Tuesday, 31 October 2017

PENANG TRIP 2017 : WONDERFOOD MUSEUM & PENANG HILL

02 Oct 2017 / Selasa

Konon2 nak bangun awal pastu keluar pegi cari sarapan yang best2 sekali hujan pulak..masing2 terus tarik selimut. Bersiap2 kemas barang terus check out hotel pukul 12tgh hari.

Mula2 carik lokasi Wonderfood Museum pastu carik parking..haha. Wonderfood Museum adalah tempat dimana di dalamnya dipamerkan segala jenis makanan dalam bentuk n size yang besar tetapi seakan2 betul.

Tiket Wonderfood Museum - RM15 seorang

Ada banyak bahagian..di setiap bahagian ada staff yang jaga dan bagi sedikit info pasal makanan dan jugak boleh tolong kita ambik gambar sekali.. 

Kalau kita tengok makanan tu memang sebijik real punya..terus rasa lapar dah kebetulan belum sarapan/lunch pulak masa tu..

Jom kita layan gambar dulu

Next destinasi kita ke Penang Hill @ Bukit Bendera. First sekali kita lunch dulu kat foodcourt bawah kable car tu..

Pastu beratur beli tiket pulak..sila tunjuk IC anda okay untuk dapat harga warganegara

Tiket Cable Car - Rm10 untuk dua hala

Kabel car terus meluncur laju memanjat bukit..sedikit gayat kalau kita betul2 tgk view dia..bayangkan bukit yg tinggi tu kita naik dengan keupayaan tren sahaja..smoga dipermudahkan perjalanan.

Mula2 kita carik kedai Lily Ice Kacang sebab sebelum sampai Penang ada jugak tengok2 apa yang tengah viral kat sini.. Tapi sayangnya kedai auntie Lily ni tutup la pulak..so kita try kedai auntie lain pulak.. 

Manggo Ice - RM10 semangkuk

Selesai makan jalan2 pusing kawasan..terus naik ke deck yang ada sign L.O.V.E tu.. ada banyak padlock kaler pink tapi dah pudar..ala2 korea gitu. Seingat aku last aku datang sini 4/5 tahun lepas tempat tu xde lagi..

On the way nak turun ke tempat menunggu kabel car..ada satu entrance ke LOVE area..hmm banyak betul Love kat atas ni..

Tiket LOVE : RM5 seorang

Oklah kalau sapa yang suka bergambar dan sesuai untuk sweet kapel yang nak ambik gambar love2 gitu..

Kat bawah tu ada muzium lebah..dorang tunjuk proses menghasilkan madu lebah..ntahlah aku pun tak pasti sangat..sekadar memenuhi permintaan kawan2 yang nak masuk sini..

Tapi berdasarkan pemerhatian aku..banyak betul dorang cuba buat duit kat atas ni. Semua entrance yang menarik dikenakan tiket masuk pastu nk bergambar kena cas lagi..pendek kata money like water lah 

Last destinasi sebelum ke airport kita ke Kedai Jeruk Pak Ali yang tepi highway tu. Masing2 memborong jeruk n buah tangan untuk family tersayang.

Kami sampai airport ngam2 pukul 7 malam..
part ni aku rasa ralat dengan wakil kereta sewa sebab urusan penyerahan balik kunci kereta tu buat aku makin stress sebab ketidakpekaan dia.. bayangkan flight kami pukul 9 mlm tapi dia boleh sampai airport pukul 830..hangin dah aku time tu..

Nasib baik sebelum tu dah pekena laksa penang kat cafe airport tu..sejuk sket hati..sedikit info tunjuk boarding pass dapat diskaun 10% ye

Macam biasa flight AK tak lari dari delayed..huhu.  

Sampai di Klia2 boleh pulak terserempak dengan officemate yang baru touchdown dari Jepun.. pehh terus aku terasa kerdilnya diri ini sebab mampu fly domestic je sekarang..huhu

Okay.. tu sahaja travelog aku kali ni..sebulan kemudian baru sempat update.. 








