Tuesday, 21 April 2020

OSAKA TRIP JAN 2020 (Part 3)

Salam PKP ke 35 hari.

20 Jan 2020 (Isnin)

Hari kedua kami di bumi matahari terbit. Suhu masih 7'c waktu pagi. Kami mula bergerak ke KYOTO dalam pukul 8pagi saing2 dengan orang Jepun nak pegi keja. Untuk ke KYOTO kami masih menggunakan pas KTP.




ARASHIYAMA BAMBOO FOREST

Dari Stesen Dobutsuen Mae kami terus Arashiyama Station melalui 2/3 station jugak.







Sepanjang jalan nak ke hutan buluh tu ada banyak kedai souvenier dan juga restoren ramen.



Ada perkhidmatan beca yang ditarik manual tu..tak pasti kat sana dipanggil apa. Tapi kagum jugak tengok orang yang tarik tu..dengan berat beca campur berat penumpang lagi.


Suasana kat sini best sangat sebab rasa macam aman je..pokok2 buluh kat sini pon cantik je susunan dia memang terjaga. Rasa macam tak percaya akhirnya aku sampai jugak kat sini.



Kami cuma jalan-jalan ambik angin dan bergambar kenangan. Kat sini kita jugak boleh menyewa basikal kalau tak larat nak berjalan. Tapi tengok berbukit je kawasan dia macammana nak mengayuh.

Ramai jugak aku tengok yang jalan- jalan sambil memakai pakaian tradisi jepun kimono. Kami tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan beberapa pelawat yang berkimono. 

Nak sewa bajet kurang..heheh.Nasib baik semua sporting je..arigatou gozaimas



Kami jalan-jalan lagi sampai ke jambatan Togetsukyo. Sebelum tu singgah beli kudapan kat satu kedai ni..nampak dia tulis menu halal. Jadi kami terus order dengan yakinnya. Kat sini ada jugak set menu ramen tapi kami piker untuk makan di Gion saja nanti. 



Sepatutnya kat sini kami nak naik Sagano Romantic Train tapi musim sejuk tak beroperasi. Kalau musim luruh & bunga mesti cantik pemandangan dia.

FUSHIMI INARI SHRINE

Kami bergerak ke Fushimi Inari Shrine yang terletak beberapa station dari Arashiyama. 


Kat sini dah mula nampak serabut sikit sebab pelawat berpusu-pusu berjalan ke Shrine tu. Memang meriah betul dah macam bazar ramadan gayanya kiri kanan orang berjualan makanan..kami ambik bau jelah dulu. 



Kami berjalan naik ke kawasan Gerbang oren tu. Tak naik sampai atas pun. Sekadar bergambar di bawah je..tak larat nak heret kaki. 



Masa nak balik tu nampak satu gerai jual takoyaki. Staff dia cakap HALAL..HALAL!!  Pastu tengok ada lah 2/3 pelanggan yang bertudung dok membeli.. kami dengan yakin lagi sekali order 2 set. Satu set 500 yen (6pcs). Kat sini makan jangan cuba2 untuk convert..nanti tak boleh nak telan. 


GION

Dari Fushimi Inari kami ke Gion District. Kat sini dah start kelaparan..jalan-jalan sekejap sekitar sini. Jumpa HRC Kyoto dan masuk kejap tengok2 barang. HRC dia unik mungkin ramai tak perasan kewujudan dia.




Kami try google untuk ke Restoren Naritaya tapi nak mencari satu hal..bergerak ke sana ke sini ke sana ke sini (rentak PKP) tak jumpa2.Muka dah merah padam campur biru dah sorang2 sebab penat berjalan. 




Pusing punya pusing 2/3 kali lorong yang sama akhirnya jumpa jugak..kami terus masuk, duduk & order je sebab dah lapar sangat. Yelah pagi tu makan biskut & roti je.




Total bil dalam 5000 yen kot 3 orang makan. Yang aku ingat bil aku je dah 1260 yen.

Sepatutnya lepas makan kami ke sini (gambar di bawah) tapi tak tahulah kenapa tukar haluan..bila balik menyesal pun tak guna dah 


Google

Kami jalan-jalan je sampai kat jambatan apa pun aku x tau..tapi best jugak tengok pemandangan kat situ..bawah jambatan orang dok relak2 ambik angin sambil layan orang busking/jamming.






Kami lepak kat situ sampai pukul 5 petang. Dalam perjalanan balik ke hotel aku ajak member singgah kat Namba. Niat aku satu je aku nak tengok kemeriahan Dotonbori street & Shinsaibashi pada waktu malam.






