Friday, 29 May 2015

OFFICE FAMILY DAY 2015 :: CAMAR LAUT RESORT LKIM, BAGAN LALANG..

Weekend lepas 23hb May, opis aku ada buat family gathering kat CAMAR LAUT RESORT (LKIM), BAGAN LALANG. Lokasi dipilih berdasarkan kebanyakan staff opis ramai yang tinggal kat Sepang, Nilai & Putrajaya.


Lokasi CAMAR LAUT RESORT ni sangat senang kalau nak carik. Tepi jalan sebelah kiri nak ke pantai BAGAN LALANG tu je



View dari tingkap, kalau nampak laut mesti lagi ohsemm..


Lobi untuk pendaftaran CAMAR LAUT RESORT.


Servis SEWA BASIKAL pun ada. Harga RM10 untuk satu jam.


SWIMMING POOL masih dalam pembinaan. Kalau dah siap nanti mesti lagi ramai yang menginap kat sini aku rasa.


Aku selaku ahli JKKKK event bersama ahli yang lain menginap kat sini hari Jumaat malam tu kerana malam tu kami ditugaskan untuk memacking hadiah doorgift, lucky draw & lain2.

Tapi apapun sebelum memulakan tugas, kami ke RESTOREN SENANDUNG MALAM dulu menjamu selera. Bajet masing2 ye, bukan under sponsor pun..heheh

Menu wajib : UDANG BUTTER, PEPAHAT GORENG CILI, SOTONG CELUP TEPUNG & KERANG REBUS..


Dari CAMAR LAUT ni cuma perlu jalan kaki je restoren tu, sebab dekat sangat jarak dia so buat rugi minyak keta jelah kalau drive melainkan hari hujan.


Yeyy..dapat towel, boleh pegi mandi laut...hehehe


Kami stay kat bilik single (02 katil) dengan harga RM170 satu malam. Aku tak sempat nak ambik gambar bilik tu, tapi sempat ambik gambar bilik suite yang ada 2 bilik.


Kami sediakan sarapan segera, roti & air kotak untuk semua yang hadir pagi tu.


Mana yang stay sana dapat kupon breakfast kat cafe CAMAR LAUT. Pilihan makanan pun simple2 je, tapi alhamdulillah..kenyang la jugak aku pagi tu.


Kami punya pondok BBQ yang hujung belah kiri tu.


Dah start sesi membakar ayam dah ni. Otai2 jelah yang handle bab2 ni.


TELEMATCH untuk kanak2 & jugak dewasa. Tapi aku tak dapat join sebab kena handle & backup bahagian registration..huhu


Hadiah pun simple2 jugak..standard lah kalau telematch family day mesti dapat TIPUWARE. Budak2 hepi sebab dapat banyak hadiah.


Masing2 eksaited nak tunggu giliran ambik hadiah game telematch.


Ini rumah kayu yang ada dua bilik. Cantik jugak aku tengok.


Tukang bakar berpeluh nak habiskan semua bahan2. Errrr...aku tukang makan je...heheh


Ayam ni nampak hangus sebab bila makan OK jerrr..hehehe


Last FAMILY DAY untuk kami semua maybe...huhuhu


SEMOGA SEMUA HAPPY & SEMOGA JUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG..

Wednesday, 27 May 2015

Drama SUAMI + ISTERI..

Drama HATI PEREMPUAN dah habis..oklah..lemah aku tengok cite tu sebab aku rasa 80% Kuril kena pujuk Yuhanis...bosan ah. Sekarang tengah layan drama DIA..ISTERI LUAR BIASA pulak. Apa yang luar biasanya??


