Friday, 15 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: MERENTASI SELAT INGGERIS ke AMSTERDAM..

Memandangkan petang besoknya 3hb May (Ahad) kami dah kena bertolak ke AMSTERDAM dengan menaiki bus EUROLINES, jadik kenalah kemas bag dulu. Plan kami nak pegi tengok event CHANGING THE GUARD @ BUCKINGHAM PALACE dulu pagi tu.


Kami naik bas macam biasa ke MARBLE ARCH & plan nak naik BIG BUS HOHO ke BUCKINGHAM PALACE tu tapi mungkin awal sangat kot, jadik bas pun tak memunculkan diri..huhuh

Terpaksalah kami naik bas double decker tu, pastu turun la kat mana2 yang berdekatan dengan palace tu.


Jalan-jalan ambik angin segar kat ST JAMES PARK dulu sebelum ke BUCKINGHAM PALACE.

Tetiba gerimis turun masa kami dah sampai palace ni. Hajat di hati nak jugak tunggu sampai dapat tengok acara CHANGING GUARD tu, sebab orang cakap wajib tengok parade ni kalau dah sampai LONDON. Ada tulis kat board yang event tu dijangka start pada pukul 11.30 pagi. Adusss...kenape la lambat sangat??


Gambar penuh rupa BUCKINGHAM PALACE yang femes itu. Terpaksa gugel untuk gambar yang lebih jelas..huhu

gugel lagi


Hmmm..dahla kami kena checkout homestay tu pukul 12 tgh hari. Asal2 plan memang nak hangkut je bagasi ke sini dan lepas tu terus lah naik bas ke VICTORIA COACH STATION. 

Tapi bila aku tengok bag2 kami yg makin mengembang & beranak tuh, tak sanggup rasa nak heret kesana kemari..berat tuuu

Jadi kami pun ambik keputusan untuk balik ke hotel jelah. Nasib baik ada raincoat dari BIGBUS ni. Kan aku dah cakap, tak sia2 kami ambik extra haritu...hehehe

Oleh kerana tak dapat tengok pak guard baju merah ni kawad, dapat tengok kat poskad pun jadiklah untuk ubat hati yang kecewa..huhu..


Oh ye..masa kami pegi sana tu, kebetulan KATE MIDDLETON baru je selamat melahirkan second baby beliau pada 03May15. 


Balik rumah, makan nasik dulu sambil2 tunggu masuk waktu solat & terus solat jamak Zohor & Asar sekali. Pastu tarik bag sampai bus stop, konon nak berjimatlah nak naik bas je ke VICTORIA COACH STATION tu. Aku dah cakap yang naik cab pun ok, takdelah mahal sangat. Tapi dorang seboleh2 nak jugak naik bas.

Tapi akhirnya frust sebab driver bas merah tu tak kasik kami naik dengan bagasi yang banyak itu. Jadi merasalah jugak kami naik TEKSI HITAM ni. Tambang 12GBP je untuk satu cab ke sana..lagi cepat & selesa...yeyyyy

Tenkiu uncle..


EUROLINE BAS tu dijangka bertolak ke AMSTERDAM pada pukul 7 malam, tapi kitorang dah sampai sana awal gilos. Orang tua2 kata BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. Mereputlah menunggu..


Tapi kitorang tak naik bas yang berlabel EUROLINES, tak taulah kenapa tapi mungkin ini bas tambahan kot..huhuh. Aku booking tiket bas ni online je. Tiket sorang dalam 50GBP gitulah.