PENANG TRIP 2017 : LINE CLEAR, STREET ART, AIS KEPAL & ROJAK

1hb Oct 2017 / Ahad

Flight ke Penang berlepas pukul 10 pagi.. macam biasa pagi2 kena naik tren Erl dulu nak ke Klia2..bermodalkan rm2 untuk sehala..

Tiket AirAsia - RM100 /2 way (via traveloka)

Pukul 12tgh hari wakil kereta sewa datang hantar kereta untuk kegunaan kami kat sana selama 2 harini..condition so-so tapi alhamdulillah..

Viva Auto - RM160 untuk 2 hari

First destinasi sebelum check in hotel adalah mencarik nasi kandar..search punya search kami pilih Nasi Kandar Line Clear je sebab dekat hotel kami..

Nasik Kandar + teh o ais = RM10

Untuk trip kali ni kami booking bilik di Grand Inn hotel..hotel tu betul2 terletak kat tepi jalan besar..parking seberang jalan sebelah kedai mamak..nak parking free situ kena pakai kad khas yang di sediakan oleh pihak hotel..

Grand Inn Hotel - RM104 untuk satu malam

Masuk bilik mandi manda golek2 dulu. Lepas asar baru kami keluar balik hotel untuk mula mencarik apa yang menarik kat sana.. 

Org cakap kat sini kalau malas nak jalan kaki boleh sewa basikal untuk round2 bandar. Jom kita try..vrommm

Ada jugak basikal yang guna Apps tu tapi masa tu kami jumpa cuma ada 2 bijik je so terpaksa try alternative lain..iaitu sewa basikal kat kedai amoi..

Sewa Basikal - RM10 untuk 3 jam

First sekali kita carik arah ke Padang Kota Lama tgk2 apa yang menarik kat sana.. lenguh kaki jugak mengayuh basikal ni.. huhu

Agak menggerunkan jugak sbb nak kena kayuh basikal di khalayak ramai ditemani kereta dan motor yang sama bz dengan kita di jalan raya...so hati2.

Sampai kt Padang Kota tgk ramainya orang ambik angin kat sana..lepak2 tgok orang. Dah habis pusing dh tak tau nk carik apa..rasa menyesal pulak tak naik kereta..nak cari mee sotong tu tak tau kat mana..huhu

Patah balik ke kawasan area Street Art jelah konon2 nak bergambar sekeping dua..tapi huhu dalam banyak lukisan Street Art yang biasa kita tengok tu..aku jumpa satu je iaitu lukisan budak dua beradik yang naik basikal tu.. 

Tapi tu pun ramai nya orang beratur nak ambik giliran bergambar kat situ..so kena siap sedia aksi spontan anda supaya orang takdelah menyampah sbb kena tggu kita pose..

Dah habis bergambar jalan depan sket nampak ada org beratur lagi..ada apa kat situ ye?? hmm

Jenguk2 jap rupanya orang ramai beratur nak beli Ais Kepal..satu Rm3 boleh pilih perisa. Jom kita try..

Ais Kepal - RM3 seketul

Dah habis sorang seketul.. hantar balik basikal sewa kat kedai amoi tadi..tu pon dah sesat mana satu lorong kedai amoi td..siap bukak map tengah jalan.

Pastu menapak jalan kaki balik hotel.. 

Program malam kita ke Pasar Malam Batu Feringghi.. takde lah meriah mana pun mungkin sbb bukan malam minggu..beli souvenier seketui dua kat opismate sebagai tanda ingatan..walapun mesti ada yang bisik dalam hati..alaa penang je kot..hahaa

On the way balik hotel singgah carik makan kat  Bulatan Gurney Foodcourt tapi dah lewat malam so kedai dah tutup..yang ada cuma kedai Rojak ni je..pilih2 dapatlah sepinggan Rojak Campur.

Rojak - RM38 sepinggan (harga mengikut selera & pilihan sendiri)

Balik hotel dulu rehat kasi cas tenaga n segala gajet yang ada untuk perjalanan esoknya..

*gambar to be upload soon sbb tak tau camana nk uplo





Sunday, 1 October 2017

TEASER :: PENANG CEK MAI...

Hi...selamat ketemu kembali kita...

