Friday, 29 August 2014

Saya Anak KAMPUNG..

Mak datang semalam sebab nak pegi kenduri kat umah makcik weekend ni. Nak tau apa buahtangan yang mak bawak untuk kami adik beradik???

Ni diaaa....


Pesanan untuk aci cleaner kat opis aku... "Maafkan kami, sebab tak berdaya melawan godaan PETAI ni..hukhuk"

Wednesday, 27 August 2014

Tudung Bawal AIDIJUMA..

Baru nak berjinak-jinak dengan tudung bawal dari koleksi AIDIJUMA. Kebetulan ada housemate yang jual, so aku rembat 2 helai untuk sesi percubaan..


Dengan harapan bila pakai tudung ni, otomatik muka jadik comel iras2 DATIN NORJUMA lah... =P

Monday, 25 August 2014

Menjejak KELIP-KELIP di KUALA SELANGOR..

Sabtu Ahad lepas, member wassap ajak pg lepak homestay kat Kuala Selangor. Hmmm..jauh jugak tu, tapi takpelah bukan selalu nak buat aktiviti macam ni. Aku ingat lagi last aku sampai sana masa lawatan sekolah pegi KL dulu, kitorang transit tido kat satu sekolah kat sana..lama sgt dah 10 tahun lepas kot..


Pagi sabtu (pagi tak pagi sangat lah..heheh), kami berempat gerak menghala ke KUALA SELANGOR. Tapi disebabkan oleh masalah teknikal plus makan angin aka SESAT maka bila kami sampai sana hari pun dah petang. Alasan sebab taknak lalu tol...amik kau...hihi


Wahhhh...sawah padi...teruja sangat..tiba2 teringat cite NUR KASIH..


Member aku booking homestay kat Kg Sg Haji Dorani ni. Mula2 aku ingatkan kat HOMESTAY SG HAJI DORANI yang rumah2 dia tepi sawah tu...rupanya tak..huhu

Kami tinggal di sini HOMESTAY D' IDAMAN ni je..


Ni kawan aku tengah merenung masa depan..hihih


Setiap rumah kat sini ada nama tersendiri..contoh rumah yang kami duduk ni nama dia FAIS. Nama2 lain seperti chalet AIN, JUA. RUSDI, IZWAN, RASHID & IDHAM


Sewa untuk rumah FAIS untuk satu malam adalah RM150. 
  • 02 bilik dengan katil Queen 
  • 02 bilik air
  • Aircond
  • Perabot & TV
  • Peti ais dan  peralatan dapur
Tapi satu je takde.................WIFI...hehehe


Bagi aku lah, selesa sangat rumah ni...terasa macam duduk kat rumah sendiri walaupun rumah sendiri cuma pakai kipas je...lalalala. 

Malam tu nak pegi tengok keindahan KELIP-KELIP lah kononnya. Sekali bila dah nak maghrib tu, hujan turun pulak. Kami dibagitau yang kelip-kelik takde kalau hujan, lagipun bahaya nak naik bot hujan2 camtu. Alahai...masing2 frustlah lahhh..sebab datang semata2 nak tengok KELIP-KELIP kot..huhu

Gambar dari google
Bila hujan dah turun, kami pun plan nak tarik selimut jelah, nak buat aktiviti apa lagi. Layan TV jelah kot. Tiba2 perut rasa lapar la pulak, dah la tak bawak satu apa pun bekalan..so, kenalah keluar jugak carik makan. Tapi tulah malam tu banyak kedai tak bukak mungkin sebab hari hujan. Pusing2 jumpa lah satu kedai makan ni..lupa dah kat area mana..ok SEDAP.. 


Besok pagi semua mengadap TV dulu, menengok siaran langsung Majlis Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 kali ke-2 tu..Al-Fatihah untuk mereka..

Kami checkout terus pagi semalam sebab malas nak patah balik. Lagipun member ajak pegi carik seafood fresh kat pasar awam yang dekat stadium SG BESAR tu. Macam2 di belinya...aku mampu tengok jelah sebab aku kan tak masak kat rumah, aku masak kat kedai je...hehehe


Kami bersarapan di Restoren Kuala Kurau yang berdekatan stadium tu. Pagi2 dah pekena Char Kuey Tiaw & mee rebus..perghhh


Otw balik tu singgah beli jagung kat gerai tepi jalan tu, nampak sawah menghijau. Aku ajak member berenti kejap, konon nak berselfie tepi bendang tapi dia takmo sebab masa tu dah pukul doblas..matahari dah atas kepala...huhu. Aku sentap kejap, sebab dah standby bawak monopod sepanjang 4 meter dah..


Ingat nak singgah pekena MENTARANG bakar tapi tak berkesempatan lagi..masa petang Sabtu tu tengok ramai je orang berniaga, ingat nak singgah pagi Ahad semalam tapi banyak kedai tak bukak lagi. Tulah semalam taknak berenti terus...nyesal..huhuhu

Gambar dari google
Aku rasa macam kena datang lagi KUALA SELANGOR ni lain kali sebab banyak benda menarik yang aku dah missed disebabkan oleh kekangan masa.