Memang puas hati aku dapat sampai sana malam tu. Aku tak tau mana datang orang ramai gilerr kat situ dah macam pesta dah. 





Dapat jugaklah aku ambik gambar dengan signboard Glico Man ni..memang berbaloi rasanya..aku pun nak mintak maaf kat rakan seperjuangan kalau permintaan aku ni agak keterlaluan dikala korang kepenatan tapi aku ajak jugak korang singgah sini..maafin guwe ya..

Yelah datang jauh2 apa barang balik awal lepak hotel..malam masih muda orang kata. Nak datang sini bukan senang..besar jugak belanja ni..

Dari Namba terus balik hotel. Sambung esoknya ke NARA. Kbaii

**susah jugak aku nak ingat balik sebab dah 3/4 bulan lepas trip ni..tapi aku cuba sebaik mungkin..wish me luck. 

Saturday, 4 April 2020

OSAKA TRIP JAN 2020 (Part 2)

Salam PKP ke 18 

19hb Jan 2020 (Ahad)

Masih lagi hari yang sama. Untuk hari pertama aku guna Osaka Amazing Pass. Pas ni boleh digunakan untuk tren & pas masuk beberapa tempat yang tersenarai. Kita boleh menggunakan pass ini semaksima mungkin untuk satu hari tu kalau mampu nak habiskan.


Dari stesen Dobutsuen Mae ke Osaka Castle naik Metro Midosuji Line. Byk sangat tukar2 tren kat sana jadi aku pon dah tak ingat & tak pandai pun sebenarnya bab2 ni. Aku share mana yang sempat je ni. Nasib baik partner aku sangat bijak pandai dalam membaca route tren. Itinerary trip ni pun pun beliau yang sediakan. Maseyy kak..

OSAKA CASTLE

Wajib kena singgah untuk membuktikan yang kita dah sampai Osaka..nanti orang cakap tak Osakalah kalau tak pegi castle. Actually ni je satu-satunya castle yang kami..

Exit je dari Tanimachi Station tu terus ko dapat udara segar yang sejuk...tarik nafasss. Ada satu rumah lama kat sini..tak pasti pasal sejarah dia.



Dari situ memang takkan nampak castle tu pon sebab korang kena menapak ke sana..agak jauh sebenarnya tapi kami layan je view. Bukan selalu buat senaman kaki kan..ni kalau kat Malaysia konfem membebel dah..jauhlah..blabla..semuanya nak depan pintu je. 

Ni pintu masuk ke Osaka Castle





Lepak kejap kat situ..ambik tenaga balik untuk ke destinasi seterusnya.

Seterusnya kami bergerak ke Tempozan Ferris Wheel. Dari Tanimachi Station tu kita turun kat Osakako Station. 

Sini kira hotspot lah sebab ada banyak tempat tarikan pelawat seperti Kaiyukan Aquarium, Legoland & Santa Maria Cruise.

Sepatutnya kami naik Santa Maria Cruise ni sebab dapat free entrance kalau guna OAP tu..tapi takde rezeki sebab haritu cruise tu tak beroperasi pulak..

TEMPOZAN GIANT FERRIS WHEEL (free with OAP)





Jadi kami naik Ferris Wheel jelah..memang best bila dah sampai atas sekali. Tapi untuk yang gayat memang ko takkan berani nak pandang bawah pun.

Disini ada kedai menjual souvenir / medan selera / kedai serbaneka dan lain-lain. Sempatlah jugak cuci mata.





Otw balik ke stesen..singgah kedai souvenier kat kaki lima. Auntie Tempozan ni popular jugak kalau sapa nak carik FM murah. Kajian mengatakan FM yang dia paling murah kat osaka ni sebab harga dia 100 yen je satu. 

Beli banyak dapat lagi murah katanya..auntie ni boleh cakap melayu sikit2 cth murah-murah..ada banyak..boleh campur. Kedai dia agak usang lah tapi dia bukak bundle lambak tu depan kedai je. Ada souvenier lain jugak selain FM tu. 



Dari Osakako Station kami bergerak ke Umeda Station. Kat sini kami dah hilang arah dah tak tau mana nak exit untuk ke Umeda Sky Building tu. Ke hulu ke hilir mencari exit..tapi tak jumpa.

Lama jugak kami termenung memikirkan hala tuju..badan pun penat..emosi hampir terganggu. Masa tu dah pukul hampir pukul 5 petang. Akhirnya kami decide balik hotel jelah memandangkan taknak bersesak dengan time orang balik keje. Konfem lagi jem kepala. 

