Tuesday, 27 May 2014

ISTANBUL Trip 2014 :: Day 2 (GULHANE PARK + TOPKAPI PALACE)

Kalau ikut plan asal 2nd day nak melawat TOPKAPI PALACE tapi tibe2 plan bertukar kepada satu tempat lain pulak..huhu

15hb May 2014 (Khamis)

Pagi2 kami sarapan pancake comel bersama nasik lemak daging dendeng & sambal bilis. Kakak tu dah siapkan bekal untuk jalan2 haritu, iaitu nasik himpit dan sambal daging dendeng tu. Lagipun kat luar nanti, banyak orang jual kebab je susah nak jumpa jual nasik. Daging dendeng & sambal ikan bilis dia memang terbaiklah sebab ini bukan yang dah beku tapi dia bawak fresh2 naik kapal. Nasib baik takde dengan kastam check masa kat airport istanbul tu..hehe



Kami keluar jalan pukul 8 pagi, keluar awal boleh tengok banyak tempat sket. Jalan kaki je dari hotel ke Topkapi Palace. Disebabkan masih awal pagi, jadik banyak kedai tak bukak lagi. Tapi orang ramai dah start berkumpul nak masuk Hagia Sophia masa kami lalu kat jalan tu.


Posing je kat bas double decker tu, lupa dah dia punya tiket berapa kalau nak pusing2 istanbul.


Ni lah dia rupa tram kat sana, harga tiket dia standard 1.95 TL je untuk mana2 stesen tak kira dekat atau jauh. Lebih jimat kalau pakai kad. Tapi korang beli kad tram tu lah, topup je kalau nak guna. Boleh share ramai2 tapi guna satu kad je, takde masalah.


Jalan nak ke Topkapi Palace. Kena menapak naik bukit lagi tapi kalau nak balik nanti ada buggy, free je. Nak pegi sana tu kena usaha sikit lah, tapi all the way tu ada 2/3 muzium lain jugak.


GULHANE PARK

Sementara Topkapi Palace belum bukak, kami lepak sambil ambik angin kat Gulhane Park dulu. Gulhane Park ni adalah taman tertua di Istanbul. Kitorang dok melepak, ambik2 gambar je kat situ.



Ada batu bersurat pasal sejarah taman ni. Tak baca pun, because i dont speak english..hheheh


Ada patung Atarturk kat sini, serius je muka dia..takutt..."tumpang lalu tok.."   ^ ^




Bergambar kenangan bersama keluarga angkat. Yang best tu anak2 akak tu semua sporting, takde lah aku rasa kekok . Aku ni kira macam kakak kawasan lah kepada dorang. Dorang pulak merangkap cameraman aku sebab aku tak bawak monopod...huhuh




TOPKAPI PALACE

TOPKAPI PALACE atau dalam bahasa Turki dipanggil TOPKAPI SARAYI (ISTANA PINTU MERIAM) adalah kediaman rasmi SULTAN UTHMANIYAH selama pemerintahan beliau. Tetapi PRESIDEN MUSTAFA KAMAL ATARTURK telah menjadikan Topkapi sebagai muzium pada tahun 1924. Cewahh..WIKIPEDIA sangat kannn..hahahah



Harga tiket masuk ke Topkapi Palace adalah 30 TL untuk kawasan umum & kalau nak masuk kawasan harem kena tambah lagi 15TL.


Family "angkat" aku semua tak nak masuk pulak, dorang decide nak pergi Bursa tengok apa yang ada kat sana. Aku pun terpengaruh tak masuk sama, nak ikut dorang pergi Bursa jugak. Aku ingat dekat lah Bursa tu, rupanya seberang laut hokayy..lagi jauh dari Uskudar.

Disebabkan kami semua tak masuk jadik hanya mampu berposing depan pintu gerbang istana tu jelah..




Kalau taknak beratur panjang, boleh jugak beli kat mesin tiket ni hah...


