Monday, 26 May 2014

ISTANBUL Trip 2014 :: Day 1 (ARASTA BAZAAR + HAGIA SOPHIA + BLUE MOSQUE)

Entri seterusnya pasal jalan2 cuci mata ke ARASTA BAZAAR, HAGIA SOPHIA & BLUE MOSQUE..

Sebelum tu nak share currency rate time aku pegi tu..

1 USD = 3.28 MYR (aku bawak 300 USD, tapi ada balance 100 USD..jimat tak aku?? heheh)
1 USD = 2.07 TL 



14hb May 2014 (Rabu)

Kami keluar jalan pukul 11 lebih, tapi aku maintain pakai winter coat bajet sejuk padahal bila tengah hari suhu naik sampai 24 darjah celcius. Yelah, dah kata oversea..kenalah pakai baju sejuk..heheh

Ni kat depan apartment, kami baru nak start menapak naik bukit untuk pergi  ke dataran yang ada HAGIA SOPHIA & BLUE MOSQUE tu. Belum sampai atas, dah semput & kaki dah start sengal2 lenguh.. takde stamina betul..

View sepanjang jalan nak ke dataran tu jumpa banyak cafe & hotel/apartment sebab kat sini memang tumpuan pelancong. Kalau hari minggu penuh orang kat dataran tu. Tapi ramai yang datang dengan tour guide. Ramai tourist dari China time kitorang pegi tu.


Kedai runcit pun ada kat sini, so kalau ada nak beli apa2 boleh singgah sini. Tapi aku tak masuk pun sebab tak tau nak carik apa..


Kat sini banyak hotel2 yang tanam pokok bunga kat tepi tingkap, mungkin sebab cuaca sejuk elok je bunga2 tu hidup & berkembang. Tapi ada jugak yang kami perasan letak bunga plastik je.



Ni kat dataran. Aku tak pasti apa nama tugu ni. tapi ramai lah tourist dok amik gambar sama macam aku..hehe. Kat sini korang akan jumpa ramai penjual buku pasal tempat2 yang menarik Istanbul ni. Kebetulan kami dah ada satu buku tu, pinjam dari officemate yang penah datang sini haritu, so takdelah dorang kacau bila kami tayang buku tu kat dorang.





ARASTA BAZAAR

Kami singgah di ARASTA BAZAAR yang terletak di belakang BLUE MOSQUE. Kat sini banyak jual perhiasan seramik, souvenier, turkish delight & macam2 lagi. Tapi harga agak mahal sikit. Yelah lagipun baru 1st day takkan nak menyoping dah kan..agak2 lah..

Jom cuci mata sket, cantik2 kan? Aku tau ramai akak2 berkenan kan dengan seramik handmade dorang ni..heheh



FM berlambak kat sini..harga 3 - 5 Lira. Kalau nak beli aku rasa better beli kat kedai2 area nak ke Jeti sana sebab lagi murah2.


Kakak kawasan dengan konco2nya.. ^ ^




HAGIA SOPHIA

Inilah dia HAGIA SOPHIA atau AYA SOFYA. Mengikut sejarah asalnya ia adalah sebuah gereja tapi dah diambil alih oleh kerajaan Islam dan dijadikan masjid. Sebab tu kat dalam ni ada lambang Kristian & ayat al Quran. Sekarang ianya dijadikan sebagai muzium je untuk pelawat2.





Tiket masuk kesini adalah 30 LIRA (sila convert kepada RM..ahahah).



Ramai sangat tourist kat dalam HAGIA SOPHIA ni, tapi kebanyakan ada grup2 ni akan ambik servis tour guide untuk menerangkan tentang sejarah muzium ni. Kami hanya pusing2 tengok apa yang ada kat dalam tu je. Kaki aku dah start sakit dah..jauh jalan kan..huhuh


Bagi aku kalau tak masuk kesini pon takpe sebab dalam ni hanya sekadar nak tengok senibina & lukisan seni je kat dalam tu. Setakat aku sorang nak bayar tiket harga 30 TL bolehlah..pejam mata. Tapi kalau harga tiket untuk satu family yang 7 org rasanya tak berbaloi kot. Tapi terpulanglah pada minat masing2..hehe

AISKRIM &  ROTI KERAS ISTANBUL

Dah penat meround kat dalam tu, kami keluar balik ke dataran depan HAGIA SOPHIA tu. Aku beli roti keras ni sebab nampak macam sedap & bau wangi je bila dia sapu dengan cheese & coklat NUTELLA kat tengah2 tu. Harga seketul 1 LIRA. Sakit rahang jugaklah aku nak mengunyah roti ni..