Drama adaptasi memang sepesen je jalan cerita dia macam pasangan yang kahwin paksa, kahwin kontrak, gaduh, pujuk..pujuk gaduh..blablablaaa...lepas tu satu kontena lori gula pasir eksiden..gedegang..terus keluar bunga2 chenta..huhu

Antara tajuk-tajuk drama/filem sekarang yang ada unsur2 kekeluargaan...heheh

PLAYBOY ITU SUAMI AKU (Fattah Amin & 
SUAMIKU ENCIK SOTONG (Sharnaaz Ahmad & Amyra Rosli)
PROJEK MEMIKAT SUAMI (Aiman Hakim & Emma Maembong)
SUAMIKU MR PERFECT (Aaron Aziz & Lisa Surihani)
SUAMI SEBELAH RUMAH (Izzue Islam & Ayda Jebat)
SUAMI AKU USTAZ (Adi Putra & Nora Danish)

AKU ISTERINYA (Izzue Islam & Anzalna)
ISTERI SEPARUH MASA (Aiman Hakim & Emma Maembong)
DIA ISTERI LUAR BIASA (Syukri Yahya & Nur Fathia)

BINI-BINIKU GANGSTER (Ehhh..drama ni pun kira love story ke??)

MENANTU VS MERTUA
Novel ni aku baru start baca semalam..ingatkan sama dengan satu drama bersiri dulu2 kat astro tu lakonan ERRA FAZIRA & AQASHA..rupanya tak sama pon..

MAID
Cite pasal maid pun dah jadik novel & drama sekarang ni.
Katanya drama ni tengah shoot sekarang. Lakonan abam sado ZUL ARIFIN & AYDA JEBAT. Bos aku cakap novel dia BEST. Aku tengah tunggu Q nak tumpang baca novel tu nih..

TEMAN LELAKI UPAHAN
Tak kira sebab ni kisah belum kahwin...hehehe
Watak KYRA & EL sangat menjadik..aku bagi 5 bintang

Lagi satu ada novel/drama tajuk makanan jugak

ASAM PEDAS UNTUK DIA (NUREEN MIRZA)
KIMCHI UNTUK AWAK (SURI RYANA)

Tajuk NOVEL & DRAMA yang sangat straight to the point. Tiada lagi tajuk sastera ala2 OMBAK RINDU & BADAI SEMALAM.

Monday, 25 May 2015

GA :: GIVEAWAY LHR & AMS 2015 by CIKVIVA..

Assalamualaikum..

Seperti biasa GA by CIKVIVA kembali lagi..


Cara join:

Taip SAYA NAK
Tinggalkan email address sekali ye.
5 pemenang akan dipilih secara rawak

Tarikh luput:
31 May 2015

Terima kasih untuk yang sudi join..

Yang Ikhlas
CV ^^

Friday, 22 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: MH19 AMS/KUL + SELAMAT TINGGAL AMSTERDAM..

Hari terakhir di sini. 

Sebenarnya kalau barang & bagasi kami tak banyak sangat, kami hanya kena naik tren je ke SCHIPOL AIRPORT tu. Tapi sebab banyak sangat bagasi jadik kami mintak tolong hotel call teksi pikap kami pagi tu. Tambang teksi ala2 MPV tu rasanya kalau tak salah aku lah dalam 60 Euro kot. Pehhh..


Tak cukup korum sebab sorang kena pegang kamera. 


We are here... SCHIPOL AIRPORT


Haa..kauuu...sini pun ada jugak I AMSTERDAM SIGN ni. Jadik kalau agak2 tak sempat nak pegi RIJKSMUSEUM tu, boleh la kesini je.

Lokasi kat arrival hall di tingkat 3.


Sign KEUKENHOF pun ada jugaklah..


 


Kami naik pesawat jenis B777 je balik Malaysia. Kapal ni walaupun dah lama tapi seat dia memang selesa berbanding A380 bagi aku. Tapi kalau kira bab IFE kapal A380 lagi best lah.


Kakak2 tu cakap masa dalam kapal aku tido macam orang pengsan dah. Penat kot..memang tak sedar apa dah..lantak..