Tapi tulah bas ni seat dia kecik je..sempit jugak kalau duduk berdua. Nasib baiklah haritu bas tak ramai pax, jadik bolehlah kitorang duduk asing2. 10 jam perjalanan ni, harus kena selesa kedudukannya. Takkan kena pinjam bahu pulak nak lentok..huhu


Aku tak sedar apa dah, hanyut dibuai bas..penat wehh.  Sedar2 dah sampai kat EURO TUNNEL terminal. Singgah toilet & solat. Pasport check sebab nak masuk FRANCE. Tapi yang tak bestnya sebab dorang just scan je, aku nak bukti COP IMIGRESEN tu..huhuh


Ini bas kitorang, namanya DHILLON OF LONDON. Masa ni sebelum bas kitorang masuk tunnel merentasi dasar selat inggeris. Officemate aku haritu cakap bas dorang haritu naik feri. Ini tidak adil..tidak adil..


Aku asalnya nak tengok camana rupa dalam tunnel tu, tapi sebab Q punya lama bas tu nak masuk, akhirnya sekali aku terlelap. Aku terjaga selepas driver bas buat announcement yang bas kitorang dah nak sampai ke STESEN BAS DUIVENDRECHT, AMSTERDAM.


Masa kami sampai sana, kauter tiket pun belum bukak. Tak tau nak tanya sapa camana nak beli tiket ke AMSTERDAM CENTRAL. Last2 kami naik je tren tu, dah sampai sana mesti ada staff jaga kan, so bayar jelah nanti.

Tapi bila dah sampai AMSTERDAM CENTRAL tu, tengok gate tu bukak je & semua orang lalu gitu je, takde touch tiket & kad apa2 pun. So, kitorang follow jelah...huhu


Dah habis kisah di KOTA LONDON, next entri kisah kat AMSTERDAM pulak..see yaa

Thursday, 14 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: JALAN-JALAN KE MERCU TANDA KOTA LONDON..

Selesai makan, kami mula bergerak ke LONDON CENTRAL. 

Jalan kaki dari rumah ke bus stop EDGWARE ROAD, boleh naik bas yang bernombor 98 untuk ke MARBLE ARCH. Guna OYSTER KAD tadi je touch kat bas scanner...tettt


Tu dia...landmark yang menjadi kegilaan ramai orang...PRIMARK. Misi kami nak terjah PRIMARK ni dulu sebab nak memborong shopping bag yang macam IRFA beli haritu..murah giler 1.50 GBP je satu. Tapi sayang masa kami pegi bag camtu dah xde stok dah..huhuu


Comel2 je keychain dia...tapi aku tak beli pon...nyesal ahh..


Okay jap...meh sini aku nak kenalkan minah kedai souvenier ni. Dia sambut kami dengan meriahnya masa kami berjalan melintas jalan turun dari bas.

Terus dia cakap "HOLAA...MALAYSIAN...WELCOME!! I AM ROSMAH... motiff???
Pastu pandai pulak dia cakap melayu tuh..sebok lah dok suruh kami beli souvenier..harga murah2 dia kata boleh nego..


Oklah..kita lupakan memori itu sekejap.

Ini lah dia MARBLE ARCH. Sejarah?? Emm..i donno. Just nak bgtau yang je yang kami dah sampai sini...hehe. 

Jalan ke depan sket sebab kami kena naik bas tu kat area HYDE PARK.


Ok, ni HYDE PARK. Masa ni tak ramai lagi orang bersantai dan beriadah sebab masih awal pagi. IRFA cakap taman ni happening bila petang2...


Disini aku kenalkan ahkak2 opis aku...senior aku ni semua ni, keja dah nak masuk 30 tahun dah masing2 kat airline ni tapi nilah kali pertama dapat jejak kaki ke LONDON ni..


Naik je BIGBUS tu terus capai headset & raincoat, ambik banyak2 sket...standby di masa akan datang...ngeeee

Kami hanya lalu di PICCADILLY CIRCUS ni, tak turun pun. Tengok ramai giler orang kat sini..wahhh happening uu..


First hentian kami di TRAFALGAR SQUARE. Selfie kasut itu wajib k..


