Saturday, 30 November 2013

PENANG:: Jalan-jalan di BATU FERRINGHI..

Malam tu kami keluar pekena KAYU NASI KANDAR kat area BUKIT JAMBUL tu je sebab itu yang paling dekat dengan hotel. Kami kena isi perut dulu sebelum g jenjalan. Ramai sangat orang kat restoren tu macam biasa, macam2 lauk ada tapi aku ambik ayam goreng je seketul pastu lupe lak nak ambik sayur..huhu

Dah abih makan, beliau telah membawa kami ke BATU FERRINGHI. Nak jalan-jalan cuci mata kat pasar malam Ferringhi. Otw kesana nampak la HYDRO HOTEL tempat shooting drama MR ARROGANT tu.


Adik yang suar oren tu lah yang bawak kami jalan2 sini. Actually mereka berdua tu sepupu, so bila mereka dah bertemu memang kecoh la. Aku layankan je..


Singgah restoren seafood ni, tapi bukan untuk makan pun..saja tengok2 je apa yang ada dalam akuarium tu..semuanya besar2..contohnya macam ketam ni..ni kalau tak silap ketam gergasi kot....hahahaa.

Ni kalau ayah aku tengok ni mesti beliau suka..


Banyak lagi yang ada dalam ni..macam2 pesen dah aku tengok, caner nak makan dah besar sangat camtu. Tengok harga sekilo pun dah berapa puluh ringgit..mesti tokey2 je kot makan kat sini..


Antara yang dijual kat pasar malam tu, ada cenderamata, baju, henbag, kasut, tudung..bla..bla..blaaa. Tapi disebabkan hari nak hujan & hari bekerja tak banyak kedai bukak & ramai yang tutup kedai awal.

Aku beli FM je buat kenangan, nak bagi mak suruh mak letak kat peti ais kat kampung. Simpan hajat nak bawak mak ayah jalan2 makan angin kat Penang nanti..hehe


Sebelum balik hotel, kami jalan2 ke PADANG KOTA. Singgah lepak-lepak ambik angin kat tepi laut..nampak tak yang ade lampu2 tulah terminal feri, adik tu cakap lah...


Terima kasih banyak2 untuk adik tu yang sudi bawak kami jalan2 ke sini..

PENANG :: Satu malam di VISTANA HOTEL, PENANG..

Kami sampai di VISTANA HOTEL dalam pukul 7 malam. Nak dijadikan cerita, masa kat lobi hotel tu aku baru nak turun dari keta tu, entah camana tablet aku boleh tercampak keluar dari bag pastu terpelanting jatuh ke lantai depan hotel tu..omgggg!!!

Cepat2 aku ambik & check kot dah retak seribu ke skrin dia..so far, alhamdulillah...sikit je calar..huhu

Okay, sambung balik, masa kami pegi HOTEL VISTANA tu masih dalam kerja2 pengubahsuaian & pembaikan kot sebab aku tengok hotel tu sunyi sepi je. Kat lobi tu adalah 4/5 orang dok melepak. Dah ambik kunci, terus la naik bilik walaupun aku pening2 lalat dengan direction yang dia bagi..hehe

Nah!! Sekali kami masuk bilik je...rupa-rupanya kami dapat apartment dua bilik..besar tu. Adess, aku piker ni kalaulah aku datang sorang2..memang tak dapat aku bayangkan buleh jadik giler aku dok situ sorang2, konfem aku dok dalam bilik tu tak keluar2 sampai besok pagi..seram kott..

So, kami ambik keputusan tidur je kat bilik utama tu sambil ngadap muka masing2 & make sure kunci pintu bilik. Tapi bila nak tido tu, tetiba pulak dengar cam sliding kena ketuk, aku rasa angin je tu sebab bila check takde pape pun..allahualam..huhu

Meh kite layan sket view dalam apartment ni...yeehaaa

Ruang makan

Ruang tamu tapi kecik jelah

Ada balkoni kecik disitu..

 Bilik meng'iron' baju..hehe
 

  Dapur @ bahasa lainnya Kitchen

Kitchen

Gambar wajib

Bilik mandi

Bathtub @ tempat berendam

Bilik tidur utama

   Bilik kedua

Dah siap bersiram & bersolat, kami keluar makan. Anak buah akak opis datang jemput kitorang kat hotel & bawak pusing2 makan angin kat Penang..

**Bersambung..

Thursday, 21 November 2013

PENANG :: Berlari ke Awan..

Assalamualaikum....

Tajuk entri dah macam tajuk album dah..hehe

Aku ada kisah yang baek punyee yang terjadi hari isnin lepas..tema dia "tragis & memenatkan"..hahahah

Kisahnya bermula begini, petang isnin yang lepas aku nak ke Penang atas urusan kerja. Aku berdua dengan anak kakak opis, memandangkan aku kan penakut, so kenalah bawak kawan..hehe. So, flight kami dijadualkan terbang pukul 5.45 petang. Kami gerak masuk ke balai berlepas pukul 5.00, pusing2 dulu sebelum masuk kat gate B3 tu.


Kebetulan pulak tetiba flight aku retimed ke pukul 6 ptg. Aku relaks lagi time tu, seronok berborak kan...hehe. Sekali hp member bunyi pastu dia pass kat aku, mak dia cakap dia dah kol aku banyak kali tapi tak jawab. Aku pun pelik apasal hp aku tak bunyi pulak. Aku check henbag tengok sah hp aku takde, konfem dah mesti tertinggal dalam keta...uwaaaaa.

Aku tengok jam baru pukul 5.25 petang, aku decided nak larik pergi parking ambik hp tu jugak sebab tu je satu2 hp aku, takkan nak pergi sana tak bawak hp pulak sebab no contact semua dalam tu. Aku mintak permission dari staff tu, cakap yang aku nak keluar pergi ambik hp. Dia kata ok, tapi make sure bila nak masuk balik nanti aku tetap kena melalui airport security check macam biasa.

Tapi kalau aku tak sempat datang balik, dia akan refer aku untuk next flight. Aku tak kesah yang penting aku boleh keluar. Aku terus pecut meter 100km/sejam untuk lari dari gate B3 sampai parking D...

Aku sempat bertembung dengan Irfa yang otw nak balik kerja kat area parking tu, tapi tak sempat cakap apa..dia pun pelik apasal aku lari cam ribut kat airport tu...hahahah


Aku stuck kejap kat security check sebab boarding pass aku dah kena koyak..so terpaksalah aku bersoal-jawab kenapa aku boleh ada situ sebab flight aku dah nak berlepas. Aku cite la dari A sampai Z kenapa keadaan aku jadik camtu & alhamdulillah beliau bagi aku lepas. Dah kat situ pulak, stuck lagi dengan Q yang panjang sebab pax tengah ramai. Aku doa banyak2 dalam hati semoga semuanya selamat.

Alhamdulillah, aku sampai kat gate B3 tu dalam keadaan yang selamat tepat pukul 5.50 petang & masa tu pax tengah Q nak boarding. Dari jauh aku nampak member aku dok lambai2 bagi sokongan..

Akhirnya..aku selamat terbang dengan pesawat MH1158. Sekali alhamdulillah..


#Nampak tak awan tu?? Tu sebab tajuk entri ni ada kena mengena dengan awan..heheh. Motif????