Monday, 27 July 2015

MELAKA TRIP 2015...

Ayah aku banyak kali sebut nak pegi MELAKA. Dek kerana kekangan kami masa selama ni, jadi tak berkesempatan nak bawak beliau. Tapi weekend haritu sempat lah aku merealisasikan hajat beliau nak ke MELAKA tu. IRFA tak follow sebab keta dah penuh..maklumlah aku bukan bawak alpad..hehehe

Aku tak penah drive pun ke MELAKA ni pun sebelum ni..yang aku tau jalan kat sana tu banyak jalan sehala.


First sekali kami singgah kat MUZIUM SAMUDERA. Tak masuk dalam pun..sebab ayah aku taknak. So ambik2 gambar jelah depan tu.




Next kami naik MENARA TAMING SARI. Yang ni aku kata wajib naik. Tahun lepas masa pegi LANGKAWI, ayah & mak aku memang pangkah takmo naik KABEL CAR tu. Gayat katanya. Aku faham lah faktor usia..memang susah nak rasa kegayatan kat atas tu.


Tapi naik MENARA TAMING SARI ni bukan thrill pun..setakat duduk je dan tengok view bandar melaka ni. Lagipun bukan tinggi nau...bukan macam ala2 outdoor gama space shot kat GENTING tu...hehee



Masa ni anak buah aku tak bawak IC, maklumlah bawah umo, jadik mak dia pegang IC tu. Aku cakap kat staff kaunter tu 5 dewasa termasuk warga emas. Total RM75..


Dapat paperbag, dalam tu ada muffin & air mineral sorang satu.


Please fasten your seatbelt....



Teropong disediakan percuma untuk para pelawat..sila skodeng ye...heheh


View from the top of tower.



Pastu aku ajak lah ke KOTA A FAMOSA pulak..saje nak ambik2 gambar kat sana. Yelah nanti orang cakap tak MELAKA lah kalau tak ambik gambo depan A FAMOSA tu kan. Tapi tak kesampaian sebab ayah aku dah penat...huhuuu

Pastu mak aku cakap ayah nak g solat jumaat, so aku kenalah carik masjid terdekat. Yang bestnya ayah aku request nak solat kat MASJID TANAH. Apasal jauh sangat...huhuuuu

Sebelum meneruskan misi mencari MASJID kenalah perut dulu. Kami lunch kat RESTOREN AYAM PENYET ORI yang terletak dalam DATARAN PAHLAWAN MALL.


Menu of the day : SATAY PARU (pic takde)... 3 bintang aku rasa..

Dah kenyang perut suka hati lah apa lagi.....

Adik aku guna aplikasi waze untuk carik direction, jarak ke masjid tanah katanya lebih kurang sejam dari bandar hilir..jauh nau. Takkan nak sampai2 sana orang dah lipat sejadah kot.

Tapi setelah aku piker2 kan balik MASJID TANAH tu bukan ke nama salah satu nama tempat/daerah dalam MELAKA ni. Mungkin apa yang ayah aku maksudkan adalah MASJID KG HULU kot...huhu

Kami singgah je kat MASJID SELAT MELAKA...lawaaaa tuu..lokasi tepi laut..


Orang hotel dah kol aku dah..tanya nak check in pukul berapa...saborr lerrr. Tak menyempat betul..aku cakap dalam pukul 3 saya sampai..insyaallah.


Kami stay kat EURO RICH HOTEL. Hasil dari website BOOKING.COM. Aku ambik 2 biliklah..satu utk makayah & lagi satu kami punye..kasi mood honeymoon sket..heheh


Dekorasi lobi agak menarik...aku suka sofa dia..


Bilik dia oklaa, not bad..selesa sebab aku dengar ada orang tido berdengkur malam tu..heheh . Tapi yg paling tak bestnya sebab WIFI TERSANGAT SLOW kat dalam bilik. Nak merasa WIFI laju kena stay kat lobi...huhu.


Pastu yang wat lagi sakit hati bila line internet sendiri (aku pakai Maxis) langsung takde signal kat situ..dah kenapa?? Aduhaiii..

Plan nak keluar balik lepas asar kononnya nak naik MELAKA RIVER CRUISE. Member sekolah aku kol ajak kami datang beraya kat rumah dia kat KRUBONG.

Ekceli malam sebelum gerak pg Melaka adalah berwasap kat grup sekolah cakap nk g sana, tapi aku takdelah beria sangat singgah  umah dia pun sebab tau t&c bila berjalan dengan warga emas ni. Taknak byk kali singgah2 ni..nanti spoil mood.

Aku cite kat mak..kebetulan mak aku pun kenal dia sebab selalu datang beraya kat rumah..jadi mak aku OK jelah..i follow..

Kami makan malam kat rumah kawan aku..kami main masak2 pulak malam tu. Lauk simple2 je tapi berselera je makan. Makayah aku pun suka je pegi sana..dah macam pegi anak sedara dorang dah...ishhh

Hepi sangat dapat jumpa dorang satu family..ntah bila pulak dapat datang sana lagi.

Malam tu balik hotel terus. Tapi aku dgn anak buah curik2 keluar...cewaah. Konon2 nk pegi night market kat depan dataran pahlawan tu..ala2 JONKER WALK kah?? Tak penah sampai lagi JONKER WALK tu...huhu


Memang happening malam2 kat sana dengan barisan lampu ABAM BECA...ABAM BECA ditengah jalan. Cantik2 dorang dekorate BECA masing2. Bermacam watak ada...HELLO KITTY, SPONGE BOB, IRON MAN tapi yang paling ketara & banyak adalah BECA watak FROZEN.

Ni kalau si kecik hajar nampak konfem melompat sampai ke bintang dah ni.

Besoknya sarapan kat hotel je sebab dapat voucher breakfast. Adik aku tak join sebab voucher utk 4 orang je. Dia sambung tido lagi best.


Pilihan makanan biasa2 je...ada kuetiaw goreng, nasik goreng, bubur nasik, roti bakar. Alhamdulillah berjaya mengenyangkan perut pagi tu.

Singgah lagi sekali ke MELAKA RIVER CRUISE. Nekad nak naik dah kali ni. Tetiba aku terjatuh depan kaunter...huhu.. Orang kelantan cakap "GELECOH"..dah macam nangka...gedebuk. Adesss..sampai terkoyak skey suar aku kat lutut..huhuuuuuu



Beza harga tiket pada hari weekday dengan weekeed..inclusive GST..


Dah nyaris2 terseliuh, terus kansel naik CRUISE tu. Mak aku cakap takyah lah naik boat tu.. mak ajak pegi KLEBANG je, nak pegi melawat nenek sedara kat sana.

Sebelum sampai ke rumah nenek sedara tu, aku singgah PANTAI KLEBANG dulu. Selalu dengar orang dok cerita pasal PANTAI KLEBANG. Dah sampai sana memang rasa teruja sangat sebab view pantai dia tersangat cantik. Gabungan pasir putih pantai & langit biru dia memang ohsemm.



Pantai putih tepi pantai.....ombak saling berkejaran..


Depan pantai tu meriah dengan gerai2 menjual air kelapa, cendol, laksa..blalabla..


Yang paling femes ofkoss COCONUT SHAKE..


Feeling2 maldives gituu..


2 comments:

  1. Alah kesian nya....... nasib baik tak teruk, masih boleh memandu lagi tu.......

    ReplyDelete
  2. kereta baru jalan jauh ke melaka

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