Tuesday 31 October 2017

PENANG TRIP 2017 : LINE CLEAR, STREET ART, AIS KEPAL & ROJAK

1hb Oct 2017 / Ahad

Flight ke Penang berlepas pukul 10 pagi.. macam biasa pagi2 kena naik tren Erl dulu nak ke Klia2..bermodalkan rm2 untuk sehala..


Sementara tunggu tripmate sampai kita alas perut dulu kat Family Mart Klia2 ni..


Tiket AirAsia - RM100 /2 way (via traveloka)





Kami dari rumah hijau...


Rindu sangat kat view gula2 kapas ni...


Sama cantik sama padan pulak tgk crew ni..


Viva Auto - RM160 untuk 2 hari

Pukul 12tgh hari wakil kereta sewa datang hantar kereta untuk kegunaan kami kat sana selama 2 harini..condition so-so tapi alhamdulillah.


Nasik Kandar + teh o ais = RM10


First destinasi sebelum check in hotel adalah mencarik nasi kandar..search punya search kami pilih Nasi Kandar Line Clear je sebab dekat hotel kami..



Agak2 berapa rega sepinggan kepala ikan ni ye...



Untuk trip kali ni kami booking bilik di Grand Inn hotel..hotel tu betul2 terletak kat tepi jalan besar..parking seberang jalan sebelah kedai mamak..nak parking free situ kena pakai kad khas yang di sediakan oleh pihak hotel..

Grand Inn Hotel - RM104 untuk satu malam




Bilik dengan 2 katil queen..ekon secukup rasa dah sempurna bagi kami..


Mesin filter ala coway kat luar bilik..senang isi air sejuk nk bawak pg jalan2


Masuk bilik mandi manda golek2 dulu. Lepas asar baru kami keluar balik hotel untuk mula mencarik apa yang menarik kat sana.. 

Org cakap kat sini kalau malas nak jalan kaki boleh sewa basikal untuk round2 bandar. Jom kita try..vrommm

Ada jugak basikal yang guna Apps tu tapi masa tu kami jumpa cuma ada 2 bijik je so terpaksa try alternative lain..iaitu sewa basikal kat kedai amoi..

Sewa Basikal - RM10 untuk 3 jam




First sekali kita carik arah ke Padang Kota Lama tgk2 apa yang menarik kat sana.. lenguh kaki jugak mengayuh basikal ni.. huhu


Agak menggerunkan jugak sbb nak kena kayuh basikal di khalayak ramai ditemani kereta dan motor yang sama bz dengan kita di jalan raya...so hati2.


Sampai kt Padang Kota tgk ramainya orang ambik angin kat sana..lepak2 tgok orang. Dah habis pusing dh tak tau nk carik apa..rasa menyesal pulak tak naik kereta..nak cari mee sotong tu tak tau kat mana..huhu

Patah balik ke kawasan area Street Art jelah konon2 nak bergambar sekeping dua..tapi huhu dalam banyak lukisan Street Art yang biasa kita tengok tu..aku jumpa satu je iaitu lukisan budak dua beradik yang naik basikal tu..


*pic gugel 

Tapi tu pun ramai nya orang beratur nak ambik giliran bergambar kat situ..so kena siap sedia aksi spontan anda supaya orang takdelah menyampah sbb kena tggu kita pose..

Dah habis bergambar jalan depan sket nampak ada org beratur lagi..ada apa kat situ ye?? hmm

Jenguk2 jap rupanya orang ramai beratur nak beli Ais Kepal..satu Rm3 boleh pilih perisa. Jom kita try..

Ais Kepal - RM3 seketul



Manis bak ang..



Dah habis sorang seketul.. hantar balik basikal sewa kat kedai amoi tadi..tu pon dah sesat mana satu lorong kedai amoi td..siap bukak map tengah jalan.

Pastu menapak jalan kaki balik hotel.. 

Program malam kita ke Pasar Malam Batu Feringghi.. takde lah meriah mana pun mungkin sbb bukan malam minggu..rasa menyesal pun ada datang sini..dah lah jauh..huhu


Just beli souvenier seketui dua kat opismate sebagai tanda ingatan..walapun mesti ada yang bisik dalam hati..alaa penang je kot..hahaa


Keychain & fm untuk rakan2 seperjuangan di opis..


On the way balik hotel singgah carik makan kat  Bulatan Gurney Foodcourt tapi dah lewat malam so kedai dah tutup..yang ada cuma kedai Rojak ni je..pilih2 dapatlah sepinggan Rojak Campur





Rojak - RM38 sepinggan (harga mengikut selera & pilihan sendiri)

Balik hotel dulu rehat kasi cas tenaga n segala gajet yang ada untuk perjalanan esoknya..jumpa besok naa...

No comments:

Post a Comment

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...