Thursday, 6 November 2014

Misi menawan CAMERON HIGHLAND..(Part 2)

Masa kami kat tanah tinggi tu, tetiba IRFA buat gempak pulak dengan menghantar gambar ni kat grup whatsapp. Saspen kejap bila baca tajuk tu..heheh. Rupanya kes kebanjiran warga asing kat sana. Sepanjang pemerhatian aku kat pasar tani tu yang ramai adalah pekerja warga indonesia je..


Pagi Isnin tu lagi sekali kami ke KEA FARM market sebab housemate cakap nak menyoping sayur katanya. Aku pun beli jugaklah sayur-sayuran jugak untuk kawan2 opis. Maklumler dorang kan suka main masak2 kat opis.

Kat sini dengan RM10 tu macam2 sayur boleh beli kan, memang menjadi kesukaan para surirumah ni. Aku beli yang dia jual 08 PAKET RM10 tu je..senang.

Singgah sekejap di CACTUS FARM ni..












Menyinggah je kerjanya...




Strawberi kalau buat jeruk asam boi pun sedap kot...heheheh


Otw balik singgah sekejap berehat segarkan mata di LATA ISKANDAR ni.


Banyak kedai2 souvenier berasaskan rotan & gera jajan kat tepi jalan tu. Jalan dia tu takdelah besar mana, harap keta @ lori tak laju sangat bila lalu kat situ..risau aku. Tapi lori & bas memang akan hon je supaya orang alert & berhati2. Dahla susah parking tapi degil nak jugak berenti..menapak lah kau...huhu








Aku drive sampai Hentian R&R Tapah je. Pastu aku handover stereng kat housemate pulak. Masa untuk lelapkan mata...biar dia pulak fokus dalam pemanduan...barulah adil..hahaha


See..kejap je kami dah sampai sini...welcome home yaww...

Total keseluruhan cost kali ini adalah RM400 untuk duit minyak, tol, makan, jajan, hotel & maintainance kereta..so satu kepala RM100..


Harini terbaca pasal berita banjir lumpur kat area RINGLET, CAMERON HIGHLAND susulan dari hujan lebat dalam sehari dua ni. Teruk jugak ye...alhamdulillah kami selamat pergi & balik..


Doakan yang terbaik untuk mereka kat sana...

Wednesday, 5 November 2014

Misi menawan CAMERON HIGHLAND..(Part 1)

Last minute plan tapi alhamdulillah sampai jugak kami ke CAMERON HIGHLAND ni. Jadi untuk melancarkan trip, aku survey hotel bajet kat area Brinchang je guna booking.com. Godek punya godek, dapat jugak satu bilik dua katil queen dengan harga RM98 satu malam di HOTEL GOLDEN WING, BRINCHANG. Aku terus jelah book tanpa rasa was-was..


First time drive kesana. Mak aihh..mencabar betul jalan dia rupanya. Kejap belok kiri kejap belok kanan...seriau ah bila part selisih dengan lori @ bas tu masa kat corner tu..


Singgah sini kejap untuk aktiviti bergambar..






Cantiknyaa...sejuk mata memandang..




Jom kita carik hotel pulak..mari kita tengok sapa yang kenaa...


Kisah kami mencarik lokasi hotel ni memang pelik..dah pusing satu town tu carik signboard GOLDEN WING HOTEL..tak jumpa. Last2 aku carik je bangunan yang ada balkoni sama macam dalam gambar tu..memang jumpa tapi tertulis Golden Wing Apartment ...musykil guwe.

Kami tanya receptionist hotel sebelah..staff tu cakap kena pegi kat HOTEL CHUA GIN kat tepi jalan besar tu..memang aku ada nampaklah sebelum tu. So kami jalan kaki sket kesana tapi tak jauh mana pun sebelah bangunan je.

Staff HOTEL CHUA GIN tu bagitau dorang ni sama tokey tu yang share receptionist. Dia pun assist kami sampai ke bilik hotel. Rupanya satu bangunan je dengan apartment yang kami jumpa tadi, tapi tu kat hujung sana. Tak ke pelik tu..letak lerr signboard, senang sket orang nak carik...huhh


So far, bilik dia pun oklah..katil besar & bilik air bersih. Selesa untuk 4 orang tapi kami kena alihkan meja kat tv  tu untuk dijadikan ruang solat. Tapi tulah..takde ekon..camane?? hehehe


Rehat kejap pastu keluar balik..aku pulak time tu selsema memang kena sangatlah datang tempat sejuk camtu..nak bernafas pun susah..huhu

View dari tingkap hotel...sejukkkk


Petang tu kami ke pasar tani KEA FARM. Kena bawak duit lebih sket ye bila ke sini..sebab tak semena-mena akan terjebak memborong tanpa rasa sedar..meriah uollss..


Gambar stroberi  & sayur-mayur tak sempat nak snap...ni je yang termampu.




Murah...murah...singgit je satu. Ada jugak yang jual 6 ketul RM10. Mula2 memang rasa macam dah murah sangat dah tu, sekali ada yang lagi murah...member hangin je..hehehe




Sedang bizi window shopping petang tu tetiba hujan turun selebat-lebatnya..tak pasal2 ni masing2 merembat payung corak strawberi ni sorang satu....


Malam tu kami merayau kat bazar2 kat tepi main road Brinchang tu je. Hajat nak ke pasar malam Brinchang yang orang cakap wajib pergi kalau kesana tu tapi tak kesampaian..sebab pasar malam tu dibuka setiap Jumaat & Sabtu je rasanya...frusttt wehhh.

So kami dinner di kedai tomyam berdekatan hotel je..


Kisah seterusnya besok pulak...bye