Ohh KELIP-KELIP...ohh MENTARANG

Friday, 22 August 2014

MH17 sentiasa dalam INGATAN..

Harini 22 Ogos 2014 adalah HARI BERKABUNG MALAYSIA bersempena menyambut pulang para jenazah mangsa nahas MH17..

  • Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan.
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram & gelap.
  • Saluran radio & tv diganti dengan bacaan ayat suci Al-Quran & program berunsur keagamaan.

Al-Fatihah & takziah untuk semua ahli keluarga & kenalan mangsa MH17.

Thursday, 21 August 2014

Resepi KEK BATIK..

First time buat rupanya semudah ABC je kan buat KEK BATIK ni, so kepada yang tak pernah buat KEK BATIK tu, meh aku nak share resepi sket kat sini...heheh

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah:
  1. Milo
  2. Susu Pekat
  3. Biskut
  4. Mentega (Buttercup)

Cara-cara masak
  1. Cairkan mentega (1/2 buttercup)
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat
  3. Kacau sehingga sebati
  4. Masukkan serbuk MILO dan kacau.
  5. Masukkan kepingan biskut yang telah dipatah-patahkan
  6. Gaul sehingga sebati
  1. Tuang kedalam bekas dan tekan padat2.
  2. Kemudian sejukkan dalam peti ais dahulu sebelum dipotong.

Inilah dia rupa kek batik kami yang telah siap..menarik tak??


Selamat mencuba.. =)

Wednesday, 20 August 2014

Tuesday, 19 August 2014

PEMENANG GA CIKVIVA..sori lambat update..

Lupa dah nak apdet pasal PEMENANG GA : CIKVIVA NAK BAGI GIFT..heheh. Hari ni baru berkesempatan nak apdet..


Pemenangnya adalah




Hadiahnya adalah sehelai INNER MAGIC untuk setiap seorang dari HAJAR CLOSET.


Terima kasih sebab sudi join...love uolls

Monday, 18 August 2014

Beraya kat RUMAH TERBUKA..

Weekend yang padat dengan aktiviti beraya di rumah terbuka. Sabtu ada 03 jemputan, seronok dapat jumpa kawan2 lama..pastu.melepak sampai habis cerekarama Berikan Aku Jilbab malam sabtu tu...hihi

Inilah geng2 futsal kami dulu, tapi semua dah gantung kasut sebab bizi dengan komitmen masing2..


Pastu semalam IRFA ajak beraya umah blogger kak Azwa kat Putrajaya pulak. Alhamdulillah perjalanan kali ni kami berjalan lancar & tak sesat macam selalu...hihi. Jumpa blogger acik erna sekali dengan ucapan "Akak, tat nenas tu memang sedapp, mabelesss!!"


Disebabkan rumah akak tu dekat sangat dengan tasik Putrajaya, apa lagi sempatlah kami menyinggah kejap sebelum balik tu untuk berposing ala2 nak masuk ruangan kembang setaman gitu..cantik sangat view dia..tetiba rasa nak jogging je haritu..heheh


Thursday, 14 August 2014

Rempah NASI ARAB AL-BAYT

Kepada penggemar nasi Arab, kalau ingin mencuba masak nasi arab sendiri kat rumah, boleh lah cuba REMPAH NASI ARAB AL-BAYT ni sebab ia mudah, senang lagi ringkas..

RM15 sekotak

Postage - RM6 (SM) / RM9 (SS)

4 jenis rempah pilihan

NASI MANDY AYAM SAUDI
NASI KABSAH AYAM
NASI MAQLUBA AYAM
NASI MANDY KAMBING YAMAN


Cara-cara penyediaan ada disediakan di belakang kotak, arahan mungkin berbeza mengikut jenis rempah. Ini adalah contoh untuk cara memasak NASI KABSAH menggunakan Rempah AL-BAYT..

NASI

Bahan-bahan lain yang diperlukan
  1. Ayam
  2. Bawang putih/besar
  3. Tomato Puri
  4. Cili besar
  5. Gula/garam

SAMBAL TOMATO
  1. Tomato
  2. Cili padi
  3. Daun ketumbar


Kepada kawan2 yang berminat untuk mencuba, boleh lah singgah ke belog HAJAR CLOSET atau whatsapp/SMS  ke 016-6116459

Wednesday, 13 August 2014

WW :: STAYSTRONG

Last week masa aku singgah kejap office lama nak ambik barang, ternampak banner untuk MH17 ni. Tengok line clear je terus aku sign otograph kat situ dengan sepatah dua ucapan takziah untuk family mangsa MH17 & MH370.

