Friday, 3 June 2016

FLORIA PUTRAJAYA 2016

Last pegi FLORIA @ PUTRAJAYA ni masa tahun 2010 rasanya..masa tu tema bunga orkid. Pastu dah tak jenguk dah apa yang ada kat sana.

Tup2 tahun ni 2 kali aku pegi...dua hari berturut2 pulak tu. 1st day aku pegi dengan kawan lama satu tempat keje dulu..esoknya aku pegi lagi bawak adik dan mak aku yg kebetulan datang melawat kami kat sini..

Walaupun cuaca panas ya amat..gigih masing2 tu menapak ke dalam kawasan FLORIA tu.


Tiket boleh dibeli kat kaunter atau melalui online je.



Orang ramai tapi laju je dorang buat keje..


Harga tiket BIASA untuk dewasa tak termasuk tiket MAGICAL GARDEN adalah RM7.50. Kanak2 pulak hanya RM3.50 seorang. 


Cite banyak pun tak guna so jom layan gambar yg aku sempat snap haritu..



Map FLORIA tahun ni...kami tak sempat menjelajah kesemua kawasan pun sebab cuaca panas sangat..mak aku cakap kita ni baru jalan suku bahagian je...pastu mak aku dah ajak balik..penat katanya...huhuu



Kat sini paling cantik bagi aku..semua orang wajib posing kat sini aku tengok..hehe


 Ini pulak taman bunga chrysanthemun atau bunga kekwaa



Yang ni aku rasa ISTANA JOHOR kot...huhu


Kalau yang ni aku memang tau sangat sebab dulu aku membesar kat sini...krikk..krikk


View dari atas menara tinjau..gigih naik atas tu. Brader yang jaga kawasan tu siap pesan jangan naik ramai2 ye nanti runtuh pulak..tapi serius masa aku kat atas tu ada rasa goyang sket...seriau..



Rehat jap tengok cik adik manis & cik abam manis ni menari zapin...ewahhh


Salah satu hot seat yg ada kat sana...berebut org nak ambik gamba kt sini...sebab ada efek2 snow gitu..ala2 FROZEN.


 Yang ni comel sebab ada rumah cendawan SMURF ni..



Ini pulak sebahagian dari kawasan pertandingan yg ada. Kreatif sangat idea2 dari para peserta yang terlibat..sebab semuanya cantik2. Kalau tak silap aku lah team Politeknik yg menang kategori ni. Tahniah ye..






Banyak food truck kat dalam ni..jadik tak yah risau kalau rasa lapar or dahaga. Lagipun mesin air mineral tu kat mana2 pun ada..singgit je sebotol.



So, itu sajelah kisah 2 hari aku kat FLORIA PUTRAJAYA di tahun 2016 ini... jumpa lagi di tahun akan datang..insyaallah..

2 comments:

  1. best nyer..teringin nak pegi tapi tok laki xmo bawak..kekeke..

    ReplyDelete
  2. tiap tahun makin best floria nihh... syg btl thn ni akak tak dpt pg...

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