Nah...entry terbaru aku...hehe


Jumpa lagi sebulan dua...kbai..  ><

Saturday, 23 September 2017

SABAH TRIP 2017 :: KG LUANTI FISH SPA & SABAH TEA & PASAR FILIPINA & SEAFOOD

HARI KETIGA

Last day kami kat Kundasang Ranau.
Sebelum balik ke Bandar KK, kami sempat ke KG LUANTI FISH SPA

KG LUANTI FISH SPA

Tiket masuk RM5/ seorang



Aku masuk tengok gelagat orang je, kalau nak harapkan sendiri yang hulurkan kaki rendam dalam sekawanan ikan kelah tu memang taklah..geli campur takut..karang digigitnya kaki aku tak ke naya..hehe



Nasib baik member aku jenis yang berani mati, selamba je dorang masuk dalam air tu siap bagi ikan makan guna tangan direct ke mulut2 ikan tu..kalau aku idoklerr

SABAH TEA

Seterusnya kami ke ladang TEH SABAH.





Kena drive naik atas bukit jalan agak batu2.



Masuk free je, cuma kalau nak rasa lepak2 minum kat atas tu boleh lah...kami cuma lepak ambik gambar je.




Aku beli jugak teh sabah ni walaupun kat sini pun bersepah jual..hehe

JAMBATAN TAMPARULI

Sebelum ke hotel di KK kami singgah JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI yang sebenar..kat situ ada market jugak ye.


Yang ni bukan tau..ada lagi satu jambatan gantung laluan untuk pejalan kaki je..gayat jugak.



Last sekali kami check in di PROMENADE SERVICE APARTMENT KK.

Balik hotel, rehatkan badan dulu.
Dah petang baru kami jalan kaki ke PASAR FILIPINA yang femes tu.

Sedar tak sedar dah smpi ke malam kami dalam stuck dalam market tu. Mana taknya kalau dah hasil borongan seafood kering & keropok cincin/amplang pun dan dapat berkotak kotak.


Dah satu hal pulak nak angkut kotak yang berat tu bawak balik hotel...senget bahu sis..

So moral of the stori, bawak lah keta jika anda ke market...senang terus je loading dlm bonet

TANJUNG ARU MEDAN SELERA

Malam tu kami mencarik makanan seafood kat TANJUNG ARU.

Ramai yang bagi cadangan kalau nak makan sedap dan murah bolehla ke TG ARU atau ke TODAK WATERFRONT.


Masa kat hotel tu kami ada tanya kat pakcik guard tu kat mana makan sedap, so pakcik tu bagi suggestion ke TANJUNG ARU FOODCOURT tu bagus katanya..so kami follow lah cadangan beliau..


Alhamdulillah...kenyang kami malam tu melantak seafood...

HARI KEEMPAT

Masa untuk kemas2 barang, tinggalkan semua kenangan pahit manis kami kat selama 3 hari kat sana.

PASAR KRAFTANGAN/FILIPINA

Tapi sebelum kami ke Airport KK, misi menghabiskan sisa2 duit ringgit harus kami laksanakan di mana lagi kalau bukan di PASAR KRAFTANGAN/FILIPINA tu..


Hujan turun selebat lebatnya masa kami kat sana, nak meredah ke parking kereta semua dah kuyup. Alamatnya terpaksalah kami tukar baju ts I LOVE SABAH tu nanti kat airport..hehehe



Kalau nak beli atau borong souvenier brooch bolehla singgah kat kedai pakcik ni..murah2 je dia jual..



Alhamdulillah...kami sampai ke airport KK dgn selamat.



Flight delay sejam..so kita layan megi cup ler dulu..


Akhir kata, selamat tinggal SABAH, kalau ada rezeki lebih boleh kita jumpa lagi..

Kbai...

Friday, 22 September 2017

SABAH TRIP 2017 :: DESA DAIRY FARM & WAR MEMORIAL & KINABALU PARK & HOT PORING..

Hi..kita jumpa lagi selepas 5 bulan cuti...fuhh. 1st entry update pasal trip ni masa bulan Apr sekarang dah nak masuk Oct dah baru aku sempat nak edit dan masukkan gambar sekali..nampak bz nya aku mengalahkan menteri..hehee

Okay kita sambung cerita okay..hepi reading..

