Thursday, 25 July 2013

Pemenang GA CikViva

QUICK UPDATE

now dalam perjalanan balik kampung
seperti dijanjikan, disini nak umumkan pemenang GA oleh CikViva
TQ banyak2 kepada semua yang sudi join contest
contest la sangat, hihi

perancangan awal, cabutan undi akan dibuat oleh puteri kecil Sis Irfa
tapi bila aku sampai rumahnya petang semalam, juri tengah tido
taknak kejut nanti juri mengamuk, apa pun tak boleh
tapi takpe, juri bidan terjun boleh tolong cabutkan undi
iaitu si abam

caranya:
goncang2 botol, cabut 3 kertas undi
dan PEMENANG ialah



TAHNIAH kepada pemenang
jangan lupa emelkan alamat untuk pengeposan hadiah
dan bagi yang tak menang, jangan sedih
akan datang ada lagi contest
# sambil belek2 dompet ada tak bajet nak wat contest lagi

jumpa lagi minggu depan, Insya Allah

Wednesday, 24 July 2013

Contoh Surat JAWAPAN Mohon Cuti Raya..

Ini adalah surat jawapan kepada SURAT MOHON CUTI RAYA yang di post oleh IRFA sebentar tadi.

Sapa-sapa yang tak paham tu boleh la mintak kawan2 atau ofismate korang yang anak jati kelantan tu tolong bacakan ye...hehe


#Korang kena lah baca surat permohonan tu dulu baru baca surat jawapan ni tau...hehe

WW :: Backpackers la konon..

Malam ni aku nak mengembalikan nostalgia dengan travel balik kampung dari SEREMBAN - K.KRAI dengan menaiki KERETAPI selepas bertahun tak naik semenjak aku dah ada "sayap" untuk terbang..hehe

Yahooo!!! seronoknyaa (**tangan kedada mata keatas**) sebab perjalanan ni akan ambil masa 10 jam dalam tren nanti..huhu


#catatan perjalanan akan di apdet next week.. byee

Update cikviva GA :: Senarai peserta & Hadiah..

Yeyy!! GA by cikviva dah tutup..


Terima kasih kepada semua yang sudi join GA kali ni & majlis cabut undi akan dijalankan malam ni..insyaAllah..

Nanti aku update result as soon as possible...

Bye..asssalamualaikum & selamat berpuasa =)

=======================================================================

Assalamualaikum..selamat berpuasa =)

Rasa macam dah lama aku tak update belog ni..hehe. Okay, seperti ramai yang sedia maklum CIKVIVA GA ni akan tamat esok (24hb July) tapi hari aku nak update senarai peserta & gambar hadiah untuk para pemenang dulu.

Untuk GA kali ni aku buat tiga hadiah tau....no 1, no 2 & no 3.


Berikut ni adalah senarai peserta setakat hari ni..

1http://hainomokje.blogspot.com/
2http://jarimanistravel.blogspot.com/
3http://tatasthought.wordpress.com/
4http://bicaraneem.blogspot.com/
5http://sayagemuksayacomel.blogspot.com/
6http://zakiepurvit.blogspot.com/
7http://nureenasir.blogspot.com/
8http://arwendanish.blogspot.com/
9http://nusha1706.blogspot.com/
10http://anakomak6.blogspot.com/
11http://missflyfluffy.blogspot.com/
12http://cempakabiru-nieda.blogspot.com/
13http://fyzzeva81.blogspot.com/
14http://nolyzulkeply.blogspot.com/
15http://mulutpayau.blogspot.com/

#Terima kasih pada semua yang sudi join GA ni ye..pada yang lain belum join, sila2 lah join GA ku yang tak seberapa ni.. byee

Wednesday, 17 July 2013

GA :: GIVEAWAY 2013 by CIKVIVA..

Yeayy!!! Harini CIKVIVA.BLOGSPOT.COM dah genap setahun dalam dunia blogging. Wah....blogger gitu..kelass ko mariaa....


Kalau dulu baca & komen kat blog orang je, tapi dalam setahun ni memerah otak jugak nak carik idea nak update blog sendiri walaupun kadang2 tu ada entry yang syok sendiri & ntah pape...haha. Takpelah aku cuma nak mengabdikan kenangan dalam blog aku yang tak seberapa ni je...

So, bersempena dah setahun umur ni, aku nak bagi GA untuk kawan2 blogger sekalian yang bertuah. Cara2 nak dapatkan hadiah GA dari Cikviva ni dengan komen je kat bawah ni dengan menyambungkan ayat dibawah..

Saya berblog kerana.............(tidak melebihi 20 patah perkataan). Bagi jawapan yang ringkas & padat je, tak payah susah2 nak buat karangan..hehe..

Hadiahnya adalah........jeng..jeng..jeng. Hadiahnya takdelah segah mana tapi yang penting ikhlas dari hati aku yang paling dalam...

kotak misteri, hehe

Pemenang yg bertuah akan dipilih melalui sistem cabutan undi manual oleh duta Susu Cap Junjung iaitu Ajaa Putri Misha Naina aka sikenit Irfa dengan cara menggoncang mangkuk berisi kertas undi.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24hb (Rabu). InsyaAllah pemenang akan diumumkan secepat yang mungkin. Kalau lewat sket, mintak ampun naa sebab aku berada di luar kawasan pada 25hb - 29hb (balik kampung) tu..
#Akhir kata...selamat mencuba..assalamualaikum..

Tuesday, 16 July 2013

Vandalisme..kah aku??


