima kasih & Selamat berbuka... ^ ^

Friday, 4 July 2014

OST Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR)..

Dah lama tak follow drama2 TV lepas berakhirnya BKATC haritu. Sekarang aku tengah follow drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR). Drama ini diadaptasikan dari novel jugak. Pelakon dia Izreen Azminda (Indah Halina) & Amar Baharin (Tajul Razin).


Mula2 aku kompius jugak sebab Izreen ni kan selalunya berlakon watak antagonis je..tup2 jadik heroin pulak. Pastu menjadik pulak kali ni gandingan beliau dengan Amar tu. Kira tahap layan lah sebab kalau termiss konfem aku kena carik balik kat tontondotcom.

Psssttt...ini bukan cerita pasal kena kahwin paksa macam selalu tu tau..hihihii


OST PATAH SAYAP (NADIA AQILAH)

Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada disisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayapku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut disayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah..
Pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mampu tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit 
Hidup tanpa dirimu

Patah sayapku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut disayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

#tvtvjugakmaghribjanganlupa..hehehe

FM dari kak Cempaka Biru

Semalam petang terima FM comel ni dari kak CEMPAKA BIRU yang baru balik dari Bandung baru2 ni. Terima kasih daun keladi ye kak..hihih. Teringin nak kesana jugak satu hari nanti, member ada ajak pegi lepas raya ni, tapi tak tau ler ada bajet extra ke tidak time tu..huhu


FM Zoo Negara tu pulak kakak opis yang bagi. Kebetulan last week dorang kena join volunteer team untuk bersihkan Zoo Negara anjuran kompeni kitorang. Aku tanya buat apa je kat sana? Kena gosok gigi harimau ke atau kena mandikan Panda? heheheh

Akak tu cakap dorang kena bersihkan kandang, sediakan makanan & bagi makan jugak, best jugak aktiviti tu sebab boleh masuk zoo free..hahah. Tapi tempat Xing Xing & Liang Liang tak boleh masuk lagi, so tak dapat lah dorang tengok pasangan Panda tu.

Akhir kata...terima kasih semua... =)

Wednesday, 2 July 2014

WW :: Nama DAHULU vs Nama SEKARANG..

Bila dah takde apa nak tepek kat entri harini..godek2 fon jumpa satu kartun ni..kelakar lak rasa, terus rasa nak share..hihihi.


Panjang nau nama anak2 sekarang ye..jenuh la dorang nak belajar menulis nama sendiri bila dah masuk sekolah. Tapi takpe, kebanyakan budak2 sekarang dah start masuk tadika seawal 4 tahun lagi..kecik2 dah bijak. Aku dulu takde pun masuk tadika..mak aku terus hantar masuk darjah satu je..huhu

Ni pic latest anak2 buah kembar aku, nama dorang dekat2 je. Senang kitorang nak panggil..tapi kadang tertukar jugak sebab muka sama..heheh


Tuesday, 1 July 2014

Balik kampung UNPLANNED..

Unplanned?? Canerr tu???

Kisahnya begini, adik aku nak teman mak balik kg kononnya, baik punye setting dengan cousin nak balik sama pakai satu keta. Sekali malam sebelum kejadian (sabtu), adik aku cakap ada lagi 2 orang sepupu sepapat aku pun nak balik kg jugak. Dah tu konfem la tak muat satu keta tu.

Adik aku submit proposal nak tukar keta ngan aku, so dia akan bawak mylove (vivaku) balik kg..uisshhhh. Jauh giler lebih 800 km tu (pergi/balik) perjalanan, tak tenang hati guwe. So selepas aku menyemak balik proposal tu, maka keputusannya adalah...iaitu aku kena follow sekali sebagai pengiring..heheh

Sempatlah bersahur & berbuka dengan ayah, ma, adik & mok (nenek aku)..alhamdulillah..

Sambil2 tu sila layan view masa kami otw balik sini semalam..







Motif?? Saje je sebab aku tak sempat nak snap lauk berbuka haritu. Bukan apa takut nanti IRFA jeless pulak bila tengok lauk2 kitorang haritu..sebab tu tepek gambar pokok je kat sini...heheheh