Monday 17 August 2015

RINDU NZ...

Auckland (NZ) adalah negara pertama aku pegi 6 tahun lalu (2009). Masa tu 1st time merasa pergi obersi, pastu naik pulak flight 11 jam lamanya sampai kematu. Itu adalah kenangan manis tu tak akan aku lupakan sampai bila2...IRFA dah naik loya setiap kali bila aku sebut pasal NZ...hahahaa..

Meh aku belanja gambar lama kami dengan caption "Jangan kata akak tak payung.." Psstt...masa ni aku tak sesihat skarang...ahakss


Time kami pegi dulu sekor KIWI pun aku tak jumpa..yang banyak kambing BIRI-BIRI je..gemuk2 semuanya...bulu tebai sebab sejuk sebab time tu winter..hehehe


Tapi yg aku herannya bila aku belek2 album lama..(oh ye...gambar ni semua masih utuh dalam thumbdrive ok, tak pernah cuci...huhu) aku perasan total gambar kitorang kat sana tak baru 1++ keping je padahal trip tu seminggu..

Kenapalah dulu aku pemalas sangat nak ringan2kan tangan snap pic kat sana dulu. Padahal masa tu dah pakai kamera digital kot..kalau pakai kodak lain lah kena berjimat cermat..

Beza sangat dengan keadaan sekarang ni..kalau pantang nampak apa2 yg menarik laju je tangan tu ambik hp nak snap..tu yang gambar jenjalan sampai beribu2 keping penuh memori..

Officemate baru balik tour South NZ, dapat souvenier kiwi sekoq ni hah...


#Entry throwback semata-mata.. ^ ^

Wednesday 12 August 2015

FM BOARD KAMI DAH SAMPAI..

Kalau sebelum ni semua FM @ FRIDGE MAGNET yang kawan/sahabat bagi campur dengan koleksi sendiri kitorang tepek je kat opis. Tapi memandangkan semua dah bawak diri masing2 dah pasni, jadi semua pakat nk beli FM BOARD. Yelah agaknya pintu peti ais kat rumah dah takde space nak tepek kot..heheh


Ekceli FM tu takdelah banyak mana pun. Testing je nih..giler kuasa betul nak.tepek sampai 2 papan...heheh. Aku punya satu jelah..


Sapa nak order jugak boleh ke belog sahabat kita di musshima.blogspot.com. Ada banyak2 size lagi..nak yang petak ke panjang ke..semua boleh deal..

Monday 3 August 2015

MAJLIS HARI RAYA TERAKHIR DI OFISKU..

Jumaat haritu ada majlis hari raya kat opis.

Jamuan hari raya terakhir kami di kompeni ni. Lepas ni semua pegi membawa haluan masing2 dah..

Semoga kalian tabah & berjaya dalam apa jua kerjaya lepas ni...hehehe..


Semoga ukhwah kita berkekalan walau dimana kita berada...insyaallah..

#janganleftwasapgrupye...hahahah

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...