Vandalisme kah aku?? Aku rasa telefon ni dah reput kot, takkan sekali kena ketuk boleh sampai patah. Terpaksalah aku pakai cellophane tape untuk cantumkan balik serpihan tu. Beginilah rupa telefon aku sementara tunggu IT tukarkan telefon yang baru..huhu

#Unikkan telefon aku..hehe

Sunday, 14 July 2013

Review Novel & Drama :: Kampung Girl



Baru je habis baca novel bertajuk 'Kampung Girl' ni yang setebal 547 muka surat tu. Aku ni bace novel kejap je..tak sampai sehari pun dah boleh habis satu buku sebab aku ni jenis baca laju...ala2 scanner. Ada part yang tak penting or tak menarik tu aku skip je..haha..boleh gitu?? Tak feel langsung kan...hehehe..

Malas bace?? Tengok je kat tv3, Jumaat 9 mlm. Pelakon dia adalah Akim (Ash) dan Nad Zainal (Ain). Errr..walaupun aku macam pelik sket bila tengok Akim bawak watak hero cite dewasa sebab selalu tengok dia nyanyi je kan..hehe.. Tapi bulan pose ni korang kena tengok kat tonton jelah ye sebab tu kan time teraweh. Takpe 04 episod je, lepas tu back to normal tgk kat tv balik ye..

Lagi sekali cite yg mengisahkan konflik bila kena kahwin paksa...huhuhu.. Itulah yg berlaku apabila Ashraf Khairi (Ash) terpaksa berkahwin dengan sepupu beliau Ainnur (Ain) yang digelar Kampung Girl atas pilihan orang tua mereka. Actually Ash ni tak pernah tau yang Ain ni adalah seorang cikgu B.I yang berkelulusan oversea. Dia ingatkan Ain ni hanya budak kampung yang takde kerja hanya duduk melepak kat rumah je takde cite2...

So, dia selalu kutuk & hina Ain, tapi Ain ni cool je sebab dia dah masak dengan sikap berlagak Ash tu sejak dorang budak2 lagi. Ash tak pernah sukakan Ain. Tapi Ain dah suka kat Ash sejak dulu lagi. Ain sorok status pendidikan dan pekerjaan dia dari pengetahuan Ash. Dia tak bagi sapa2 pon bagitau hal sebenar kat Ash. Yang ni aku tak tau nape...

Sehinggalah semua tu terkantoi pada malam pertama dorang bila Ash terjumpa gambar Ain masa studi kat NZ dulu. Ash rasa tertipu dan makin benci kat Ain. Tapi sikap Ash terhadap Ain berubah selepas kemunculan Faisal, kawan universiti Ain masa kat NZ dulu.

Nak tau ape kesudahan dia?? Malas pulak rasanya nak taip...haha. Apekata untuk korang aka penggemar drama melayu macam ni, anda disarankan untuk bace novel tu or just gugel je review dia...tapi kalau nak lagi real tengok jelah kat tv tu.

Oppss...dalam novel ni takde watak jahat tau tapi tak taulah pulak versi drama camane nanti...biasanya kena ada watak jahat tu baru bestt...hehe.

#Selamat membaca & menonton....peace!!!

Wednesday, 10 July 2013

WW :: Salam Ramadhan

Alhamdulillah
Syukur padaNya kerana diberi kesempatan menemui Ramadhan tahun ini

kotlah ada yang terlupa niat posa, hehe
maklumlah Ramadhan cuma datang sekali je dalam setahun


emm, berbuka nak makan apa ye?
baru jam 11.45 pagi
sabar ye CikViva

Monday, 8 July 2013

Ending Teduhan Kasih & Sebenarnya Saya Isteri Dia..

Ending Teduhan Kasih


Happy ending tapi bagi aku balasan untuk perbuatan Ayu & Kak Long tu macam tak tragis sangat lah..

Macam tak logik bila suami kaklong bawak balik isteri baru camtu je...selalunya drama buat scene dorang macam terkantoi kat shopping mall bila kaklong terserempak dengan suami n madunya....

Pastu ending just tunjuk kaklong tengah masak n basuh baju sambil membebel...gitu je????

Ayu pulak bila dah terkantoi dengan Ehsan kat kelab tu terus ke blah camtu macam tak bersalah....pastu tunjuk dia kena langgar keta than jadik gila...gitu je balasan dia????

Mak tiri Iffa memang dah insaf, oklah kan...org tua takkan nak bagi pembalasan teruk sangat kot...kesian laa dah la dia kena potong kaki aritu..hehehe

Iffa & Ehsan pulak dah bahagia..Iffa dah sarat mengandung dan dah nak bersalin....tammat..

Ending Sebenarnya Saya Isteri Dia


Happy ending jugak bila Firash & Shaf dah berbaik dan Shaf pulak dah disahkan pregnant..

Rania jugak disahkan mengandungkan anak luar nikah jadi mama dia cuba gunakan alasan tu untuk perangkap Firash.

Plan Rania & mamanya nak sabotaj majlis persandingan Firash & Shaf tak menjadi bila abang Rania iaitu Raimi kantoikan plan dorang.

Rania kena tahan polis sebab gagal hadirkan diri ke pejabat agama selepas dia kena tangkap khalwat dengan dua penculik yang dia sendiri upah untuk culik Firash.

Yang aku musykil tu bila kawan2 dorang cam takde pape reaksi pun bila pegi majlis tu..takde lak tunjuk memasing terkejut bila tahu yang dorang berdua ni sebenarnya dah kahwin....gitu je???

Sebenarnya aku tak bape minat sangat dengan pelakon yg jadik Rania & mama Firash tu sebab macam takde eksperesi...marah ke sedih ke..macam sama je..huhu...

#Drama apa pulak pasni yang akan meletop kat tv sekarang ni ye?? Adakah drama Ramadhan Yang Hilang??