Wednesday, 25 February 2015

CAMBODIA mari...

Semalam dapat gift kecik ni dari bos sebagai tanda ingatan...comel kan??


Terima kasih...  ^ ^

Friday, 13 February 2015

Novel & Drama :: TEMAN LELAKI UPAHAN..

Drama CINTA ISTIKHARAH (Zul Ariffin & Faye) dah berakhir JUMAAT lepas. Boleh pulak sama timing dengan siaran langsung FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA 2014. Konfem lah aku tengok Final MLM tu, lagipun tak minat sangat drama tu walaupun hero abam sado..ntahlah tak tau nape, rasa macam tak menambat jiwa aku..heheh

Tahniah Kump ZERO atas kemenangan anda..walaupun aku lebih suka lawak dari SEPAHTU. Setakat minat pastu gelak terbahak2 tapi tak mengundi, kirim salam jelah...hahaha

Drama terbaru slot Akasia kat TV3 sekarang ni adalah TEMAN LELAKI UPAHAN adaptasi NOVEL lagi..


Harap jalan ceritanya oklah walaupun heroin dia selalu bawak watak antagonis ni...(ekceli tak minat sangat pom...hehehe)


AL-FATIHAH untuk TGNA..

Perginya seorang murabbi TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT malam tadi.


Semoga roh Allahyarham TGNA sentiasa dirahmati & diberkati ALLAH SWT serta diletakkan bersama2 orang beriman & para solehin. Al fatihah..


Friday, 6 February 2015

PISANG GORENG CHEESE..

Hari2 aku balik keja lalu kat gerai ni. Terasa jugak nak singgah tapi asik terlajak je sebab tengok ramai pulak orang singgah kt kedai ni. Mesti sedap kot PISANG GORENG CHEESE dia nih..

Semalam petang sempatlah singgah sambil ditemani adik aku yang kebetulan offday. Err..ekceli aku segan nak menyinggah sebab kedai dia attached dengan kedai bundle, so agak seganlah disitu...heheh


Aku ambik CHEESE CHOCOLATE CRISPY (RM5.50).


Dalam tu ada 7 ketul pisang goreng crispy yang dilapisi coklat & cheese. Oklah jugak rasa dia tapi aku lagi suka kalau dorang gunakan pisang tu jenis yang masak & lembek..so mestilah dia akan sebati dengan cheese tu bila panas2..

Sapa yang dok area NILAI & SEPANG tu boleh ler try. Lokasi gerai berdekatan MASJID PEKAN SALAK LAMA.