Tuesday 3 June 2014

ISTANBUL Trip 2014 :: Day 5 (SPICE BAZAAR + GRAND BAZAAR)

Hari terakhir untuk kami berjalan2 di ISTANBUL & juga hari terakhir untuk menghabiskan sisa2 matawang LIRA yang ada..jadi destinasi seterusnya adalah SPICE BAZAAR & GRAND BAZAAR.

18hb May 2014 (Ahad)

SPICE BAZAAR

SULTANAHMET => EMINONU = TRAM (Tiket -1.95TL)

Kami jalan kaki je ke SPICE BAZAAR sebab ada orang sentap taknak topup kad ISTANBULKART.. hahah. Tak kesah pun sebab jalan kaki pun seronok sebab boleh cuci mata sepanjang jalan kesana tu. Kami singgah sarapan kat restoren kebab ni..



Inilah pintu masuk SPICE BAZAAR. Nampak usang je kan bangunan dia. Tapi kat dalam tu wooow... meriah uolss..



Ramai peniaga kat sana yang tegur, pastu cuba cakap melayu bila tau kitorang dari Malaysia. Ayat standard dorang adalah.."Malaysia?? Selamat Datang, Apa Khabar, Sama-sama, murah2 dan Terima kasih".


Lorong luar ni banyak jual kekacang dan bahan mentah...


Tu diaa...sempat kakak ni berdiskusi kat tengah2 jalan tu..ko masuk lorong kiri, aku masuk lorong kanan, tengok sapa yang paling cepat jumpa jalan keluar...heheh


Sini pulak banyak jual peralatan dapur, teko, periuk & gelas comel2 je.



Shawl pun ada..lembut & halus buatan dia..


Kakak tu beli teko yang bortingkek-tingkek ala Turki kat sini & mesin pemerah jus. Aku beli souvenir je nak bagi adik beradik. Dah tak tau nak beli apa dah, rambang mata den..ntah pape.



On the way balik singgah lagi sekali kedai kebab yang pagi tadi tu, macam ler sedap benor. Tapi rasanya kedai tu yang paling sedap kebab dia setakat yang kami makan selama seminggu ni..

Aku ambik menu ni, kononnya nak try nasik la pulak. Kat bawah hirisan daging ayam tu ada nasik, tapi nasik dia macam nasik pulut, tak kena dengan selera aku..


GRAND BAZAAR

GRAND BAZAAR adalah bazar terbesar & tertua di ISTANBUL. Tapi dorang cakap barang2 kat sini agak mahal berbanding kat luar. Tapi orang cakap kalau dah sampai ke Istanbul tapi tak sampai kat sini kira tak macam tak sah lah..

Grand Bazaar ni TUTUP pada hari AHAD.


Pinjam dari gugel =)
Tengoklah betapa crowded nya orang kat area GULHANE.


 


Tengah kami otw tu, ada sorang mamat ni  bagitau yang Grand Bazar tutup pada hari Ahad, so apa kata kitorang singgah kat kedai dia dulu. Cewahh..menangguk di air yang keruh dia ni...heheheh

Kami pun ambik hati singgahlah, padahal ada niat lain jugak...iaitu nak tumpang pakai toilet dia. Mana taknya kalau 10 orang masuk toilet dah untung 10TL kot..dasarr penjimat..hahahh

Jadi ceritanya aku tak merasalah nak ke GRAND BAZAAR tu..sebab besok nak balik MALAYSIA dah..mane sempat..huhu

Aktiviti di malam hari..

Sempena malam terakhir kami kat ISTANBUL, kami makan malam kat atas rooftop hotel. Masak pastu bawak naik atas. Malam tu makan spagheti je. Stok makanan ada satu bag lagi campur jajan nak kena habiskan selagi sempat..

 


Besok nak balik dah, jadik balik malam tu kenalah kemas apa2 yang patut. Bag aku dah kurang berat sikit sebab makanan semua aku dah aku let go kat kakak tu...legaa

SELAMAT MALAM ISTANBUL...

8 comments:

  1. kalau baba g tempat shopping ni mmg heaven..sedia duit je kan
    ehh..5 hari 4 mlm je ke di Istanbul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Biasalah..dengan konsep free & easy & destinasi bajet ni...camtu jelah kesahnya..hihihi

      Delete
  2. SPAGETI AKAK TU NAMPAK SGT SEDAP ;)
    MINTAK RESEPI EK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,
      Sila beli sos Prego ye..sama je tu dalam tin punya..

      Delete
  3. seronoknya dah sampai sini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syawalsimpson,
      Dah penat tengok barang..saya dah seronok tengok orang pulak sebab dorang kebanyakan bergaya & cantik.

      Delete
  4. takde amek gamba kat pantai dia ke...tgok kt filem Istanbul aku datang mcm cantik je ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      Maaflah sebab tak jumpa pantai pun...rasanya Lisa tak dok area situ kot..

      Delete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...