UMEDA SKY BUILDING dalam list teratas untuk dilawati tapi akhirnya tak dapat pegi..memang rasa ralat sangat.

Sepatutnya otw balik hotel kami akan singgah ke Dotonbori Street. Tapi bila difikirkan balik Dotonbori ni tak jauh & hanyalah beberapa stesen je dari hotel jadi kami tukar plan ke sana esoknya lepas balik dari Kyoto. 

Begitulah adat kalau travel sendiri..memang akan ada tempat yang tercicir dari plan asal sebab bila travel sendiri ni kena ambik kira faktor tenaga/emosi/belanja. Plan boleh berubah ikot keadaan. Jadi ko kena redha jelah. Konsep dia mana yang sempat je. 


Sebelum balik hotel singgah locker uncle Daikoku ni..nak pinjam iron dan ambik sedikit makanan hasil dari sumbangan rakan grup RTJ kat locker sewa khas ni.


Sebelum trip ni aku ada join satu grup kat FB. Nama grup to Road To Japan (RTJ). Grup ni sangat aktif sebab hari2 ada je yang akan update & share pengalaman mereka masa berada kat Japan. Jadi kat sini lah aku ambik panduan & info. Dari sini jugak aku tau kewujudan locker khas ni. Korang boleh ambik stok makanan kat sini..kalau yang stay apartment nak masak2..barang basic pun ada kat sini. Rice cooker & iron tu dah pinjam pulanglah balik. Konsep dia bersama menjaga kemudahan yang ada. Lagi satu kalau masa nak balik malaysia nanti..misal kata stok makanan korang masih banyak berlebih..boleh lah tinggalkan kat locker ni. So dah jimat berat & ruang bagasi disamping dapat pahala bersedekah.

Ruang solat pun ada disediakan. Admin RTJ sangat prihatin kepada kita rakyat malaysia ni. Korang boleh jugak sewa locker uncle ni..sewa pun murah je..plus uncle ni baik & peramah sangat..senyum sokmo..

Ok..itu je setakat ni..kita sambung cerita hari esoknya ke KYOTO.

Thursday, 2 April 2020

OSAKA TRIP JAN 2020 (Part 1)

Hi everyone.. salam PKP ke 16

Untuk pengetahuan kalian..aku terpaksa ambik masa 4 bulan untuk share pengalaman ni. Walaupun dah agak lama tapi terpaksa gigih taip entri ni guna handphone je.. please pray for me 🙂

Aku sangat eksaited kali ni sebab dah lama sangat tak terbang jauh @ dalam erti kata lain tak cop pasport kat airport. Kali ni aku bersama 2 orang sahabat. Plan 2 bulan sebelum trip..time tulah nak carik info/ study pasal transportation/ tempat menarik & wajib pegi kat sana.


Duit yang  aku standby untuk belanja kat sana dalam 40ribu yen tunai & kad. Kadar tukaran 1000 yen - RM38. Harap balik nanti ada masih berbaki. Inshaallah sebab aku jenis tak pandai shopping..


Stok makanan tak bawak banyak pun sebab aku tak pandai bajet apa nak bawak..sekadar buat syarat je. Ini pun aku order kat Shopee..set makanan segera Kakpah. Tengok review orang cakap makanan dia boleh tahan sedap kalau makan kat luar negara..sambal sotong tu sedap..serius


Kansai Thru Pass & Osaka Amazing Pass ni aku order kat Shopee jugak. Senang sebab dorang pos ke rumah so tak perlu nak collect kat Kansai. Cari Kkday.



18 Jan 2020 (Sabtu)

Flight D7001 (KUL-KIX)

Flight ke KIX berlepas pukul 1415.



Alhamdulillah rezeki dapat gate sebelah surau so sempatlah tunaikan apa yang patut sebelum terbang.



Boba dimana2..harga masih mampu milik walaupun di atas awal. Tapi baru nak order dah sold out. 


Dapat pulak seat tengah..huhu. Baru ingat nak ambik gamba wajib.. #sayapkapal > <


Alhamdulillah penerbangan selamat mendarat pada pukul 940 malam. Dah sampai satu hal pulak nak isi declaration form yang declare barang makanan yang kita bawak tu sebab sebelum pergi baca macam2 pengalaman orang cakap tak lepas & makanan kena rampas dengan kastam. Dahlah faham tak faham camana nak isi..harap2 lepaslah tawakal.

Alhamdulillah langsung tak ada sesi check bag @ soal jawab pun..kami lepas macam biasa ke balai ketibaan.  






