Tuesday, 30 June 2015

ZAKAT FITRAH 2015..DONE!!

Zakat fitrah DONE!! Alhamdulillah..


Nasib baik jumpa ustaz Amil (bukan nama sebenar) ni kat IOI CITY MALL semalam..

Friday, 26 June 2015

PARAM..PARAM..

Bulan puasa ni entri semua kebanyakannya gambar makanan...aaaaaa. Macam kat bazar ramadhan online dah rasanya...heheh

Harini dah masuk hari 9 kita berpuasa..baru sekali je aku sempat jejak kesana. Sabtu lepas pegi jugak sebab IRFA kirim belikan nasik kerabu. So bila Makbuyung @ IRFA dah teringin wajib diusahakan.

Sekarang dah mula rasa macam dah malas nak singgah PARAM tu, baik aku singgah beli je kat mane gerai @ kedai makan tu je..parking pun senang takyah nak menapak & bersesak dengan crowd. Setakat nak isi perut sendiri...goreng telur dadar pun jalan...huhu


# Gambar hiasan

Monday, 22 June 2015

REDHA ITU IKHLAS..PASRAH ITU MENYERAH..

Tabahlah wahai hati...


Dah masuk tahun ke 10..

Cukup sampai di sini sayang..
Relakan perpisahan ini..
Walau berat di hati & berat perasaan..
Tempuh dengan ketabahan..

(",)

Friday, 19 June 2015

POTLUCK MENYAMBUT RAMADHAN..

Ni kisah throwback hari Rabu lepas..sehari sebelum kita semua menyambut bulan puasa..

Jamuan makan berkonsepkan POTLUCK. Yang best tu ada orang bawak PULUT DURIAN daaa....


Akhir kata...salam Ramadhan untuk semua para pembaca yang sudi singgah.. (",)


Wednesday, 17 June 2015

KAMI @ GOLD COAST MORIB RESORT..

Rabu last week aku sini GOLD COAST MORIB RESORT. IRFA bawak family & mak tido sana. So aku & adik join the club lah...hehe


Harga satu apartment dua bilik dalam RM5++ jugak rasanya. Mungkin harga untuk musim cuti sekolah agak mahal sedikit dari rate hari biasa. Tapi bilik jauh la dari water park sebab kalau studio room memang mengadap je water park tu.

google je
Kalau dok sini baru best barulah meriahkan. Adik & anak2 buah je pegi beriadah kat sini haritu, malas aku nak join. Aku pegi breakfast je guna kupon, full house pulak tu sampai takleh terus masuk kena Q dulu sebab takde meja kosong.

Kitorang check out macam biasalah pukul 12 tengahari. Pastu drive balik dengan myvi yang sepadat2 orang tapi boleh pulak divert ke NASI KANDAR LAWOOD dulu. Sabar jerlah orang belakang berhimpit..heheh. Makan kenyang2 pastu balik rumah tido..hehe

Friday, 12 June 2015

PEKENA CENDOL & ROJAK SEDAP @ PEKAN NILAI..

Balik dari KPJ SEREMBAN haritu melawat opismate yg admitted kat sana, tetiba tekak terasa nak makan cendol sebab cuaca panas sangat...oh sedapnya kalau dapat semangkuk dua..

Dari bandar SEREMBAN kami lalu ikot jalan lama ke NILAI. Kepala terus memproses data2 tempat makan yang best kat area NILAI.

Tingg!!! Mentol menyala...CENDOL & ROJAK SEDAP kat pekan NILAI. Landmark kedai kat area STESEN BAS NILAI @ KTM NILAI @ MYDIN NILAI.

Kedai dia kecik je tepi jalan tu...tapi pelanggan tak putus2 keluar masuk...


Aneka jenis CENDOL - RM2 
ROJAK - RM4


SLURRPPP....NYUMMM...NYUMMMM..

Wednesday, 10 June 2015

BALIK KAMPUNG KENDURI SEPUPU..

Ni kali pertama aku drive sendiri..diulang sendiri yakni alone BALIK KAMPUNG aku kat KELATE nun. Co pilot masih dalam mood pemerhatian..so tak boleh drive lagi..huhu


Balik semua serbu hp mak sebab ada line intenet...hihih. Pastu bg adik duit suh beli topup sebab memasing gilo intenet...


Kenduri sepupu hari sabtu, malam tu kami dah pegi kejap konon2 nak tolong pengantin isi doorgift. Takde masak2 sebab dorang pakai servis katering je..alhamdulillah...heheheh

Aku tolong sign kan untuk IRFA sebab beliau kan masih dalam mood MC. Nak ikot kami balik kampung pun takleh sebab pinggang fragile..huhu. Harap tabah k..


Kawan2 sepermainan dizaman kecik...kami dulu rapat je. Tapi bila masing2 dah besar susah nak jumpa. tunggu jelah musim raya & kenduri macam ni, tu pun kalau ada yang balik.

Nasib baik ada wassap grup SEPUPU SEPAPAT tu boleh la jugak bertanya khabar. Terima kasih Pn Admin aka IRFA...hehe


Tahniah untuk PENGANTIN.. SARAH & ANAS. Semoga kekal hingga ke JANNAH.

Wednesday, 3 June 2015

PEMENANG GIVEAWAY LHR & AMS 2015 BY CIKVIVA..

Assalamualaikum..setelah beberapa minggu giveaway GA BY CIKVIVA ni berjalan. Harini aku nak update NAMA-NAMA para pemenang..

Sori sebab tak dapat bagi kincir angin kat korang...tapi clog ni jelah sebagai tanda kenangan..huhu


Sampul2 tu semua untuk pemilik BLOGGER dibawah. Nanti saya emel awak semua mintak address ok...
  1. YUMIDA HUDA (yumida00000@gmail.com)
  2. PB (aidarahm@tm.com.my)
  3. MS KEJUPENYET (orangevivaz@gmail.com)
  4. NOR NAZLIANA (adna2029@gmail.com)
  5. CIK DELIMA MERAH (cikdelimamerah@gmail.com)

Kenapa ada 6 nama??

Oh..ye sebab lagi satu pemenang untuk GA SUKASUKI 2015 masa April haritu. Aku dah lupa nak update sapa yang bagi jawapan agak tepat.

Blogger : Cik KOPIOLIMAUICE
Jawapan  : Samsung Galaxy..NOTE4.......

So kepada RAKAN2 DIATAS...tunggu emel dari saya okay.

Akhir kata..kepada semua yang sudi join. Terima kasih daun keladi..next time CIKVIVA buat GA lagi..

Okbai