Saturday, 23 September 2017

SABAH TRIP 2017 :: KG LUANTI FISH SPA & SABAH TEA & PASAR FILIPINA & SEAFOOD

HARI KETIGA

Last day kami kat Kundasang Ranau.
Sebelum balik ke Bandar KK, kami sempat ke KG LUANTI FISH SPA

KG LUANTI FISH SPA

Tiket masuk RM5/ seorang



Aku masuk tengok gelagat orang je, kalau nak harapkan sendiri yang hulurkan kaki rendam dalam sekawanan ikan kelah tu memang taklah..geli campur takut..karang digigitnya kaki aku tak ke naya..hehe



Nasib baik member aku jenis yang berani mati, selamba je dorang masuk dalam air tu siap bagi ikan makan guna tangan direct ke mulut2 ikan tu..kalau aku idoklerr

SABAH TEA

Seterusnya kami ke ladang TEH SABAH.





Kena drive naik atas bukit jalan agak batu2.



Masuk free je, cuma kalau nak rasa lepak2 minum kat atas tu boleh lah...kami cuma lepak ambik gambar je.




Aku beli jugak teh sabah ni walaupun kat sini pun bersepah jual..hehe

JAMBATAN TAMPARULI

Sebelum ke hotel di KK kami singgah JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI yang sebenar..kat situ ada market jugak ye.


Yang ni bukan tau..ada lagi satu jambatan gantung laluan untuk pejalan kaki je..gayat jugak.



Last sekali kami check in di PROMENADE SERVICE APARTMENT KK.

Balik hotel, rehatkan badan dulu.
Dah petang baru kami jalan kaki ke PASAR FILIPINA yang femes tu.

Sedar tak sedar dah smpi ke malam kami dalam stuck dalam market tu. Mana taknya kalau dah hasil borongan seafood kering & keropok cincin/amplang pun dan dapat berkotak kotak.


Dah satu hal pulak nak angkut kotak yang berat tu bawak balik hotel...senget bahu sis..

So moral of the stori, bawak lah keta jika anda ke market...senang terus je loading dlm bonet

TANJUNG ARU MEDAN SELERA

Malam tu kami mencarik makanan seafood kat TANJUNG ARU.

Ramai yang bagi cadangan kalau nak makan sedap dan murah bolehla ke TG ARU atau ke TODAK WATERFRONT.


Masa kat hotel tu kami ada tanya kat pakcik guard tu kat mana makan sedap, so pakcik tu bagi suggestion ke TANJUNG ARU FOODCOURT tu bagus katanya..so kami follow lah cadangan beliau..


Alhamdulillah...kenyang kami malam tu melantak seafood...

HARI KEEMPAT

Masa untuk kemas2 barang, tinggalkan semua kenangan pahit manis kami kat selama 3 hari kat sana.

PASAR KRAFTANGAN/FILIPINA

Tapi sebelum kami ke Airport KK, misi menghabiskan sisa2 duit ringgit harus kami laksanakan di mana lagi kalau bukan di PASAR KRAFTANGAN/FILIPINA tu..


Hujan turun selebat lebatnya masa kami kat sana, nak meredah ke parking kereta semua dah kuyup. Alamatnya terpaksalah kami tukar baju ts I LOVE SABAH tu nanti kat airport..hehehe



Kalau nak beli atau borong souvenier brooch bolehla singgah kat kedai pakcik ni..murah2 je dia jual..



Alhamdulillah...kami sampai ke airport KK dgn selamat.



Flight delay sejam..so kita layan megi cup ler dulu..


Akhir kata, selamat tinggal SABAH, kalau ada rezeki lebih boleh kita jumpa lagi..

Kbai...

1 comment:

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...