Mamat Turki ni promote suruh kami masuk dalam kedai dia kalau nak ambik gambar pakai costume dorang. Tapi kami mintak nak bergambar dengan dia je sebab baju dia cantik..nasib baik dia sporting melayan kitorang..hihi


Apa yang ada dalam TOPKAPI PALACE?

Kakak A cakap dalam tu selain daripada peninggalan sultan2 Turki zaman dahulu, ada jugak barang peninggalan Nabi Muhammad SAW, contohnya macam pedang, baju, janggut dan macam2 lagi. Kat dalam kawasan istana tu sangat besar, sampai lenguh kaki nak jalan..tapi puas hati sebab dapat tengok semua sejarah pasal negara Turki ni. Setengah hari jugaklah dorang kat dalam tu.

Kakak A cakap kat dalam tu tak boleh sebarang ambik gambar barang2 peninggalan tu, ada security yang jaga kat setiap bahagian. Kalau nak tengok, kena masuk sendiri. Takpelah, takde rezeki nk buat camane...

Jadi kami meneruskan perjuangan ke BURSA selepas tu. Sepanjang jalan ke JETI EMINONU tu sempat jugak menyinggah kedai2 souvenier yang ada. Aku terbeli t's dlm 3/4 helai dan sebakul souvenier pulak kat sini. Terlupa yang padahal kami nak jalan jauh lagi ni..tak pasal2 memberatkan bag aku je...nyesal pulak.


Shoping baju ala-ala I LOVE ISTANBUL kat sini. Macam2 size n corak ada..harga standard 10TL sehelai. Tapi masa kat SPICE BAZAAR, aku jumpa uncle tu jual sehelai 5TL je, aku rembat la 4/5 helai. Tapi memang kualiti dia beza lah, ofkos yg 10TL tu lagi tebal kain dia. Tapi ada mak kesahh, janji kat baju ada tulis ISTANBUL bukan ISKETAMBOLA...tak gitu??


Pilih jangan tak pilih...harga boleh bincang..


Rajin betul staff tu siap tolong packingkan benda alah tu dalam plastik kecik satu persatu. Buat susah2 je sebab aku bukak balik plastik tu masa kat umah..



Dah siap beli semua kami takde berenti2 dah, sebab nak kejar masa nak naik feri pulak. Bila dah sampai kat jeti tu & tengok laut terus rasa "Wahhh...this is Istanbul"...terus aku cakap omputeh..hihihi


Dari jauh dah nampak GALATA TOWER tu. Kami sempat kesana hari ke 4.



Okay tu saja untuk entry harini, sori sebab tak pandai mengulas cerita jadik panjang lebar tu pasal aku tepek gambar je banyak-banyak, jangan marah ye...heheh

Next entry pasal rentetan perjalanan kami ke BURSA pulak..okbai

6 comments:

  1. turki..antara tempat yg masuk dalam wishlist. nanti kak jengok entry lain cik viva^_^

    ReplyDelete
  2. tak per CV tak pandai nak ulas cerita pun sbb bila tgk gambar pun dah tahu apa yg ingin di sampaikan heee...oh Istanbul...bila trun JM pulak ni..ramai kengkawan opis dh ke sana jugak..sambil tekan keypad mesin ATM

    ReplyDelete
  3. dh mcm cite istanbul aku datang yek hehehe... mmg cantik gambar yg laut tuh dik oi... sernok sampai sana dah yek, jgn lupe tayang lg makanan2 kt sana n tempat yg cantik2

    ReplyDelete
  4. ntah bila nak p instabul ekekeke
    untunglah uols :)

    ReplyDelete
  5. takpe sekeping gambar pun dh bleh mencerita seribu cerita ;p
    tak gi melawat pusara Ahmad Amar ke? ;)

    ReplyDelete
  6. tah sempat ke tidak 'kita' gi IST
    huhu

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