Pastu jumpa gerai aiskrim turki ni..dorang buat show yang macam dalam tv tu yang bagi taknak bagi je aiskrim tu. Budak2 kemain seronok tengok gelagat dorang. Harga seketul aiskrim ni boleh tahan jugak ye..7 LIRA. Aku tak beli pun, sebab aku kan kedekut mahal kot kalau aiskrim kon harga rm14 hengget..hehee




BLUE MOSQUE


Nama asal masjid ni adalah Sultanahmet Mosque, tapi ramai yang panggil Blue Mosque sebab kat dalam tu marmar dia banyak kaler biru. Betul, mamat Turki tu yang cakap kat kitorang. Landmark Istanbul ni, harus amik gambar & kalau berkesempatan boleh solat sekali kat masjid ni.









Nak masuk sini free je sebab ni kan masjid. Kat sini boleh solat macam biasa tapi ada ruangan khas sebab ramai pelawat kat dalam ni.


Kat pintu masuk ada disediakan plastik untuk kita simpan kasut, sebab pintu keluar ikut lain. Jangan tinggal kasut anda disitu ye..



Etika berpakaian bila masuk kedalam Blue Mosque, pelawat diminta menutup aurat untuk menghormati masjid. Ramai pulak aku tengok mat saleh berskirt biru time tu...hehehe





Kami berehat sebentar untuk menghilangkan lenguh2 kaki sambil menghayati keindahan senibina dalam masjid tu.









Masjid2 kat sini semua besar2 & unik bila tengok lampu dia rendah sangat tahap atas kepala je. Camana orang dulu2 nak bina masjid besar2 macam ni kan.

Sebelum balik, aku singgah kejap beli kebab ni sementara tunggu dorang keluar dari kedai souvenier tu Tapi mamat ni kedekut betul, isi ayam tu seciput je, dahla roti dia keras berdengkang.

Tapi aku telan jugak slow2 sambil jalan balik rumah sebab harga dia 3 LIRA. Lagipun tak baik membazir..


Itu saja untuk kisah di hari pertama..balik rehat dulu gantung kaki, kasi badan rehat secukupnya sebab besok perjalanan baru akan bermula...tungguu..

18 comments:

  1. Wow...15 orang ahli rombongan tu..kiranya semua tempat yg CV pegi ni jalan kaki je lah ek dari aparment tempat stay tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Ramai JM..campur budak2 sekali.
      Jalan kaki je ke tempat tapi pegi tempat yg dekat2 je, yang jauh sket tu kena naik tram..tak larat JM, sakit kaki..

      Delete
  2. sue penah belajar pasai sejarah seni bina hagia sofia ni..mmg rasa touching N sebak tgk architecture masjid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syawalsimpsons,
      Yeke, sy tak tau pun sgt sejarah pasal HAGIA ni..tapi dalam tu macam masjid je..

      Delete
  3. Blue mosque tu salah satu masjid unik di dunia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakZakie,
      Cantik sangat Blue Mosque tu, dorang ckp kalau malam lagi cantik, tapi sy tak larat nak kuar malam..

      Delete
  4. msti org sana gigi dia keras2 belaka roti nya semua keras ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      Tulah, dorang pakai gg emas kot...heheh

      Delete
  5. Replies
    1. ienalina,
      hehe..sekali sekala je...seronok dpt tgk tempat org ni..

      Delete
  6. emm nape x tapau wat balik roti keras tu?
    nak gak rasa tahap kekerasannya setakat mana, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS,
      Tulah..sokmooo
      tahap sengal rahang je...hahaha

      Delete
  7. seronoknya...teringin sgt nk masuk aya sophia..bila ye nk smpai sana tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mime,
      Tapi tak best pon aya sofya tu, rasa Topkapi lagi berbaloi kot..

      Delete
  8. wahhhh ke istanbul uols eh
    bestnyeerrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak EL,
      Ha ah...ke istanbul kita tahun ni...heheh

      Delete

Have a nice day... ☺