Friday, 8 May 2020

OSAKA TRIP JAN 2020 (Part 4)

Salam 15 Ramadhan

21hb Jan 2020 (Selasa)

Hari ketiga kami ke Nara & Kobe. Seperti biasa kami memulakan perjalanan pada awal pagi. Kami ke Nara terlebih dahulu. Agak jauh jugak dari Osaka rasanya..macam biasa aku terlelap dalam perjalanan.



Kami bergerak menuju ke taman rusa. Sepanjang jalan tu aku tengok elok je rusa tu berkeliaran atas jalan raya..kereta pon slow je bagi laluan..




Kat sini juga ada menjual makanan/biskut rusa. Harga tak mahal pun dalam 100-200 yen kot. Tapi hati-hati bila ko dah start bagi makan tu..rusa tu akan follow je ko..kalau yang jenis penakut elok jangan buat..kang terjerit2 pulak lari..

Rusa-rusa yang kami jumpa haritu tak secantik macam dalam gambar mungkin sebab cuaca sejuk..bulu-bulu rusa pun dah tak keruan. 


Tiba2 gerimis mengundang..barulepak lama sikit. Aku sebenarnya mencari kedai yang menjual mochi yang femes tu..tapi tak jumpa.


Bila dah balik malaysia baru tau rupanya kedai dia kat bangunan yang macam bazar tu..walhal kami dah sampai separuh jalan dah..tapi ingatkan dah takde apa yang menarik kat depan sana terus patah balik ke stesen.




Lepas jalaan2 kat bazar tu kami kembali ke stesen untuk ke Kobe.


Kat kobe ni sedikit mencabar..sebab tak tau mana nak tuju. Kami cuba mendapatkan informasi dari pegawai khidmat pelanggan yang bertugas..oklah staff tu bagi direction macam dalam peta tu tapi kitorang masih samar2 lagi.



Keluar dari stesen tu terasa angin sejuk dia sampai ke tulang wehh..nak jalan pun x tau mana nak pegi. So kami naik Loop bas ni. Harga tiket seorang 260 yen untuk mana-mana hentian. Sebenarnya kalau ambik pas lagi jimat tapi sebab kami pon tak tau pasal tu jadi kami pun bayar lah tiket macam biasa setiap kali transit. 






Ini adalah tour guide kami dalam  bas tu..ko dengar jelah dia cakap dalam bahasa jepun sepanjang jalan tu..lembut je cakap..sempat borak tanya dari kami dari mana & berapa hari stay kat sana..lepas tu siap bagi kami origami sambil2 borak tu dia sempat dia melipat.


1st persinggahan kami kat area Kobe Mosque. Singgah makan tengah hari kat Restoren Nan Inn ni yang terletak betul2 depan masjid Kobe. Portion makanan dia memang banyak..memang kenyang betul. 





Roti nann dia saiz besar gedabak..gigih nak habiskan sayang tak baik membazir lagi2 masa kita di perantauan.


Lepas makan kami singgah solat kat Masjid Kobe ni..kat sini kami jumpa lagi satu famili yang sama masa kami kat Nara tadi. Borak-borak dengan kakak tu..memang baik & peramah sangat. Kami sempat share pengalaman masing2. Kebetulan pulak dorang menyewa kat apartment dekat dengan hotel kami..nampak gaya banyak kali lah jumpa lepas ni..


Dari Kobe Mosque kami naik lagi Loop bus tadi ke Kobe Port. Perjalanan kami kat sini sekadar makan angin je..takde apa yang menarik yang kami buat.





Dari Kobe Port kami terus ke Shin Kobe station untuk balik ke Shin Osaka. Demi nak merasa naik bullet tren Shinkansen untuk balik ke Osaka dengan hanya 15 minit pejam mata bayar tiket 1250 yen seorang. Kelam kabut naik & turun sampai tak sempat nak bergambar dengan kepala shinkansen tu.






Sampai kat Dobutsuen Mae station..kami jumpa balik family tadi..kan aku dah cakap osaka ni kecik je..heheh. Kakak tu bagitau ada mall DonQuijote & Daiso kat area tu..dekat je katanya..rugi tak pegi. Apalagi kitorang pun terus lah serbu DonQuijote tu..memang best kat situ macam-macam ada dari a to z. Orang cakap kat Jepun ni takde barangan tiruan dan semuanya original betul ke?





Tak dapat mochi nara..aku jumpa mochi ni pon jadi lah..85yen seketul kat sini.


Sekian saja untuk kisah hari ketiga..sabarr ada lagi dua entri..

No comments:

Post a Comment

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...