Al-Fatihah.. = (


#STAYSTRONG

Friday, 8 August 2014

Lagu untuk AYAH dari KOKPING @ FYNN JAMAL

Itu AYAH saya..
Itu RUMAH kami..
Itu bukan HILUX kami..
^ ^


BIAR (FYNN JAMAL)

Mata tua yang memandang aku itu
Bundar..pudar
Dia tak mau bilang apa yang
mencengkam jiwa usangnya
BIAR..katanya BIAR

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur & ujar apa menyerabut

Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mau tau

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum..senyum
Dipukaukan aku nak terus terpana & terdiamkan
BIAR..katanya BIAR

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari bebanmu

Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
melompat tinggi
Setiapnya kerna engkau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi..aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mau semeja, sahabat lebih berharga

Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan

Apa layak aku bagi
Tak terbalas sampai mati
Kau sunggu yang paling tinggi
Istanamu SYURGA nanti

AYAHANDA beta
Kekasih beta

Resepi mudah KETUPAT SOTONG..

Sapa penah makan KETUPAT SOTONG ??


Orang kelate panggil TUPAK SUTONG. Balik raya haritu ayah aku request kat mak nak makan ketupat sotong, aku cakap.sudahhh..banyak keje pulak nak buat ni. Tapi rupanya ayah aku ada cara yang paling senang nak buat..camane tu??

Apa yang kita perlukan adalah
  1. Lemang 
  2. Sotong
  3. Gula manisan
  4. Santan
  5. Daun pandan
Sukatan bahan2 tu tak pasti lah pulak..main agak2 je boleh..hihih. 


Kenapa guna LEMANG?? Sebab tak payah2 nak tanak pulut dah, lagipun harga LEMANG tu murah je kat kampung aku..RM10 boleh dapat 3-4 batang..
  1. Masukkan isi lemang tadi kedalam sotong sampai padat
  2. Cucuk kepala & badan sotong guna lidi supaya pulut tak keluar.
  3. Masukkan santan, gula manisan & daun pandan sekali ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga kuah jadik pekat & sotong dah masak.

Ok, siap dahh.. mudah kan???  =)

Potluck SYAWAL..

Pagi ni ada potluck sempena majlis Doa Selamat kat office baru kami. Semua juadah tu dorang pakat2 masak kat rumah kecuali kuah lontong tu je dorang masak kat office pagi tadi..


Tengah hari nanti tido jelah jawabnya kalau dah makan macam2 ni..

Thursday, 7 August 2014

Tulah, jangan AWAL sangat..

Suasana pagi di opis baru..lengang gilerr..masa ni baru pukul 8 pagi waktu Malaysia...


Takpe CV, besok ko datang lambat sket..datang awal pon bukan boleh masuk clock in pun lagi sebab opis dorang kunci...hahah

Pejabat baru suasana BARU..

Semalam aku dah start pindah opis baru. Dulu opis kami kat bangunan pentadbiran, tapi skarang dah kena berpindah ke bangunan lain pulak. Yang tak bestnya sebab opis dia jauh dari security gate.

Semalam aku kira jarak masa perjalanan dari parking ke opis lebih kurang 15-20 minit jugak. Pastu takde pulak lift mcm opis lama, kat sini semuanya tangga bertingkek2. Masa kami nak angkut barang naik opis baru semalam memang azab..huhu


Pindah barang sket2 je dulu..sebab tak cukup manpower. Mana2 fail & dokumen yang penting kena bawak dulu pastu tunggulah lagi seminggu barulah mover datang angkut balance yang ada lagi kat opis lama tu.

Dulu masa 1st time pindah, senang sebab dari tingkat 3 pegi naik ke tingkat 4 je. Kejap2 larik turun bawah pegi ambik apa yg tertinggal. Kali ni memang jenuh lah kalau nak menyinggah opis lama..dah la skang dah pakai sistem biometrik..adess takleh nak lewat2 lagi..hehehe


Ada beza tak meja lama dengan dekorasi meja baru aku??..kikikiki. Dulu aku ngadap tingkap, sekarang kena mengadap dinding pulak..tukar feng shui katanya...


SELAMAT BEKERJA DI OPIS BARU =)

Tuesday, 5 August 2014

Kali pertama ke SEOUL GARDEN..

Kenapa kali pertama? Sebab SEOUL GARDEN ni baru bukak kat PALM MALL, SEREMBAN. Maklumlah kami kan duta bandar Seremban je..nak jalan jauh2 ke mall lain tak konfiden takut sesat...hehehe (alasaannnnn).


Aku sedikit frust lah sebab takde nampak kelibat KETAM disitu..tapi amat puas hati sebab dapat makan udang dalam kuantiti yang banyak, sampai kena tegur dengan dorang..hahah. Apa nak kesah, kita bayar kot..dah nama konsep pun ALL YOU CAN EAT.


Si kecik Hajar mantain dengan karakter Princess Elsa beliau sebab gigih pakai crown tu dari rumah sehinggalah balik. Sampai kan ada auntie tu tanya kat IRFA mana nak beli crown macam tu, dia nak belikan untuk cucu dia. Set crown tu IRFA beli kat kedai RM2 je..hihi


Tak sempat pun nak snap gambar makanan sangat pun sebab sibuk sangat memasak. Tulah, kat rumah sendiri tak berapa rajin masak tapi bila datang SEOUL GARDEN ni tetiba jadik rajin terlampau la pulak..heheh