Wednesday, 30 September 2015

PENANGAN POLIS EVO..EVO..EVO..


Tak penah2 aku rasanya aku tengok wayang cite yg sama sampai 2 kali camni hah..

Malam sebelum balik kampung haritu sempat jugak larik kejap pegi AEON S2 dengan adik aku semata2 nak tengok cite POLIS EVO ni...dalam hati mintak sangat2 supaya cite ni tak mengecewakan kami sebab bila aku baca review semua cakap cite ni BEST WOOO!!!

POLIS EVO mengisahkan 2 orang inspektor polis dalam misi membanteras kegiatan pengedaran Syabu Naga yang berpusat di Terengganu. Jadi dalam cite ni Zizan memang cakak ganu 100% lah..


Jangan kejut harimau yang sedang tido..
Salah masuk jalan nanti susah untuk hidup..
Jangan korbankan harga diri kerana ego,,
Salah nanti kena tangkap dengan POLIS EVO..

Ke kiri ke kanan..
Hati hati bila di jalanan..
Di sini di sana..
Cari kawan jangan cari lawan..

Nak di jadikan cerita malam Ahad haritu IRFA pulak belanja aku tengok cite ni lagi sekali sambil temankan dorang anak beranak tengok wayang..aku kan pemandu upahan...hihi

Walaupun dah tengok kali kedua tetap jugak aku tergelak tengok gelagat polis 2 orang nih..

Hmm...rasanya tak mungkin aku seorang yang mudah terhibur...ngeeee


Aku tahan diri dari jadik pencerita dalam wayang malam Ahad tu...risau gak kot ada orang menyampah, karang tak pasal2 kena baling dengan popcorn pulak..heheheh

Banyak scene yg buat aku gelak antaranya scene Insp Khai (Shaheizy Sam) makan malam kat rumah Insp Sani (Zizan Razak)..serius kelakorr wehh dan scene dorang berdua dengan si abam seksi Mat Yam (Amerul Affendy).

Harap lepas ni pengusaha filem melayu buat filem yg berkualiti macam nilah...baru lah penonton tak rasa rugi bayar tiket wayang yang berGST itteww...

Okbai...

2 comments:

  1. ni yg bt rasa berkobar2 nk tgk nih.... banyak yg review kata best

    ReplyDelete
  2. Huhuhuu.. kita smpai skrng belum tgk lagi.. bila la nak ada kesempatan nk pi tgk ni huhuu.. :D

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