Monday, 29 February 2016

ENTRY 29 FEBRUARY..

Entry ni aku anggap sebagai penutup bulan Feb ni memandangkan sekarang ni berkesempatan update belog ni pun sebulan 2/3 kali je...huhu

12 Feb 2016 bersamaan hari Jumaat yang mulia maka dengan rasminya kami dapat adik ipar baru...ehehe.

Majlis sederhana je sebab sebelah lelaki kan...takde pelamin pun...


Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang di rancangkan...mak aku agak penatlah sketlah sebab kami adik beradik (kecuali pengantin) semua balik kg sehari sebelum majlis..nasib baik kenduri sebelah lelaki je..


Selamat Pengantin Baru Ichik & wife...semoga bahagia sokmo..

Welcome to our family... #adikipar

Saturday, 27 February 2016

RESEPI AISKRIM SUMI VIRAL...

Kenapa aku cakap aiskrim ni dah viral...sebabnya dh heboh satu malaysia pasal aiskrim sumi ni..hahah

#aiskrimsumi


Maka projek aiskrim sumi pun terus on lah semalam...testing2 untuk makan sendiri je ni...hehe

Resepi ambik kat fesbuk je...terima kasih pada yang sudi sharekan resepi tu ye..


Bahan2..

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1@2 paket sumi jelly
4@5 gelas air (aku sukat guna tin susu tu)
Plastik aiskrim
Secubit garam


Cara2 masak

  1. Masukkan susu pekat + susu cair + 5 gelas air kedalam periuk
  2. Masak & kacau sehingga mendidih
  3. Sejukkan dulu sebelum isi dalam plastik aiskrim
  4. Masukan sumi & bancuhan susu td
  5. Sejukkan dalam peti ais.
Nahhh...siap dahh...jemput tengok pic.. hehe



Tuesday, 2 February 2016

10 BINTANG UNTUK FILEM BAJRANGI BHAIJAAN..

Dikala peminat filem hindustan masih lagi demam DILWALE (SRK & KAJOL) tu..jangan lupa tengok filem BAJRANGI BAIJAAN lakonan SALMAN KHAN..


Mengisahkan suka duka perjalanan PAWAN (SALMAN KHAN) dari INDIA nak hantar MUNNI @ SHAHIDA (budak kecik yg comel tapi pekak bisu) untuk balik semula ke PAKISTAN. Banyak konflik berlaku disebabkan pergolakan antara negara INDIA & PAKISTAN.


Sedih masa ni sebab MUNNI tertinggal keretapi  yg nak balik ke PAKISTAN disebabkan dia turun sekejap nak selamatkan anak kambing tersepit. Dia dah la takleh bercakap..hanya mampu melambai2 je panggil mak dia..


Masa ni geram pulak aku tengok si PAWAN ni...sebab terlampau baik & lurus. Dorang dahla menyelinap masuk ke PAKISTAN melalui terowong bawah tanah...boleh pulak dia berkeras nk tunggu kat situ sebab nak mintak izin dengan askar pakistan untuk masuk ke negara tu.. 


Setelah berjaya melepasi pelbagai halangan akhirnya MUNNI @ SHAHIDA berjaya balik ke rumah beliau yang terletak di kawasan pergunungan di sana. 



Bila last2 cite tu MUNNI berjaya menyebut nama PAWAN..



Memang sedih gilerrrr masa ni..tak semena-mena air mata aku mengalir...huhuhuu




Nak cite lebih2 pun nanti tak best rasanya...korang kena tengok sendiri eh...konfem tak menyesal...