Saturday, 7 May 2016

Hai..MELAKAAA...

Ini namanya TRIP UBAT HATI...hehehe

Frust tak dapat naik kapatebam ke hcmc minggu ni...maka last minit plan kami 2 beradik ke BANDAR MELAKA je...huhuu

Off to Melaka pukul 11 pagi (Jumaat) dengan takde apa2 plan pun destinasi dan nk tido mana..


Masa kat hiway tu nampak signboard FREEPORT A'FAMOSA OUTLET..menarik jugak tu so terus decided nak singgah kejap tengok apa yang menarik kat situ.


Dari tepi jalan tu dah nampak bangunan dia tersergam indah...fuhhh terus feeling mcm kat AMSTERDAM tapi musim panas...hhehe


Ada bermacam branded outlet ada kat sini, tapi takdelah masuk pun...segan dengan staff dia..malaslah bukan nak membeli pon sebab datang dengan niat nak ambik2 gambar je sambil singgah makan & solat zohor.


Tu diaa.. MENARA KINCIR ANGIN..takde orang naik atas tu pon, kami berdua je gigih naik. Tapi aku rasa masa mula2 tempat ni bukak konfem berebut orang nak naik atas tu kot..


Kat sini ada FOOD COURT jugak, so takdelah kena makan kat restoren makanan segera je.


View di sekitar bangunan FREEPORT A'FAMOSA OUTLET ni menarik sangat. Ada banyak kemudahan yang disediakan termasuk tandas & SURAU yang SUPER SELESA..


Perjalanan diteruskan ke PANTAI KLEBANG.


Tapi view dah kurang cantik sebab kemarau kot...panas pulak tu..xde perasaan nk selfie...huhuu


Singgah kejap menyejukkan tekak kat gerai2 tepi bustel tu..pekena COCONUT SHAKE OREO & ABC SPESEL katanyaa..


Banner DON'T MESS WITH MELAKA ni banyak betul kat sana..


Dan akhirnya welcome to BANDAR HILIR


Di sebabkan susah nak parking & dijamin tak kena saman, so aku pilih park dalam mall DATARAN PAHLAWAN je.


Pusing2 kejap dalam mall ni. Baru perasan ada satu bazar kat basement tu nama MELAKA HERITAGE kot ada jual macam produk kraftangan/makanan kering & souvenier. Memang sebijik macam dalam BEN THANH MARKET je...ngeee


Borong T'S MELAKA untuk anak2 buah aku..RM5 selai.


Tak lupa juga FM seketul untuk IRFA.


Disebabkan aku takde book apa2 hotel pun lagi untuk kami berdua tido malam tu..jadi aku plan nak pegi je walk in tanya kat mana2 hotel bajet yang ada area DATARAN PAHLAWAN tu.

Pusing2 nampak UPSIDE DOWN HOUSE ni...tengok macam bangunan biasa je. Adik aku cakap dia dah pernah masuk & tak menarik pun..so aku decided tak jadilah.

Tiket dewasa RM15 (pemegang MYKAD) & RM10 (kanak-kanak)


Ada satu hotel tu lupa dah nama apa..aku try la masuk tanya sebab tengok dia iklan harga satu bilik serendah RM68. Tapi staff dia offer aku RM98 (harga selepas diskaun) untuk satu malam. Aku tanya memang tu harga standard ke sebab aku ingat nak bajet je. Staff tu cakap tu memang standard rate untuk hari Jumaat/Sabtu/Ahad. Ookay..xpe kita try carik yang lain..

Adik aku dah bising2 dah suh aku proceed je hotel td sebab dh malas nak jalan kaki. Aku berkeras jugak taknak sbb rasa mcm rugi je..nk tdo je kot..so pilihan lain adalah book guna BOOKING.COM 


Skrol punya skrol...nahh ni last price yang aku dapat RM35 untuk satu bilik  (2 orang) with bathrooom..ok lettew


LB HOTEL ni terletak di bangunan kedua mengadap MENARA TAMING SARI. Memang dekat giler dengan UPTOWN MARKET.


View bilik yg berharga RM35. Kecik nau..2 langkah dah jumpa tilam. Japanese style katanya xde katil. Lantaklah yg penting ada aircond & bilik air sendiri.

WIFI?? Errrr...ada kat lobi je. Kami pasrah jelah dengan harga bilik camtu takkan nak dapat WIFI dlm bilik ye tak?? huhuhu


Lepas solat kami turun bawah carik makan kat UPTOWN MARKET pulak.


Ada banyak gerai makan bukak malam2 kat sini..order je nak makan apa. Adik aku order NASI AYAM PENYET (RM5.50) dan aku pulak diet nasik so ambik kerang rebus ni je sepinggan (RM10 kauu). Nasib baik kerang dia semua fresh2..


Balik bilik tido sampai lebam. Besoknya pukul 10 pagi dah check out. Tapi tulah yang tak bestnya sebab pagi2 dah dapat surat cinta dari abam majlis...huhuu sabor jelah.. ai is stresss


Lepak jap kat area A FAMOSA tu sambil tengok gelagat pelancong2 & kemeriahan abam beca..abam beca di tengah jalan ni mengayuh beca masing2. Adik aku ajak naik beca tu, aku taknak sebab kesian kat orang tu nak kayuh beca tu maklumlah kami semua sihat walafiat je..heheh


Kubu KOTA A FAMOSA yang masih sama macam dalam buku2 sejarah masa zaman sekolah dulu.


Kami makan tengah hari kat FOOD COURT DP MALL tu je. Gerai ASAM PEDAS CLAYPOT tu tutup pulak..baru je aku ingat nak order ASAM PEDAS DAGING TETEL, so terpaksa order menu lain..

Nak pg Restoren ASAM PEDAS CLAYPOT tu tapi waktu operasi start dari pukul 6 ptg pulak...menurut kata en gugel.


Solat zohor siap2 kat mall ni sebab nak gerak balik NILAI dah tapi sebelum tu kita singgah kejap makan MEE BESEN ORI yang viral kat fb tu..

Oh ye...surau kat DP Mall ni kat bawah sekali dekat parking sebelah pusat karoke dalam bazar MELAKA HERITAGE tu..

Walaupun jauh tp selesa berbanding surau kat PALM MALL S2 tu...jauh terperosok..jenuh mencarik..huhh


Tunggu next entry okay untuk kisah MEE BESEN ORI MELAKA...

Assalam.. ^ ^

2 comments:

  1. ok kita tunggu next entry.. kita suka melaka.. tiap tiap tahun mesti nak pergi heheh tahun ni tak jejak lagi... baca cerita awak rindu betul nak pi melaka hehe..

    ReplyDelete
  2. eh citer sikit je, kat blog tulis banyak xtvt
    ini tak adil

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