Selfie termahal kami...masa ni aku rasa sangat berbaloi2 sebab tak lupa bawak MONOPOD ni. Mana2 view yang aku rasa menarik terus aku halakan batang monopod ni, sampaikan mat saleh semua jeles tengok aku time tu...hihihi


Aku selalu cakap apa laa matsaleh ni..tempat dia pon sebok je nak bersesak2 dgn tourist mcm kita. Walhal aku lupa yang matsaleh itu bukan smuanya duduk london oii. Dorang tu datang dari serata dunia...muka je matsaleh..huhuu


Ni artis jalanan yang ada kat situ. Mula2 tengok macam pelik & hairan camana dorang boleh stay duduk camtu. Ni aku lakaran selepas aku scan baju dorang...hehe


Kitorang jalan2 kat situ sambil membeli belah di kedai souvenier lagi. Aduhaii..kakak2 ku sekalian..berapa lama daaa dorang ni nak menyinggah..hmmm tarik nafasss

Singgah makan roti dulu sementara jalan2 mencarik hentian BIGBUS HOHO yang seterusnya..

Beskal kat sini cam best je...agak2 Malaysia kalau buat servis camni..ok tak??


Ok, jumpa dah LONDON EYE ni. Kami memang takde naik mana2 yang ada entrance fee..maklumlah trip bajet je katanya..hukhukk



LONDON EYE & BIG BEN HOUSE OF PARLIAMENT.





Merentasi LONDON BRIDGE is FALLING DOWN..FALLING DOWN..



Sejuk giler masa ni..tapi kami gigih jugak duduk kat seat atas. Bayangkan kalau kami datang sini musim salji..lagi parah kan...hehehe

sumber dari google
BAYSWATER

Last destinasi untuk hari pertama adalah ke BAYSWATER ROAD. Ramai orang advise kalau nak carik souvenier murah2 sila ke BAYSWATER sebab ia lebih murah daripada kita beli kat central tu. Blogger pun ada cakap camtu..seriusss....


Memang murah kot sebab contohnya kat sini TS london tu (bagi aku lah) boleh dapat dengan harga 9GBP untuk 2 helai. Aku ingat lagi masa pegi PARIS last year..haramm nak jumpa selai T'S dengan harga 10Euro.

So kalau sapa tersampai ke area sini, aku sarankan korang  try pegi kedai ni. Nama kedai QUEENSWAY BOUTIQUES. Kedai dia kat sebelah kiri jalan sebelah metro station.

Bag London tu pon kami dapat 4 bijik dengan harga 10 GBP. Masing2 memborong sampai habih stok kat kedai tu..hahah.Yelah ahkak2 kan suka bag camtu leh isi barang2 pasar @ kelas mengaji.


Masa dah nak balik tu tetiba hujan pulak. Last2 terpaksa ambik tren ke MARBLE ARCH & pastu naik pulak untuk balik ke CHURCH STREET. Penat jugaklah sebab kena menapak sambil mengangkut hasil borongan masing2..huhu

Bersambung.....

Tuesday, 12 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: MH2 KUL/LHR + UMI LONDON HOMESTAY..

Alhamdulillah...dah seminggu kami kembali ke tanah airku yg tercinta ni..harini baru aku sempat nak mengarang serba sedikit kisah perjalanan aku & 5 lagi sahabat ke bumi Eropah pada awal May haritu. Almaklumlah aku masih lagi ada dalam mood JETLAG....heheheh

Kami ber ENAM berangkat ke LONDON pada malam 01 hb May (Jumaat) bersamaan cuti Hari Pekerja..jadi kami punya banyak masa sebelum ke KLIA malam tu.


Ekceli aku tak reti sangat nak bawak bekalan makanan yg macam mana..so aku bawak jelah yang aku rasa patut. Nasik segera pun aku bawak jugak, beli kat kedai Airport tu je.

Penerbangan kami kesana menaiki pesawat A380..tapi kami terpaksa dok asing sebab aku saja bagi can akak2 lain merasa duduk kat seat upper deck. Macam biasa keja lah, melayan movie lah keje aku selama penerbangan tu selain tido.