Kitorang tak rushing pun pasal plan memang tido kat airport je malam tu. Plan asal nak tido kat Aeroplaza Resting Room je tapi full house wehh. Jadi kami jalan pusing2 airport jap carik surau. 





Surau dia memang selesa sangat..semua ada jadi tak payah susah2 nak bawak telekong ke apa..cakap dengan member ni kalau kita tido sini pon bagus ni..tapi bila piker balik jangan selfish lah.

Setel semua cuci muka/ solat kami terus gerak ke Aeroplaza nak pegi ambik bagasi tapi tiba2 ternampak Family Mart wehh..teruja gila bila jumpa FM pertama kat Jepun..hahah. Masuk kejap cuci mata lepas tu beli air & onigiri je untuk alas perut malam tu.


Aeroplaza masih lagi full house..try jugak nak stay tapi tak selesa bila ada pax yang berdengkur berjemaah kiri kanan..yelah masing2 penat berjalan kan. Dahla kena tido sambil duduk..seksa wehh

So bincang punya bincang akhirnya kami decide tido kat kerusi2 panjang tempat menunggu kat ketibaan tu je. Mula2 segan gak tapi bila tengok ramai pulak 'orang kita'  yang sama flight dengan kami pun lepak tido kat situ. So tak banyak cerita..malam tu kami tido jelah situ..janji boleh luruskan badan..zzzzz


Subuh esoknya kitorang pegi balik ke surau semalam..cuci muka/ solat & tukar baju.

Day 1 (19 Jan 2020 / Ahad)

Dari Kansai airport kami ambik Nankai Line ke Shin Imamiya station. Harga tiket sehala ialah 930 yen seorang. Tren ni transit tapi kita tak perlu tukar tren. Kalau taknak transit..boleh jugak naik rapid express  tapi harga 15++ yen kalau tak silap untuk sehala.





Hotel kami bersebelahan je dengan Nankai stesen tu..memang dekat sangat dalam 5 minit je. First aku teruja dengan customer service yang uncle stesen tu tunjukkan. Kitorang tanya direction  hotel kami. Uncle tu suruh kami turun guna lift. Kami pun oklah..macam takde apa. Tapi bila pintu lift terbukak masing2 terkejut sebab uncle tadi dah tunggu siap2 depan lift nak assist kami sampai ke hotel. Dari situ aku start rasa kagum dengan kesungguhan dorang. Terbaik. 

HOTEL SHIN IMAMIYA

Ni gambar depan hotel. Kami ambik bilik bertiga dengan private bilik air. Harga untuk 5h4m tu ialah 21773 yen (RM807)




Ni gambar hiasan je..aku jumpa lukisan ni masa otw nak pegi subway station.

Antara kemudahan yang disediakan kat hotel ni contohnya macam

Pantry

Ada microwave/sinki senang kalau nak panaskan makanan segera.


Laundry room & shower room

Ini pun betul2 depan bilik kami. Last day kitorang pakai jugak basuh baju tapi slow sangat kuasa pengering dia. Kena banyak kali buat baru kering. Jadi coin pun kena banyak kali masuk lah. Sabun serbuk boleh beli kat lobi..satu pek kecik 50 yen.


Luggage room

Lepas checkin pagi tu kami simpan segala bagasi kat sini dulu. Hanya bawak backpack untuk isi jajan2. Customer hotel boleh simpan bag kat sini secara percuma selepas checkin & selepas checkout.


Breakfast Kupon

Hotel ni memang ada sediakan free breakfast tapi kami tak pernah guna pun sepanjang 4/5 hari tu..kami sarapan dalam bilik je dengan bekalan masing2.


Tengok menu macam menarik jugak..tapi tak pasti status kehalalan dia & kami tak pernah tanya pun staff hotel pasal tu.


Bekal yang ada ni pun tak sempat nak habiskan sebab bila dah balik hotel..semua dah penat. Lepas mandi tido je.


Dari hotel kena jalan kaki dalam 5-10 minit utk ke stesen subway Dobutsuen Mae untuk ke Osaka Castle. 

Untuk satu hari perjalanan ni kami guna Osaka Amazing Pass. Pass ni boleh digunakan untuk tren & entrance fee (yang termaktub dalam pakej)

Plan kami untuk hari pertama tu pun kalau sempat lah..biasalah kita hanya mampu merancang.. keadaan yang menentukan. Jadi kita tengok berjaya ke tidak

Osaka Castle
Tempozan Giant Ferris Wheel
Santa Maria Cruise
Umeda Sky building
Dotonbori Street

Stay tune untuk next entry

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...