Friday, 6 February 2015

PISANG GORENG CHEESE..

Hari2 aku balik keja lalu kat gerai ni. Terasa jugak nak singgah tapi asik terlajak je sebab tengok ramai pulak orang singgah kt kedai ni. Mesti sedap kot PISANG GORENG CHEESE dia nih..

Semalam petang sempatlah singgah sambil ditemani adik aku yang kebetulan offday. Err..ekceli aku segan nak menyinggah sebab kedai dia attached dengan kedai bundle, so agak seganlah disitu...heheh


Aku ambik CHEESE CHOCOLATE CRISPY (RM5.50).


Dalam tu ada 7 ketul pisang goreng crispy yang dilapisi coklat & cheese. Oklah jugak rasa dia tapi aku lagi suka kalau dorang gunakan pisang tu jenis yang masak & lembek..so mestilah dia akan sebati dengan cheese tu bila panas2..

Sapa yang dok area NILAI & SEPANG tu boleh ler try. Lokasi gerai berdekatan MASJID PEKAN SALAK LAMA.

26 comments:

  1. kalau penah rasa yang original kat Indonesia nun, susah nak dpt yg sedap kat malaysia, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis,
      hmmm...tak penah jejak lagi ke mana2 tempat di indonesia tu..huhu

      Delete
  2. biasa tgk harga rm 5.00
    kat sini dah 5.50 eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ecah,
      hmm...ni mesti dorang dh caj GST kot...heheh

      Delete
  3. Replies
    1. scdha,
      Sy baru 2nd time makan ni...tu yg tak tau betul ke benda ni sedap sgt...

      Delete
  4. Kalau diaorang guna pisang yang masih 'mengkal', memang tak dapatlah nak nikmati kesedapannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik,
      Tulah, silap la..tp mungkin takde stock pisang kot smalam...hehe

      Delete
  5. baru makan hari kelmarin ibu belikan . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur inani,
      yeke, kebetulan pulak kita...heheh

      Delete
  6. tengah lapar ni nampak sedap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur anis,
      saje edit gambo guna 360 baru nampak menarik...heheh

      Delete
  7. Tak semua sedap. Ada kedai2 tertentu jer yang buat sedap. Tapi kalau akak, prefer cheese saja tanpa campuran susu atau coklat atau madu.... Baru kick dikkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakaziela,
      Tulah, ngada pulak semalam ambik yg de coklat..patut 1st time try kena beli perasa asli..huhu

      Delete
  8. Sedapnye,petang ni nak cari gak la.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikna,
      bila pisang & cheese bersatu..bleh tahan jugak rasa dia...heheh

      Delete
  9. Kedai bundle tu ada seseorg yg admire ke buat CV segan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,
      ehh...takdelah kak, cuma segan bila ramai orang je...heheh

      Delete
  10. makin femes pulak org jual benda ni..dulu2 nk mkm kena pergi restoran indo

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzuchan,
      First time makan kat restoren ala indon jugak, tapi kat mesia lah..org ckp lau kat indon sana lagi sedap.

      Delete
  11. fuyoooo sedapnya nampak.... saja je tau... nak buat kami2 ni montel... (mana nak carik nih? buat sendiri tak reti).... errr kenapa nak segan ngan kedai bundle?

    ReplyDelete
  12. penah rasa tapiiii tak minat mcm muak

    ReplyDelete
  13. betul-betul..pisang yang masak dan lembik lagi sedap.

    terbayang-bayang..hihi

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  14. Sekarang pisang goreng dah jadi macam macam kan....dulu cheese jer.....lani dah tambah coklat rice pulak..tambahlah manisnya.
    Tapi okje kurang suka pisang goreng dah masak sgt
    ...elok sedang sedang jer

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