Thursday, 21 August 2014

Resepi KEK BATIK..

First time buat rupanya semudah ABC je kan buat KEK BATIK ni, so kepada yang tak pernah buat KEK BATIK tu, meh aku nak share resepi sket kat sini...heheh

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah:
  1. Milo
  2. Susu Pekat
  3. Biskut
  4. Mentega (Buttercup)

Cara-cara masak
  1. Cairkan mentega (1/2 buttercup)
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat
  3. Kacau sehingga sebati
  4. Masukkan serbuk MILO dan kacau.
  5. Masukkan kepingan biskut yang telah dipatah-patahkan
  6. Gaul sehingga sebati
  1. Tuang kedalam bekas dan tekan padat2.
  2. Kemudian sejukkan dalam peti ais dahulu sebelum dipotong.

Inilah dia rupa kek batik kami yang telah siap..menarik tak??


Selamat mencuba.. =)

Wednesday, 20 August 2014

Tuesday, 19 August 2014

PEMENANG GA CIKVIVA..sori lambat update..

Lupa dah nak apdet pasal PEMENANG GA : CIKVIVA NAK BAGI GIFT..heheh. Hari ni baru berkesempatan nak apdet..


Pemenangnya adalah




Hadiahnya adalah sehelai INNER MAGIC untuk setiap seorang dari HAJAR CLOSET.


Terima kasih sebab sudi join...love uolls

Monday, 18 August 2014

SURPRISE laa sangat =P

Ini kisah sabtu malam..adik aku wat suprise la konon2nya. Aku sampai je rumah balik dari open house tu, tetiba dia kuarkan kek siap lilin dengan ucapan "SELAMAT HARI JADI KC..cepatlah, nak makan kek ni..." huhhhGigih dia menapau dari KLIA tu..bawak naik bas lak tu..terharu rasa..huhu


Yang aku heran tu, dia boleh lupa tahun bila aku dilahirkan. Takpelah..tetiba aku jadik muda haritu, orang selalunya jadik makin "matang" tapi aku punya dah terbalik..sebab dia kata aku tak nampak tua...cewahh!!

Jom2 KC belanja nasik kandar lawood nak???..hehehehe

Beraya kat RUMAH TERBUKA..

Weekend yang padat dengan aktiviti beraya di rumah terbuka. Sabtu ada 03 jemputan, seronok dapat jumpa kawan2 lama..pastu.melepak sampai habis cerekarama Berikan Aku Jilbab malam sabtu tu...hihi

Inilah geng2 futsal kami dulu, tapi semua dah gantung kasut sebab bizi dengan komitmen masing2..


Pastu semalam IRFA ajak beraya umah blogger kak Azwa kat Putrajaya pulak. Alhamdulillah perjalanan kali ni kami berjalan lancar & tak sesat macam selalu...hihi. Jumpa blogger acik erna sekali dengan ucapan "Akak, tat nenas tu memang sedapp, mabelesss!!"


Disebabkan rumah akak tu dekat sangat dengan tasik Putrajaya, apa lagi sempatlah kami menyinggah kejap sebelum balik tu untuk berposing ala2 nak masuk ruangan kembang setaman gitu..cantik sangat view dia..tetiba rasa nak jogging je haritu..heheh


Thursday, 14 August 2014

Rempah NASI ARAB AL-BAYT

Kepada penggemar nasi Arab, kalau ingin mencuba masak nasi arab sendiri kat rumah, boleh lah cuba REMPAH NASI ARAB AL-BAYT ni sebab ia mudah, senang lagi ringkas..

RM15 sekotak

Postage - RM6 (SM) / RM9 (SS)

4 jenis rempah pilihan

NASI MANDY AYAM SAUDI
NASI KABSAH AYAM
NASI MAQLUBA AYAM
NASI MANDY KAMBING YAMAN


Cara-cara penyediaan ada disediakan di belakang kotak, arahan mungkin berbeza mengikut jenis rempah. Ini adalah contoh untuk cara memasak NASI KABSAH menggunakan Rempah AL-BAYT..

NASI

Bahan-bahan lain yang diperlukan
  1. Ayam
  2. Bawang putih/besar
  3. Tomato Puri
  4. Cili besar
  5. Gula/garam

SAMBAL TOMATO
  1. Tomato
  2. Cili padi
  3. Daun ketumbar


Kepada kawan2 yang berminat untuk mencuba, boleh lah singgah ke belog HAJAR CLOSET atau whatsapp/SMS  ke 016-6116459

Wednesday, 13 August 2014

WW :: STAYSTRONG

Last week masa aku singgah kejap office lama nak ambik barang, ternampak banner untuk MH17 ni. Tengok line clear je terus aku sign otograph kat situ dengan sepatah dua ucapan takziah untuk family mangsa MH17 & MH370.

Al-Fatihah.. = (


#STAYSTRONG

Monday, 11 August 2014

Bulan Kelahiran KAMI..

SELAMAT HARI LAHIR untuk kawan2 yang lahir pada bulan AUG.. 

IRIS - 09hb Aug
AINA - 11hb Aug
CV - 17hb Aug


Friday, 8 August 2014

Lagu untuk AYAH dari KOKPING @ FYNN JAMAL

Itu AYAH saya..
Itu RUMAH kami..
Itu bukan HILUX kami..
^ ^


BIAR (FYNN JAMAL)

Mata tua yang memandang aku itu
Bundar..pudar
Dia tak mau bilang apa yang
mencengkam jiwa usangnya
BIAR..katanya BIAR

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur & ujar apa menyerabut

Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mau tau

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum..senyum
Dipukaukan aku nak terus terpana & terdiamkan
BIAR..katanya BIAR

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari bebanmu

Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
melompat tinggi
Setiapnya kerna engkau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi..aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mau semeja, sahabat lebih berharga

Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan

Apa layak aku bagi
Tak terbalas sampai mati
Kau sunggu yang paling tinggi
Istanamu SYURGA nanti

AYAHANDA beta
Kekasih beta

Resepi mudah KETUPAT SOTONG..

Sapa penah makan KETUPAT SOTONG ??


Orang kelate panggil TUPAK SUTONG. Balik raya haritu ayah aku request kat mak nak makan ketupat sotong, aku cakap.sudahhh..banyak keje pulak nak buat ni. Tapi rupanya ayah aku ada cara yang paling senang nak buat..camane tu??

Apa yang kita perlukan adalah
  1. Lemang 
  2. Sotong
  3. Gula manisan
  4. Santan
  5. Daun pandan
Sukatan bahan2 tu tak pasti lah pulak..main agak2 je boleh..hihih. 


Kenapa guna LEMANG?? Sebab tak payah2 nak tanak pulut dah, lagipun harga LEMANG tu murah je kat kampung aku..RM10 boleh dapat 3-4 batang..
  1. Masukkan isi lemang tadi kedalam sotong sampai padat
  2. Cucuk kepala & badan sotong guna lidi supaya pulut tak keluar.
  3. Masukkan santan, gula manisan & daun pandan sekali ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga kuah jadik pekat & sotong dah masak.

Ok, siap dahh.. mudah kan???  =)