HARI KEDUA

Terus je drive ke DESA DAIRY FARM. Otw ke sana tu kita akan jumpa banyak homestay. So next time kalau datang..try book sini pulak..

Subhanallah cantik sangat pemandangan kat sana macam lukisan...kita akan nampak kabus menutupi Gunung Kinabalu


Tinggi..tinggi Gunung Kinabalu..
Tinggi lagi sayang sama kamu..

Ni pintu masuk Desa Dairy Farm..kena bayar tiket terus kat sini



Tiket masuk Rm5/ seorang.


Cantiknya pemandangan kat sini..


Masing2 dah start snap sana snap sini, selfie boomerang semua bagai dah..hahaa



Orang cakap kalau datang kena rasa susu & aiskrim yogurt gelato dia...paduu


Konfem lah aku beli semangkuk..sejuk2 makan pulak aiskrim pehhh..kebas mulut..huhu




Member sempat ambik peluang bagi lembu minum susu botol tu..


Gambar terlampau banyak kat sini sampai bateri pun dah low..kalau ikotkan hati nak je aku tepek semua tapi apakan daya..ku simpan sahaja sebagai memori terindah seindah pemandangan kat sana.

WAR MEMORIAL KUNDASANG

Balik dari DESA DAIRY kami singgah sekejap di WAR MEMORIAL KUNDASANG yang terletak kat pekan kundasang tu je..


Tiket masuk RM2 sahaja.

Kat atas tu kira macam tempat memperingati para askar yang terkorban masa perang time tu.



Kat dinding tu ada terpahat nama2 mereka tentera yang terkorban masa tu..




Aku tak dapat ambik gambar sgt sebab masa ni bateri hp aku dah tinggal 50%..yelah korang bayangkanlah masa kat DESA DAIRY tadi tu penggunaan camera hp banyak mana..hahahah

KEPAK AYAM MADU

Kami singgah makan tengah hari di pekan Kundasang, lupa dah nama kedai tapi kat belakang kedai tu ada jual KEPAK AYAM MADU yang sedap..



Belakang kedai ada jugak street art..



KINABALU PARK

Next destinasi kami ke KINABALU PARK
Tiket masuk RM3/ seorang


Masa kat sini memang aku betul2 menghayati keindahan alam sekitar sebab bateri hp aku dah totally out..huhuu

Powerbank yang aku bawak tak membantu langsung..sebab usb buat hal pulak haritu..

Masa kat atas satu platform tu kami ada bergambar dengan satu grup auntie vogue dari China guna hp member aku, yang buat seronok tu pasal member aku memang pandai cakap cina..lagi lah auntie2 tu suka, dorang siap mintak tolong kami pakaikan dorang tudung sbb kebetulan masing2 pulak ada shawl kat leher..agaknya baru beli kot aku tengok sepesen je semua.

Tapi yang frustnya semua gambar kat sana missing in action...sedehh

KOLAM AIR PANAS PORING

Last sekali destinasi terakhir kami untuk haritu adalah KOLAM AIR PANAS PORING



Tiket masuk RM3 tapi untuk pengetahuan korang tiket KINABALU PARK tadi tu kita boleh guna balik..nasib baik dapat info awal2 jimat la sikit..hehe

Ramai je orang bermandi manda berendam kat sana, seronok pulak tengok kalau lah kami pun bawak baju salin...hmmm

Kami sempat rendam kaki je dalam air panas tu..

So, itu sahaja cerita untuk hari kedua kami kat kundasang..

Malam tu carik makan kat KFC jelah.

Oh ye..korang penah tak makan biskut GERY MALKIST SALUT yang perisa cheese & coklat tu yang viral kejap aritu?


Haa..kat sini murah tau..tak sampai RM3 pun satu pek..jadi kami ambik keputusan beli terus 2 karton boleh bawak balik sini...yelah aku pernah beli kat sini satu pek RM5..

Balik hotel tido sebab besok nak gerak balik KK dah..