Kadar tukaran wang masa ni adalah RM3.05 bersamaan SGD 1.
Pakej ni harga dia RM99 seorang tapi kena tambah lagi 20 SGD utk tips/tram dan sebagainya.
14 June 2019
Untuk trip kali aku tak berkumpul kat KL Sentral tapi aku hanya amik grab ke hentian Nilai arah selatan sebab situ adalah one of pickup point utk trip ni. So ambik grab dalam RM25.
15 June 2019
Bas sampai lebih kurang 1130 pm..so bergeraklah kami ke RNR Tanjung Kupang untuk beristirehat dan mepersiapkan diri. Bas di jangka bertolak ke imigresen port pada pukul 630 pagi. Sebelum bertolak kami sarapan dulu nasik lemak & teh o panas yang disediakan oleh team BKH.
Untuk 1st destinasi kami dibawa melawat port wajib iaitu MERLION PARK. Teruja jugak tengok sebab biasa tengok dalam tv je..
Untuk trip kali ni aku banyak ambik video so gambar limited untuk dikongsi.
Next kami dibawa melawat ke GARDEN BY THE BAY
Sebelum makan tengah hari kami dibawa ke BUGIS STREET untuk membeli ole2. Harga kat sini agak berpatutan dan terdapat banyak sangat pilihan sampai ko rambang mata..aku takde beli banyak pon sekadar yang perlu je sebagai kenangan.
Kalau kita convert lebih kurang RM30 boleh dapat 24 pcs keychain
Next kami di bawa ke restoren VICTORY untuk makan tengah hari. Restoren ni pada aku lebih kurang kedai mamak lah. Kat sini aku order Biryani Ayam/Kambing/Murtabak dan teh o ais. Total semua dalam 20 Sgd.
Restoren ni betul2 terletak di tepi jalan besar menghadap Masjid Sultan. Kami diberi masa untuk solat/berehat dan jugak cuci mata kat ARAB STREET yang jugak berhadapan masjid.
View dari jendela masjid
So kalau tadi tak puas lagi shopping ole2 atau ada yang lupa nk beli boleh beli kat lorong Arab Street tu. Kat sini ada kedai souvenir, restoren dan jugak street art.
Pukul 230 petang kami diminta berkumpul utk ke destinasi seterusnya Sentosa Island. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Kat sinilah terletaknya taman tema UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS). Tapi pakej yang aku ambik ni just untuk melawat globe USS je..hahaa.
Tapi blh add on lebih kurang RM200-RM250 untuk tiket masuk. Sebab ada ahli trip kami yang masuk kesana.
Kat sini kami dibawa pusing2 jalan ke lagi satu mercu tanda sentosa island iaitu singa besar tu. Dari situ kami naik tren ke stesen beach apa aku lupe dh.
Masa ni aku dah tak ambik port sangat dah..sebab dah penat sangat berjalan dan turun naik bas. Kat sini dorang ng kami masa utk free & easy jadi aku hanya lepak melayan free wifi kat sini.
Pukul 5 petang kami bergerak ke MARINA BAY SAND untuk free show Light & Water. Show ni hanya berlangsung selama 15 minit je. Kami berpeluang untuk melihat dan menghayati show tersebut yang bermula pada pukul 8 malam. Next show adalah pukul 9 malam.
Memang best tengok show ni.. lampu dan air tu bergerak seirama dengan bunyi muzik. Show ni diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Selesai show kami bergerak ke tempat berkumpul untuk kembali ke tanah air ku Malaysia yang tercinta.
Bye Singapore..ada rezeki kita jumpa lg.
Last sebelum gerak balik KL singgah supper kat RNR. Naik bas terus membuta sampai KL Sentral pada pukul 330 pagi. Jadi lepak je sementara tunggu 1st tren untuk balik ke Sepang.
Sekian kisah lawatan sehari ke Singapore. Aku simpan kat sini sebagai kenangan yang aku pernah sampai ke sana.
Inshaallah blog ni aku akan jadikan tempat untuk aku simpan semua memori perjalanan aku. Jadi entri syok sendiri zaman dulu kala aku dah delete..hahaa
bestnya... walaupun singkat tp padat ngn aktiviti....
ReplyDeleteWah
ReplyDeleteTak sangka blog ni masih ber update 👏👏