Monday, 5 January 2015

Misi KEMANUSIAAN BANJIR 2014..

Last entri pasal B.A.N.J.I.R

1hb JAN (Khamis), kami bergerak balik kampung pukul 11 pagi. Keje loading-meloading barang dilakukan sebaiknya. Barangan diisi sepadat mungkin..sampaikan adik aku boleh masuk muat2 dia je kat seat belakang...hehe


View sepanjang jalan dari area SG SAM Kelantan, sangat meruntun jiwa...huhu. Kesan dari paras air sungai yang melimpah dapat dilihat dengan jelas. Memang tak terjangkau fikiran aku yang air sungai boleh naik setinggi tu. Banyak rumah rosak, musnah & pokok2 tumbang di sepanjang jalan akibat dari arus air yang amat deras..  ALLAHUAKBAR..



Ramai mangsa2 banjir masih menunggu bantuan di tepi2 jalan besar. Jalan sedikit jem sebab ada kerja2 pembaikan jalan berikutan tanah runtuh di kawasan itu. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah pukul 8 malam..

Rumah kami dah ada letrik cuma bekalan air loji je yang takde..huhu. Tapi yang best sebab rumah kitorang ada perigi, so tak menjadi masalah sangat lah sampaikan ada jugak orang kampung datang tumpang mandi kat perigi umah kami...hihi.


Pagi JUMAAT tu ayah aku dah mula bizi menghantar bantuan ke rumah2 jiran & sedara mara yang terlibat. Sedara mara datang ke rumah memilih pakaian yang kami bawak balik hasil dari sumbangan kawan2 kat sini. Ada yang masih baru & jugak terpakai tapi masih cantik & elok..terlajak laris jugak pasar borong kami haritu..hehe

Ni pulak pic kat masjid kampung aku, kira macam pusat pengumpulan barang bantuan untuk mangsa banjir di sekitar kawasan situ. ALHAMDULILLAH..bantuan MAKANAN + PAKAIAN sangat2 mencukupi untuk kawasan kami..


Petang SABTU haritu adik aku bawak kami jalan pusing2 KG MANEK URAI LAMA & MANEK URAI BARU. Adik aku cakap kena naik motor kalau nak pegi sana sebab jalan memang sesak giler..dengan kereta keluar masuk, jalan tutup & berlumpur..alamakk..

Kami park keta kat rumah makcik & naik moto dorang kesana. Masa tu famili makcik masing2 tengah bizi membasuh rumah almaklumlah rumah dorang tinggal bumbung je masa banjir haritu..huhu


Tapi aku nak jugak pegi tengok keadaan kampung tu, sebab masa nilah peluang nak tengok dengan mata kepala sendiri kesan2 dari BANJIR 2014 ni.

Konon cuba nak merasai keperitan hidup doranglah..walaupun terpaksa balik dengan kaki yang dah terbenam dalam lumpur...malu wehhh..hukhukhuk



Tu je kisah kami balik menghantar bantuan untuk sedara mara terdekat yang terlibat dengan banjir ni.

Ekceli aku nak share banyak lagi gambar2 suasana pasca BANJIR ni tapi rasanya biarlah daku simpan sahaja dalam folder hp memandangkan dah ramai sangat orang share pasal ni kat media sosial...huhu

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MENGHULURKAN BANTUAN..

Semalam dah bertolak balik kesini. Kami sampai rumah irfa pukul 9 lebih...sempatlah menonton KONSERT FINAL GEGARVAGANZA..heheh .(keknis dilamar dalam tv?? ohmyenglish) 

Gambar selingan..hehehe


#SAMBALBILISMAKMEMANGTERBAIKBAGIKAMISELAMALAMANYA..

15 comments:

  1. Teruk sungguh banjir kali ini kan cikviva.. pakaian dah terlebih kot.. elok sumbangan selepas ni barangan makanan pulak.. semoga mereka tabah dgn ujian ini..

    ReplyDelete
  2. tak dapat nak bayangkan kepayahan mereka

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..pasti dapat meringankan beban mangsa2 banjir..

    ReplyDelete
  4. Semoga semua mangsa dipermudahkan kehidupan mereka oleh Yang Maha Berkuasa...

    Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Sememangnya kita kena membantu semampu boleh.
    Ujian Allah beri bukan utk yg kena banjir aje.
    Yg terselamat kena renung apa tindakan perlu dibuat
    Jgn kelak 'di sana' menyesal sebab sekadar simpati dan melihat saudara dan sahabat dlm kesusahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAKZAKIE,
      Inshaallah kak, sama2lah kita membantu sedaya termampu..

      Delete
  6. semoga usaha awak di balas dengan rezeki yang melimpah2

    ReplyDelete
  7. ALLAHU AKBAR..

    i wish sebenarnya u dapat tayang gambar after banjir tu besar2... macam tak puas gitu .. anyway, semoga mangsa2 banjir di serata tempat ni, tabah dalam ujian ALLAH.. semoga mereka tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis,
      Saya dah edit kasik besor sket pic tu...sori x dpt share byk2..senang buat collage je baru jimat space...heheh
      terima kasih ye..

      Delete
  8. uuish tengok dalam tv pun da sayuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT,
      Sangat tak percaya tapi redha dengan apa yg berlaku..kesian dekat mangsa2 kat sana

      Delete
  9. Alhamdulillah. Kagum dgn usaha cik viva. Sedih tgk kesan banjir ni. InshaaAllah akak bln 2 baru nk balik kelate. Semoga Allah bg kemudahan dan ketabahan hati buat mereka yg terlibat

    ReplyDelete
  10. JM dpt merasai perasaan mereka semasa misi di Pasir Mas hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Ada pergi PM jugak eh? mohon pergi KUALA KRAI..sebab kat sana teruk sgt..tpi alhamdulillah sekarang dalam operasi pembersihan.

      Delete
  11. dugaan & cobaan buat mereka dan kita juga...

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