Friday, 16 September 2016

CERITERA AIDILADHA 2016..

Raya haji tahun ni aku dapat cuti raya...(okay..nak cite lah yang dh 10 tahun lepas takde sapa pun nak berebut cuti raya dgn aku..tapi tahun ni dh lain..huhuu).

Asalnya aku plan nak balik kg naik bas je sebab takde partner nak drive..tapi tulah padan dgn muka sendiri jugak sebab dah last minit baru lah terhegeh2 nak carik tiket..apa ko ingat tiket bas balik raya tu mcm beli tiket wayang ke..huhh

Pastu aku plan pulak nak drive @ mungkin aku tak balik kampung raya lagi kali ni...tapi tetiba rezeki pulak bila mak & ayah aku datang sini sebab nak balik sekali dgn aku sekali jalan dorang nak singgah kenduri rumah makcik kat Jerantut, Pahang.

So, kami 3 beranak pun memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi...terus ke temerloh untuk ke jerantut..mak aihh jauh jugak je...tak penah drive kesana. Kami sampai ke sana pukul 12..kmudian  bertolak balik ke kampung pada pukul 2.30 petang.

Tapi tak kusangka...rupanya kami terperangkap dalam jem dari highway kuala lipis ke Merapoh yang mengambil masa selama 4 jam..pehhh...


Tahap kesabaran aku teruji bila terpaksa menahan mata dari terlelap... mak aku dah mengeluh kepenatan sebab dah lama sangat dalam kereta...

Ya Allah..ramainya orang nak balik raya haji tahun ni...alhamdulillah...

Akhirnya kami selamat sampai ke kampung pada pukul 11 malam.... tudiaaa...agak2 berapa jam perjalanan kami ye...huhuu


Apa2 pun bila dah sampai kampung tu penat smua hilang sebab dapat jumpa tilam dan bantal...haaa

Ok daaa... nanti sambung balik...

No comments:

Post a Comment

Have a nice day... ☺