Thursday, 30 May 2013

Fast & Furious 6...giler ahh!!

Semalam petang aku sempat pergi tengok movie yang tengah hot & spicy sekarang ni iaitu Fast & Furious 6 (lakonan Paul Walker, Vin Diesel, Dwayne Johnson aka The Rock, Michelle Rodriguez, Luke Evans)...perghh!!


Takde ape nak citer sebenarnya sebab aku pun dah lewat sejam semalam..tunggu housemate balik keje lambat sebabnya aku dah terbeli online tiket tayangan pukul 4.50..member habis keje pukul 4..camno??


Apa yang aku boleh rumuskan kat sini citer FAST & FURIOUS 6 ni memang best, terbaik, saspen & mendebarkan. Paling saspen scene yang masa geng Shaw (Luke Evans) nak ambush kontena kat highway tu & scene yang kat runaway bergasak dengan kapal kargo tu sampai meletop. Masa ni sedey jugak sebab awek Han (Sung Kang) tu mati masa nak selamatkan dia..tercampak dari kereta..huhu.

Ending cerita tunjuk pulak scene kat Tokyo, tetiba John Statham muncul langgar keta Sung Kang, aku rasa mungkin dia akan jadik watak jahat dalam sequel Fast & Furious 7 nanti kot..

Tapi sepanjang sejam kami tengok tu, perkataan favourite yang secara otomatik terkeluar dari mulut kitorang ialah "FUH!!  GILER LAH"

#Anyway, sempat lagi makan fish & chip dalam hall tu..heheh.

Monday, 27 May 2013

THE WINDMILL STATION @ KOMPLEKS SUKAN AIRPORT, NILAI..

#Ini last update untuk entry Officemate Farewell..^^

Dinner sempena farewell tu kami raikan kat restoren The Windmill Station yang terletak dalam bangunan Kompleks Sukan Airport tu jugak. Direction ke sini sangat senang, hanya perlu ikut je signboard ke NCI Hospital atau Nilai College, konfem korang akan jumpa kompleks ni sebab ia betul2 berhadapan dengan hospital tu..(*info untuk mereka yg tinggal luar dari Nilai..)


Actually restoren ni baru lagi bukak. Dekorasi dalam restoren tu pun cantik dan selesa, yang paling aku suka sudah semestinya wallpaper gambar kincir hangin tu...haruslah kami berposing habis satu roll kodak kat situ je, bajet macam kat Amsterdam la konon....puii..(tangan kedada =P)


Overkah kami?? hehehe..



*Harus ambik gambar trademark...cutlery set with tissue..

Malam tu kami makan apa yang dah diorder je oleh pihak committee. Ingat boleh la order menu lain..hehe. Tapi takpelah, menu ni pun dah memadai..jangan nak tamak sangat hokay!! Kami dihidangkan dengan set apa aku pun tak tau tapi set tu ada nasik goreng, chicken & Fish dengan sos blackpepper, mushroom soup & ais lemon tea..



Sedap...rasa macam chicken chop lah..hehe. Aku pun tak pasti hidangan ini sememangnya sedap giler atau pun sebab kami semua dah lapar..tapi macam biasa, tak baik membazir jadi aku makan sampai tinggal hirisan tomato & timun tu sahaja...#sedap la tu sebenarnya...hahaha..


Mushroom soup dan garlic bread...slurpp


Fried Onion ring..yummy..

Manager outlet tu promote next time kalau datang lagi buleh try hidangan Gordon Blue tu pulak, dia kata yang tu paling sedap kat restoren tu....Insya Allah..



#Makanan apa pun, kalau makan ramai2 semuanya jadik sedap..tapi aku rasa takdela mahal mana pun, boleh la datang lagi kot..^^

Wednesday, 22 May 2013

WW :: Karipap Besar..

Semalam balik keje aku singgah pasar tani kejap dengan adik, kitorang pusing2 tak tau nak beli apa...selalunya kalau aku singgah pasar ni konfem terbeli nasik kerabu @ laksam @ yong tau fu @ rojak singapore tu je. Sampaikan aku rasa kakak yang jual tu pun dah kenal muka aku kot..huhu.

Aku perasan la ada satu gerai ni jual karipap & popia tapi yang speselnya dia jual KARIPAP BESAR. Harga seketul RM2.50. Ada inti ayam, daging & ayam campur telur. So aku pun beli la seketul nak try apa yang spesel karipap besar ni. Aku anggap je beli karipap biasa 05 bijik..hehe


Besar giler kan..sampai penuh pinggan..tapi bila potong jadik la 04 ketul je, ingatkan boleh la jadik 05 ketul..


Cer korang tengok inti tu, macam biasa yang banyak cuma kentang je..aku punya imaginasi tadi mesti nisbah ayam lagi banyak dari kentang..bagi aku takde yang spesel pun. Cuma saiz besar tu je yang buat ia jadik gempak..huhu


Okaylah, dapat la dua ketul sorang. Bagi aku rasa inti dia sedap la jugak sebab manis (orang kelate kan suka yang manis2, mengikut kajian la...hehe) tapi kalau boleh lebihkan daging ayam tu ye kak..


Yang lagi satu pinggan rangka ayam goreng tu adik aku punya permintaan, dia cakap dah lama tak makan AYAM ROBOT..kitorang makan ayam tu sampai tinggal tulang...errr dah memang tulang je pon..heheh

#bajet pasar yang paling ciput iaitu RM5.50 je..^^

Wednesday, 15 May 2013

WW :: Koyak sikit je..

Semalam petang aku buat kerja2 menyelamat lagi, pick up Irfa yang sehari suntuk pergi imigresan nak renew passport. Cerita pasal kejadian "sehari di kantor imigrasi" mungkin di apdet oleh beliau pada Jumaat nanti, nantikan ye...hehe.

Hari ni aku nak story pasal anak buah aku, si abam tu. Mesti akak aku marah ni aku cite pasal anak dia nih...hahah. Maafkan saya..huhu

Kejadian ini berlaku petang semalam sebelum maghrib. Dengan penuh mukaddimah yang panjang lebar si abam bercerita sambil memegang beg baju dari rumah pengasuh....bla..bla..bla. Kitorang dengar je dia bercerita, kemudian akak aku terus teka..

Kakak : Kenapa? baju koyak ke?
Abam   : Emm... koyak sikit je..
Kakak : Mana, nak tengok..

Abam terus bukak beg baju dan kemudian hulur baju sekolah kat kakak aku dengan muka yang cuak tapi masih tersengih dengan harapan tak kena marah.

Hurmm...korang rasa kakak aku hangin ke tak bila tengok baju sekolah rupa macam ni??


Sebesar poket okayyy...


#kelakar tapi kesian...takpelah, dah nama pun budak lelaki memang lasak lah kot..