Monday, 25 August 2014

Menjejak KELIP-KELIP di KUALA SELANGOR..

Sabtu Ahad lepas, member wassap ajak pg lepak homestay kat Kuala Selangor. Hmmm..jauh jugak tu, tapi takpelah bukan selalu nak buat aktiviti macam ni. Aku ingat lagi last aku sampai sana masa lawatan sekolah pegi KL dulu, kitorang transit tido kat satu sekolah kat sana..lama sgt dah 10 tahun lepas kot..


Pagi sabtu (pagi tak pagi sangat lah..heheh), kami berempat gerak menghala ke KUALA SELANGOR. Tapi disebabkan oleh masalah teknikal plus makan angin aka SESAT maka bila kami sampai sana hari pun dah petang. Alasan sebab taknak lalu tol...amik kau...hihi


Wahhhh...sawah padi...teruja sangat..tiba2 teringat cite NUR KASIH..


Member aku booking homestay kat Kg Sg Haji Dorani ni. Mula2 aku ingatkan kat HOMESTAY SG HAJI DORANI yang rumah2 dia tepi sawah tu...rupanya tak..huhu

Kami tinggal di sini HOMESTAY D' IDAMAN ni je..


Ni kawan aku tengah merenung masa depan..hihih


Setiap rumah kat sini ada nama tersendiri..contoh rumah yang kami duduk ni nama dia FAIS. Nama2 lain seperti chalet AIN, JUA. RUSDI, IZWAN, RASHID & IDHAM


Sewa untuk rumah FAIS untuk satu malam adalah RM150. 
  • 02 bilik dengan katil Queen 
  • 02 bilik air
  • Aircond
  • Perabot & TV
  • Peti ais dan  peralatan dapur
Tapi satu je takde.................WIFI...hehehe


Bagi aku lah, selesa sangat rumah ni...terasa macam duduk kat rumah sendiri walaupun rumah sendiri cuma pakai kipas je...lalalala. 

Malam tu nak pegi tengok keindahan KELIP-KELIP lah kononnya. Sekali bila dah nak maghrib tu, hujan turun pulak. Kami dibagitau yang kelip-kelik takde kalau hujan, lagipun bahaya nak naik bot hujan2 camtu. Alahai...masing2 frustlah lahhh..sebab datang semata2 nak tengok KELIP-KELIP kot..huhu

Gambar dari google
Bila hujan dah turun, kami pun plan nak tarik selimut jelah, nak buat aktiviti apa lagi. Layan TV jelah kot. Tiba2 perut rasa lapar la pulak, dah la tak bawak satu apa pun bekalan..so, kenalah keluar jugak carik makan. Tapi tulah malam tu banyak kedai tak bukak mungkin sebab hari hujan. Pusing2 jumpa lah satu kedai makan ni..lupa dah kat area mana..ok SEDAP.. 


Besok pagi semua mengadap TV dulu, menengok siaran langsung Majlis Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 kali ke-2 tu..Al-Fatihah untuk mereka..

Kami checkout terus pagi semalam sebab malas nak patah balik. Lagipun member ajak pegi carik seafood fresh kat pasar awam yang dekat stadium SG BESAR tu. Macam2 di belinya...aku mampu tengok jelah sebab aku kan tak masak kat rumah, aku masak kat kedai je...hehehe


Kami bersarapan di Restoren Kuala Kurau yang berdekatan stadium tu. Pagi2 dah pekena Char Kuey Tiaw & mee rebus..perghhh


Otw balik tu singgah beli jagung kat gerai tepi jalan tu, nampak sawah menghijau. Aku ajak member berenti kejap, konon nak berselfie tepi bendang tapi dia takmo sebab masa tu dah pukul doblas..matahari dah atas kepala...huhu. Aku sentap kejap, sebab dah standby bawak monopod sepanjang 4 meter dah..


Ingat nak singgah pekena MENTARANG bakar tapi tak berkesempatan lagi..masa petang Sabtu tu tengok ramai je orang berniaga, ingat nak singgah pagi Ahad semalam tapi banyak kedai tak bukak lagi. Tulah semalam taknak berenti terus...nyesal..huhuhu

Gambar dari google
Aku rasa macam kena datang lagi KUALA SELANGOR ni lain kali sebab banyak benda menarik yang aku dah missed disebabkan oleh kekangan masa.


Ohh KELIP-KELIP...ohh MENTARANG

Friday, 22 August 2014

MH17 sentiasa dalam INGATAN..

Harini 22 Ogos 2014 adalah HARI BERKABUNG MALAYSIA bersempena menyambut pulang para jenazah mangsa nahas MH17..

  • Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan.
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram & gelap.
  • Saluran radio & tv diganti dengan bacaan ayat suci Al-Quran & program berunsur keagamaan.

Al-Fatihah & takziah untuk semua ahli keluarga & kenalan mangsa MH17.

Thursday, 21 August 2014

Resepi KEK BATIK..

First time buat rupanya semudah ABC je kan buat KEK BATIK ni, so kepada yang tak pernah buat KEK BATIK tu, meh aku nak share resepi sket kat sini...heheh

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah:
  1. Milo
  2. Susu Pekat
  3. Biskut
  4. Mentega (Buttercup)

Cara-cara masak
  1. Cairkan mentega (1/2 buttercup)
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat
  3. Kacau sehingga sebati
  4. Masukkan serbuk MILO dan kacau.
  5. Masukkan kepingan biskut yang telah dipatah-patahkan
  6. Gaul sehingga sebati
  1. Tuang kedalam bekas dan tekan padat2.
  2. Kemudian sejukkan dalam peti ais dahulu sebelum dipotong.

Inilah dia rupa kek batik kami yang telah siap..menarik tak??


Selamat mencuba.. =)

Wednesday, 13 August 2014

WW :: STAYSTRONG

Last week masa aku singgah kejap office lama nak ambik barang, ternampak banner untuk MH17 ni. Tengok line clear je terus aku sign otograph kat situ dengan sepatah dua ucapan takziah untuk family mangsa MH17 & MH370.

Al-Fatihah.. = (


#STAYSTRONG