Kami selamat sampai ke KLIA pukul 6 lebih. Mesej IRFA mintak beliau pikapkan aku kat airport. Sampai rumah terus zzzzzz..JETLAG

Alhamdulillah..selesai jugak aku siapkan entri bergambar trip kami kali ni...hahah. Sori sebab tak banyak info, aku tulis ni sebagai kenangan je..hihii

#ENTRIGIVEAWAYMENYUSUL

Wednesday, 20 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: JALAN - JALAN DI BANDAR AMSTERDAM..

Hari kedua kami di bandar AMSTERDAM. Memandangkan semalam punya trip kami pulun sampai pukul 3 pagi, sudahnya masing2 malas nak tinggalkan katil & selimut pagi..zzzz

Keje packing memacking mula berjalan sebab barang kami dah makin bertambah sampai ada extra 2/3 kotak berisi souvenier & biskut stroopwafel yang berpaket2 kami borong semalam. Tulah, masa membeli tak hengatt..


Masak nasik guna travel cooker tu senang sangat. Lauk kami kat sana hanyalah sambal bilis, kari ayam, sardin instant je. Masuk hari ketiga, tekak aku dah takleh telan lauk2 macam tu dah. Ohhh...i miss nasik campur..

Dalam itinerary awal trip sepatutnya kami ke MADURODAM tapi aku pun tak pasti kenapa kami terpaksa batalkan trip tu..memori lost...huhu


So, lepas brunch, kami keluar ke RIJKSMUSEUM sebab nak ambik gambar dengan I AMSTERDAM sign..katanya wajib ambik gambar kat sana.

Otw ke AMSTERDAM CENTRAL tu, hujan turun selebat-lebatnya..terus aku speed 180km sejam ke underground station kat sana. Tak sempat dh nak mencarik baju hujan bagai..

Kami ambik pass tram (24jam) dengan harga 7.50 Euro sorang. Dengan tiket ni kita boleh naik turun tram tu unlimited okay dalam masa 24 jam..sampai lebam..


Naik tram no berapa ntah turun kat stesen RIJKSMUSEUM tu, sorilah lupa lak nak tulis..huhu. Pastu jalan depan sket terus je nampak I AMSTERDAM SIGN tu. Masa tu hujan rintik2 pulak kat sana, tapi tak kitorang redah je.


BBM WAS HERE


Hujan tu rahmat tapi bila hujan nak jalan2 pun jadik tak best sebab basah & makin sejuk...ketaqqq






Ni kalau ambik gambar guna filem kodak ni, jenuh nak hantar cuci. Nah..ambik sorang satu patung arnab ni..


Ni masa rehat2 sambil meluruskan kaki sbb dah penat berjalan. Sambil tengok orang naik beskal. Aku suka tengok sebab orang2 kat sana tu especially yang muda mudi lah..dah la hensem, cantik dan stylo tapi naik basikal je kat town tu..klasik giler


Dah habih pusing2 kami balik hotel dulu & plan keluar balik dalam petang sket. Biasalah masing2 sibuk sangat nak mengejar toilet. Bila cuaca sejuk..memang asyik rasa nak terkucil jelah.


Love lock pun ada kat sini...


Suasana malam di sepanjang canal kat sana. Sempat jugak kami berjalan tengok kemeriahan suasana di RED LIGHT DISTRICT. Rasa macam terkesima jugak kejap bila lalu kat area situ...astagfirullahalazim..


Beli satu FM ni sebagai kenangan.


Jalan on the way ke RED LIGHT DISTRICT. Untuk gambar-gambar yang lebih detail boleh google kot...hehe


Suasana malam di area DAM SQUARE.


Ada hari peringatan apa ntah, banyak bunga dorang letak kat sini.


Kami singgah makan kebab kat satu kedai arab yang terletak di area bangunan hotel tu je. Saje nak rasa makan sesuatu selain nasik + instant food. Rasa so-so je..tapi alhamdulillah kenyang jugak..


Malam terakhir kami di sini...tetiba rasa sayu hati aku sebab pagi besok dah nak gerak balik Malaysia. Kemas beg letak hujung katil sebelum tido..huhuhu..

SELAMAT MALAM AMSTERDAM..