Tuesday, 15 September 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN...

Sejak dah tukar profession sementara jadik petani moden ni..aktiviti dlm sebulan ni adalah mengukur keluasan hektar mall2 yang berhampiran & memenuhi selera anak tekak di kedai makan @ restoren jelah kejanya...heheh

Review untuk warga penduduk NILAI/SEPANG...

NASI AYAM PENYET @ BONDI RESTOREN, NILAI


Ayam Penyet dia memang superb..kalau sebelah malam restoren ni full house di waktu perdana 8 - 10 malam. Port makan biasa dgn adik & jugak sekutu...

Harga sepinggan ayam penyet ni RM6


SEOUL GARDEN @ PALM MALL SEREMBAN

Sista outing day last week..belanja adik pompuan bongsu aku sempena birthday beliau yg ke 21..sweet 21 katanya..

Harga seorang dewasa (lunch) adalah RM36


MEE UDANG D'LAILA @ MAA SANTAI CORNER, NILAI

Kami kesini hasil dari review fb page PSDN (Kelab Warga Penduduk Sepang & Nilai)..

Ekceli deko menu dia menyelerakan dengan udang dok bersusun penuh tertib dalam mangkuk sebenarnya kalau kita makan kat situ. Tapi ni sebab tapau..udang pun dah tak sekata lah..

Harga semangkuk mee udang ni adalah RM14.

HANITH LAMB @ AL JAMAL RESTOREN, NILAI

Restoren arab ni terletak di tingkat atas dalam kawasan pasaraya Giant Nilai. Ini adalah cadangan restoren makanan Arab kat selain dari Restoren AlZahra (Inti Kolej) & Marhaban Bikum, Dataran Nilai.


Aktiviti harini...ke MITSUI ke kitaa..


M.A.D! RESTAURANT @ MITSUI OUTLET PARK, KLIA

Restoren ni kat tingkat 1 berhadapan dengan foodcourt. Harga makanan sesuai dengan deko restoren yang cantik/moden dan staff dia yang sangat sopan santun itu.. #tolongtarikkerusiakak2


IRFA cakap bila dah tak keje ni..dah tak berapa rajin nak bukak laptop, nak bukak @ update belog sebab feel dia lain dgn pc kat opis...huhu

Jadi kalau update belog pun hanya cerita pasal makan jelah...hehehe..sabar jelah..

2 comments:

Have a nice day... ☺