Friday, 9 December 2016

RESTOREN GEGEY @ DENGKIL..

Assalamualaikum...last online bulan 9..sekarang dah bulan Dec dah...heheheh..pasni kite online 6 bulan sekali pulak ye..

Kali ni tergerak hati nak up entry pasal satu restoren hipster kat area Dengkil, Selangor. Nama restoren GEGEY.

GEGEY dalam loghat kelantan bermaksud BISING/MERIAH

Jadi aku sebagai seorang acah2 foodhunter, maka tempat makan ni harus kita terjah...



Alamat restoren GEGEY ni seperti di bawah

RESTORAN GEGEY,
No-09, Centre Point,
43800 Dengkil, Selangor
(bersebelahan D' Boutique Hotel)

Waktu operasi :
10 pagi - 10 malam

Okay jom kita tengok apa yang ada kat restoren ni ye..

Ada set air dan nasik atau boleh jugak beli berasingan..


 Konsep LAYAN DIRI tau..


Hanya perlu order dan bayar..pastu ambik ymakanan kat kaunter..

Air suam ada disediakan percuma free refill je..tapi kalau nak ais pandai2lah bawak diri mintak kat adik kat kaunter air tu..huhu


Ni pic masa 1st time kitorang kesana..sekarang view dia dah lain sikit sebab dah upgred deko.

Masa tu kami order NASIK KERABU & NASI ALA KAKWOK dan AIR BIGCUP EXTREME. Maklumlah 1st time punya lawatan mestilah nak try air bigcup extreme dia tu..siap order topping rainbow cake lagi kauu...



 Amacam?? meriah tak air bigcup kitorang?? hahaa


Harga satu bigcup extreme ni adalah RM9.90.

Tapi sekarang dah ada menu western jugak tau.. jangan tak tau kat sini pun ada yang ala talam western tu..

Harga small platter ni RM39.90 & big platter tu pulak RM69.90


Pic ni dari page rasmi GEGEY tu..mintak share ye TT.

Tapi masa tu kitorang takdelah order menu ni sebab dah makan nasik kat umah..so tak baik membazir kan...nanti jadik kawan syaitan pulak...hehe

So..kami hanya order CHICKEN CHOP & MEAT BALL & FRIES je..



Total lost Rm35 kot.. lupa dah.. huhuu


So..sapa2 yang tinggal berdekatan atau tersampai area Dengkil ni boleh la singgah sini untuk sama2 meng"gegey"kan restoren ni ye...

Jumpa lagi..kbaiii