Monday 25 August 2014

Menjejak KELIP-KELIP di KUALA SELANGOR..

Sabtu Ahad lepas, member wassap ajak pg lepak homestay kat Kuala Selangor. Hmmm..jauh jugak tu, tapi takpelah bukan selalu nak buat aktiviti macam ni. Aku ingat lagi last aku sampai sana masa lawatan sekolah pegi KL dulu, kitorang transit tido kat satu sekolah kat sana..lama sgt dah 10 tahun lepas kot..


Pagi sabtu (pagi tak pagi sangat lah..heheh), kami berempat gerak menghala ke KUALA SELANGOR. Tapi disebabkan oleh masalah teknikal plus makan angin aka SESAT maka bila kami sampai sana hari pun dah petang. Alasan sebab taknak lalu tol...amik kau...hihi


Wahhhh...sawah padi...teruja sangat..tiba2 teringat cite NUR KASIH..


Member aku booking homestay kat Kg Sg Haji Dorani ni. Mula2 aku ingatkan kat HOMESTAY SG HAJI DORANI yang rumah2 dia tepi sawah tu...rupanya tak..huhu

Kami tinggal di sini HOMESTAY D' IDAMAN ni je..


Ni kawan aku tengah merenung masa depan..hihih


Setiap rumah kat sini ada nama tersendiri..contoh rumah yang kami duduk ni nama dia FAIS. Nama2 lain seperti chalet AIN, JUA. RUSDI, IZWAN, RASHID & IDHAM


Sewa untuk rumah FAIS untuk satu malam adalah RM150. 
  • 02 bilik dengan katil Queen 
  • 02 bilik air
  • Aircond
  • Perabot & TV
  • Peti ais dan  peralatan dapur
Tapi satu je takde.................WIFI...hehehe


Bagi aku lah, selesa sangat rumah ni...terasa macam duduk kat rumah sendiri walaupun rumah sendiri cuma pakai kipas je...lalalala. 

Malam tu nak pegi tengok keindahan KELIP-KELIP lah kononnya. Sekali bila dah nak maghrib tu, hujan turun pulak. Kami dibagitau yang kelip-kelik takde kalau hujan, lagipun bahaya nak naik bot hujan2 camtu. Alahai...masing2 frustlah lahhh..sebab datang semata2 nak tengok KELIP-KELIP kot..huhu

Gambar dari google
Bila hujan dah turun, kami pun plan nak tarik selimut jelah, nak buat aktiviti apa lagi. Layan TV jelah kot. Tiba2 perut rasa lapar la pulak, dah la tak bawak satu apa pun bekalan..so, kenalah keluar jugak carik makan. Tapi tulah malam tu banyak kedai tak bukak mungkin sebab hari hujan. Pusing2 jumpa lah satu kedai makan ni..lupa dah kat area mana..ok SEDAP.. 


Besok pagi semua mengadap TV dulu, menengok siaran langsung Majlis Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 kali ke-2 tu..Al-Fatihah untuk mereka..

Kami checkout terus pagi semalam sebab malas nak patah balik. Lagipun member ajak pegi carik seafood fresh kat pasar awam yang dekat stadium SG BESAR tu. Macam2 di belinya...aku mampu tengok jelah sebab aku kan tak masak kat rumah, aku masak kat kedai je...hehehe


Kami bersarapan di Restoren Kuala Kurau yang berdekatan stadium tu. Pagi2 dah pekena Char Kuey Tiaw & mee rebus..perghhh


Otw balik tu singgah beli jagung kat gerai tepi jalan tu, nampak sawah menghijau. Aku ajak member berenti kejap, konon nak berselfie tepi bendang tapi dia takmo sebab masa tu dah pukul doblas..matahari dah atas kepala...huhu. Aku sentap kejap, sebab dah standby bawak monopod sepanjang 4 meter dah..


Ingat nak singgah pekena MENTARANG bakar tapi tak berkesempatan lagi..masa petang Sabtu tu tengok ramai je orang berniaga, ingat nak singgah pagi Ahad semalam tapi banyak kedai tak bukak lagi. Tulah semalam taknak berenti terus...nyesal..huhuhu

Gambar dari google
Aku rasa macam kena datang lagi KUALA SELANGOR ni lain kali sebab banyak benda menarik yang aku dah missed disebabkan oleh kekangan masa.


Ohh KELIP-KELIP...ohh MENTARANG

23 comments:

  1. Last jumpa kelip2 masa tu kecik2 lagi. sekolah rendah kot. skang ni tak jumpa langsung dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      Betul lah, tak nampak dah skang kelip2 tu..masa budak2 dulu byk je..siap tangkap pastu simpan dalam botol...hahaha

      Delete
  2. mengidam mentaranglah nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nieda,
      ish takdelah mengidam.. tetiba rasa nk mkan sbb tengok byk org jual mentarang tu tepi jlan..

      Delete
  3. Cv..sg.hj.Dorani tu dah dekat dengan sg.besar.kakau nak jalan2 kg.selangor cari homestay di.kg.sungai sireh tg.karang tu.akak kan 18 tahun dok sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. acikerna,
      Sebelah2 je rasanya..nampak banyak jugak homestay kat sana tu..tak tau pulak akak dk sana lama..irfa x cite pulak..

      Delete
  4. Wah cv..kali ni bercuti dlm negara plak..seronok tul jln2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqda,
      Amboii..hehe..sy bukan kaki travel..sesekali je tersesat..

      Delete
  5. akak pun teringin nak tengok kelip2..
    teringin nak rasa mentarang...
    kat Johor ni ada tmpat kelip2
    tapi takde org yg sehati sejiwa suka nak tengok kelip2.. hehehe
    mentarang memang tak ada kat Johor
    kena jugaklah pergi ke Kuala Selangor

    ReplyDelete
  6. Cuti dalam negara pula ya CV. Tak gi shopping kat Sg. Besar ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzana,
      ishh takdelah...saje jenjalan tgk tempat org pulak..ala2 kg gitu..hihi

      Delete
  7. eh dah dekat sgt dgn tempat kita sgt2 dekat nnti klu dtg lgi bleh menginap kt D'Desa plak....cantik skit tmpt nya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      Tulah pasal...nampak signboard D'Muara tu, tapi x smpat nak menyinggah..huhu

      Delete
  8. chalet tuh punye nama mesti sempena nama anak2 ke ape ke kan..n the chalet sgt lah cantik..

    kunang2 nie dh lama dh tingin nk gie tgk..tp takat tingin je la sbb smp skang xgie2 lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Falsya,
      Kita pun rasa camtu nama sempena anak2 beliau..tapi kedudukan rumah tu kat kwasan kg je bukan tepi sawah..

      Delete
  9. ruginya...musim hujan sekarang nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. zarulfarhana,
      betul tu, tapi kalau pg jugak lagi bahaya...hihi

      Delete
  10. ala jadinya xdpt la tgk kelip2 ye..dah lama tak tengok..dulu kt kampung atok ada jugak la sekor dua nampak kelip2..skrg dh xda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MF,
      Takde rezeki..tak smpat sbb ujan..takpe, dah janji ng housemata nk ikot dia balik kg..sbb kg dia pon ada gak..

      Delete
  11. ambik keli2 tu pastu letak dlm botol.
    masuk bilik tutup lampu..cantik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..betul tu nick, konon2 mcam lampu disko.. =P

      Delete
  12. Salam. Hee sungguh seronok ya melihat kelip kelip.

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...