Monday, 19 January 2015

PENANGAN BAWAL AIDIJUMA + REVIEW MOVIE :: INTO THE WOODS

Ini kisah hari SABTU lepas..

Pepagi dalam pukul 8.30 camtu dah pegi pikap IRFA kat rumah dia sebab mintak teman pegi beratur kat BUTIK AIDIJUMA @ MYDIN MALL, SEREMBAN 2. Bersemangat gitu konon nak borong banyak2 sebab plan nak wat bisnes kecik jual online pulak..heheh.

Sampai je kat parking mall tu, tengok clear je. Kitorang terus gelak jahat...hahahah. Konfem ar takde orang ni. Rupanya kedai memang belum bukak tapi Q dah sampai eskalator...mak aihhhh

Lama giler kitorang kena beratur sampai pukul 12 kot. First beratur nak beli & second beratur nak bayar pulak. Tapi amat mengecewakan jugak sebab bila dah sampai turn kami pilihan dah tak banyak & kebetulan pada hari tu pihak AJ dah menetapkan limit pembelian sebanyak 2 helai je per design...huhh


Plan asal lepas balik dari AIDIJUMA nak tengok wayang INTO THE WOODS. Disebabkan lama sangat kami beratur kat situ, IRFA mintak asben dia bawak budak2 pegi terus ke AEON S2. So kami jumpa dorang kat sana jelah.

Sesekali keluar berdua dengan IRFA, aku ajak beliau layan NASIK GORENG BELACAN kat JOHNNY RESTOREN sementara tunggu dorang sampai...pehhh sedap. Terus dapat idea makan bawang merah mentah2 dengan nasik goreng...ngeeee


Ekceli aku dah beli tiket wayang tu online bermakna kami short lagi 1 tiket. Terpaksa beli lagi satu & aku offer seat so dorang dapat lah dok satu family one row..aku kena duduk asing lah kan...sokayy


Review...emmm
  1. MUZIKAL FILEM...KEJAP2 NANYI
  2. JALAN CERITA OKAY
  3. TAK SANGKA WATAK SNOW WHITE, RAPUNZEL, LITTLE RED RIDING HOOD, JACK & THE GIANT TU BERKAITAN...hahahaha (dalam cerita ni lah)
  4. ADA SATU SCENE MUAHH-MUAHH TAK BERAPA SESUAI UNTUK KANAK2 BAGI AKULAH.. (bila wife MR BAKER curang dengan PUTERA CINDERELLA..huhh)

^ ^

16 comments:

  1. peh pnjg beratur..ada sale ke apa kat AJ? huhu maaf xtau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MF,
      Bukan sale pon, tapi launching new design..pastu biasa reseller je yg penuh, kite tumpang2 je

      Delete
  2. sakan org membeli kalah Fareeda

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknieda,
      Fareeda tak mampu sebab mahal...huhu

      Delete
  3. Sungguh kuat dan tabah nak beratur.. kalau sy dah balik la.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT,
      Biasala pompuan...mmg suka bab2 gitu....huhu

      Delete
  4. AJ selalu telajak laris smpi laniiii tak penah dpt merasa nk pakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauce,
      Kat butik dia selalunya xde stok je..sebab dh kena rembat dgn reseller..

      Delete
  5. wah aj.syiokknya
    saya blm ada koleksi aj lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qasehnya rania,
      sy beli yg paling murah je..rm10 selai...

      Delete
  6. Replies
    1. Aryan,
      Saya pun xde la byk...adalah 5/6 lai je...heheh

      Delete
  7. peminat AJ jgk ke? mcm adik2 sy...diorg beli sy tukang pkai..hihi aci x ^^**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rin noku,
      Bukan apa,. selalu pakai tudung plain so bila dengan AJ boleh berkalerful sket..

      Delete
  8. Replies
    1. Rinnoku,
      hmmm....tak suka sgt cte muzikal tpi so far okla..cite dongeng omputih

      Delete

Have a nice day... ☺