Tuesday, 21 July 2015

CERITERA AIDILFITRI 2015 KAMI..

Cuti raya dah berlalu..aku kembali mengetuk keyboard.

Aku bertolak balik kampung petang selasa, bawak bekal siap2 pastu singgah berbuka kat petrol pam. Pax aku kali ni semua underage, jadik sabau jelah nak drive sorang2..huhu


Nasib baik tahun ni jalan highway baru dah mula dibukak kepada perantau2 yg nak balik beraya jadik takdelah risau sgt nak drive malam2.

jalan lama @ Bukit Tujuh
Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung pukul 8 pagi selepas 12 jam perjalanan..rabak mata wehh..

Tahun ni mak cakap takyah buat kek raya..makan je biskut raya "tunjuk" tu je..alhamdulillah.

Lauk hari terakhir ramadan 2014..haruslah ada perut..hahaha


RAYA PERTAMA

Pagi raya dah tak feel macam tahun2 sebelumnya..kalau dulu tugas aku pagi2 raya tu adalah jadik driver hantar arwah nenek pegi masjid awal pagi dalam 7.30 camtu sebab beliau dh tak larat nak jalan kaki. Pastu aku balik rumah selfie family & barulah kami pegi masjid untuk solat raya. Balik pun sama, aku jugak kena pikap nenek kat masjid. Tu semua dah tinggal kenangan...alfatihah.


Lepas solat raya, balik rumah tunggu la kot2 ada umat yg nk datang beraya. Tapi takde pulak..yang datang cuma tetamu2 kecik yg datang nk collect duit raya je..heheh

Mak aku cuma buat tapai & nasik impit & kuah kacang sket pagi raya tu.


Dah tengah hari, mak ajak pegi rumah makcik kat manik urai sambil singgah menziarah kubur arwah atok & nenek..alfatihah lagi sekali.

Park keta depan rumah lama pakcik. Dah xde orang dok sini dah..rumah tinggalan banjir besar @ manek urai hujung tahun lepas..


RAYA KEDUA

Raya tahun ni ada urusan keluarga..mak cakap kekok sket sebab dah lama tak uruskan majlis2 camni..huhuuu


Ni majlis pertunangan adik lelaki aku..langkah bendul wehh..sobbb..sobbb


Rombongan pengantin lelaki...


RAYA KETIGA

Dok rumah je...misi habiskan biskut raya depan tv sambil ngadap program esterok...

RAYA KEEMPAT

Balik sini dah...sebab harini den dah start keje...lalalalaa

Eerrrrr...lapar la pulak, takde ke sapa2 yg bawak rendang ayam ke harini pegi opis....huhuu

3 comments:

  1. tapai kelantan mesti dengan daun getah ...trademark tu

    ReplyDelete
  2. slamat hari raya cik viva

    ReplyDelete
  3. Sat nye cuti rya...slmt hri rya cv

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