Best cite ni 99 CAHAYA DI LANGIT EROPA..saje ambik feel Eropah gitu. Selain dari cite WILD..perempuan yang berbekpekes sebab nak rawat kesedihan hatinya...


Inflight meal yang menjadi pilihan aku semestinya NASIK walaupun malam tu aku dah dinner dengan Nasik putih, Tomyam Campur, Telur dadar & Sambal belacan kat kedai tomyam area rumah aku...heheh


Sarapan NASI LEMAK + SAMBAL UDANG


Selepas menempuhi penerbangan selama 12 jam aku rasa akhirnya kami selamat sampai kesini..alhamdulillah...


Angin sejuk Kota London terus menampar pipi aku....sejukk suhu berapa ntah..


Mula2 kami kena carik stesen underground dulu & topup OYSTER KAD sebelum naik public transport dorang. Kami decided untuk topup kredit sebanyak 2O GBP sorang, nanti kalau tak habis guna boleh refund. Oh ye kad Oyster kosong tu berharga 5GBP.

Tapi kami dah beli siap2 masa kat Malaysia kebetulan ada colleague yang tak sempat nak refund masa beliau kesini bulan lepas. Kami beli dengan harga RM25 satu.

Kad ni tak boleh share macam ISTANBULKART tu. Haritu kitorang tengok drebar bas tu tak bagi 2 orang mamat Turki ni naik bas sebab dorang nak touch kad tu 2 kali untuk 2 orang.


Tanya direction nak ke EDGWARE ROAD sebab kami sewa bilik kat sana. Direction senang sangat tapi kami je yang agak pening..maklumlah kat negara orang...huhu

 .
Dari Heathrow ambik PICCADILLY BLUE LINE --> EARL COURT --> tukar tren ke --> EDGWARE ROAD 


Keluar dari stesen tube EDGWARE ROAD tu kami carik direction ke BLACKWATER HOUSE, CHURCH STREET. 


Jalan straight je sampai jumpa signboard besar ni...CHURCH STREET MARKET. Kat situ ada pasar tani..ada macam2 dorang jual kat situ..kitorang beli stroberi je...


Kami sewa bilik di rumah UMI LONDON kat BLACKWATER HOUSE. Betul2 berhadapan pasar tani tadi..sama tempat dengan bilik yang IRFA duduk masa dorang pegi sana haritu. Oh ye..kat sini banyak restoren halal arab. Jadi tak susah untuk carik makanan halal. Aku harap kami sempatlah nak merasa kebab kat sana..hehe


Rumah ni ada 4 bilik tido, 2 bilik air dan dapur. So pandai2lah bawak diri ye. Kami dapat bilik yang sama dengan bilik IRFA haritu. Masa kami pergi..jumpa ramai Malaysian yang stay kat situ. Bilik tu kecik je jadi dengan kami berENAM yang size COMEL tu...ngam2 jelah..hahah.

Tapi yang penting sebab boleh masak2. Yelah kami kena habiskan makanan dalam tin kami tu..berat nak mengangkut ke AMSTERDAM pulak lepas ni..


Sebelum memulakan perjalanan, kena isi perut dulu. Next plan adalah carik kat mana ada hentian BIGBUS HOP&HOPOFF LONDON tu sebab kami dah beli online tiket dia haritu. Pass untuk 2 hari pakej sekali dengan THAMES RIVER CRUISE. Harap2 sempatlah kami nak merasa semua tu, sebab petang besoknya kami dah kena bertolak ke AMSTERDAM.


Okay kita makan dulu...nanti kita sambung lagi...zzzz

Salam 2025

Salam 2025 Alhamdulillah selepas 05 tahun baru berpeluang datang balik ke dunia tipu-tipu ni sebagai tanda empunya diri masih lagi bernafas....