Thursday, 31 October 2013

Tiket Final Piala Malaysia 2013..

Semalam ada member hantar gambar tiket final Piala Malaysia ni kat wassup. Sapa nak boleh order ngan dia memandangkan susah sangat nak dapatkan tiket bola sekarang ni. Nanti dia tolong belikan sebab ada dia ada kabel yang leh supply tiket ni..hehe


# Gomo Kelate Gomo...Hogoh Pahang Hogoh...This is Pantai Timur..

Friday, 25 October 2013

Sihat sebelum sakit..


Dear sis Irfa,
Semoga cepat baik, makan sup ketam banyak2 ye..

Kami adik beradik doakan kakak sulung kami cepat2 baik & happy seperti sediakala untuk mendengar luahan hati kami..hhehe. Sis, kalau dah sakit memang tak lalu derr nak jadik kaunseling..huhu

Friday, 11 October 2013

Resepi KOKTEL BUAH..


Bahan-bahan

  • 1 tin koktel buah-buahan campuran
  • 1 tin susu sejat/cair F&N
  • 1 plastik jelly @ sumi
  • 1 cawan air gula
  • Ais yang dihancurkan

Cara-cara

  1. Campurkan koktel buah & jelly/sumi..
  2. Masukkan ais & kacau (supaya susu tak berketul bila bercampur dgn koktel tu)
  3. Masukkan susu sejat/cair & air gula
  4. Kacau supaya sebati
Siapp...

Monday, 7 October 2013

Rahsia Cantik Menawan Che Ta @ RCW..

Belek2 majalah i Sihat ni terbaca satu artikel macammana nak kekal cantik & menawan mengikut amalan Che Ta.


Gulpp...400 kali sehari..adesss..20 kali pun aku tak larat..camana nak cantik macam beliau..

"Cantik" di sini bermaksud badan yang sihat & slim bukan muka yang cantik, jangan salah paham pulak..huhu. Kalau buat sit up1000 kali pun muka takkan jadik cantik melainkan buat pembedahan plastik macam artis Korea tu...

Che Ta cakap dia bukannya buat sit up tu 400 kali sehari sekaligus..mau patah pinggang dia kot kalau amalkan camtu..hehe. Beliau dia buat sit up tu secara berperingkat dari mula bangun pagi sehinggalah malam.

Makan nasik dua kali sehari wajib kalau tak kepala pening..(betul3...saya setuju!!!).

Akhir sekali jangan minum minuman bergas..(Saya tak setuju!!! sebab saya hantu air gas..huhu)

#Prinsip Che Ta.... Kecilkan badan, jangan besarkan baju"

Wednesday, 2 October 2013

OST Love You Mr Arrogant :: Tetap Menantimu (NOMAD)

Dah habis drama Cinta Jannah, sekarang aku tengah follow drama LOVE YOU MR ARROGANT pulak. Walaupun pelakon dia tak berapa familiar (Azlee Khairi & Zara Zya) tapi tengok macam boleh layan je drama ni, maklumlah drama ni kan adaptasi dari novel jugak. OST dia pun best la pulak, dari penyanyi baru NOMAD (ore ganu nih walaupun suara ala2 artis indonesia..heheh)..


Tetap Menantimu (NOMAD)

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangimu
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang penuh duka
Kan ku hapus semua menjadi indah..oo

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu..
Aku tetap menantimu..oo

Aku kan tetap menantimu..