Monday 26 May 2014

ISTANBUL Trip 2014 :: Day 1 (MH30 KUL/IST & SOKULUPASA APARTMENT, SULTANAHMET)

Assalamualaikum...

First entry untuk kisah perjalanan CV ke ISTANBUL, TURKI (14 - 21 May).

13hb May 2014  (Selasa)

Alhamdulillah hari tu public holiday Wesak Day, jadik takdelah terkejar2 balik keja nak bersiap kemaskan barang sebab flight aku depart pukul 12.30 malam (kira dah masuk 14hb lah). Punyalah banyak bagasi kitorang sampai pening staff tu nak check in kan...hehe. Yelah mana taknya bag berisi makanan pun dah penuh troli.


Malam tu IRFA hantar aku kat KLIA, sempat lah IRFA bawak mak & anak2 pusing terminal dulu sementara nak tunggu aku masuk ke balai berlepas. Tiba2 rasa sayu bila dorang melambai2 dari tingkat atas tu..bajet macam nak pegi studi oversea dah time tu...hahaha


Actually kami punya ahli rombongan seramai 15 orang termasuk kanak2. Dua buah family bergabung meletop & aku tumpang sekaki. Cewahh..pegi jalan2 ngan mak2 orang gitu. Sempat lagi aku menyelit di antara 2 keluarga ni..dorang panggil aku anak angkat..huhu

14hb May 2014 (Rabu)

Flight depart seperti yang dijadualkan, aku dapat window seat, tapi jauh sket dari geng dorang. Sebab aku kan last minute konfem so dorang dah reserved seat awal2 baik punya row. Partner sebelah aku pompuan cina, peramah giler. Dia join grup travel agen ke sana. Tapi dia punya lagi best 9-10 hari punya trip discover Turki. Dia cakap total semua dalam RM5-6K...woww, tak mampu der aku.. tu pasal kami pegi sendiri2 dengan tema Free & Easy...hehe


Flight malam nak buat apa lagi, makan..tido..toilet jelah kejenya. Nak tengok movie pun dah tak lalu, berpinar mata aku sebab skrin kecik...hehe. Maklumler biasa tgk tv LCD kan. Oh ye, lupa nak cakap kapal kami malam tu adalah B777 sama jenis dengan kapal MH370 tu. Aku doa banyak2 siap baca Yasin lagi supaya penerbangan kami selamat sampai ke destinasi.


Selepas 11 jam penerbangan akhirnya kami selamat mendarat di ATARTURK INTERNATIONAL AIRPORT, ISTANBUL. Alhamdulillah...terima kasih encik kapten/pilot & anak2 kapal. Mula2 aku heran jugak apasal banyak kapal parking tepi je.

Rupanya kena naik shuttle bas untuk ke terminal. Aku ingatkan macam kat KLIA ada aerobridge..hehe. Jejak kaki je terus rasa angin sejuk Istanbul yang bersuhu 16' darjah celcius..cess..macam sejuk aircond je


Dah siap semua urusan imigresen, kami berkumpul tunggu transport. Owner apartment yang kami sewa tu dah siap arrange kan transport untuk kami. Jarak dari airport ke SULTANAHMET tu takdelah jauh sangat.


Apartment kami terletak betul mengadap pintu masuk SOKULU MOSQUE. Actually apartment ni takdelah gah sangat macam korang tengok dalam tv tu atau macam apartment LISA SURIHANI dalam filem ISTANBUL AKU DATANG..dia punye view memang cantik.

Kami punya view dari bilik nampak masjid & jalan. Tapi kalau dari rooftop nampak laut Marmara..


Apartment ni nama SOKULUPASA APARTMENT. Inilah yang paling termurah & berbaloi akak tu cakap bila dia survey untuk musim ni. Aku stay dengan family kedua..sebab akak yang ni ada ramai anak pompuan remaja. Ada dua bilik, satu bilik air & dapur, yang penting siap peralatan, tu pasal barang makanan sampai 2 bag besar & berat membunuh tu..


Ni view apartment yang aku stay, 5 orang dok dalam bilik ni tapi kami siap dapat 02 extra tilam..oklah kan. Bag semua letak kat lorong nak ke bilik air. Pastu semua pakaian kami simpan dalam almari sebab senang nak ambik. Sorang dapat 01 compartment, baju sejuk or winter coat semua kami hangar. So walaupun bilik kecik & padat tapi tak serabut.


Apartment yang lagi  satu agak besar sket bagi aku sebab dia ada dua bilik, satu sofa L & dapur. Pattern dia yang buat nampak besar walhal kalau kira dari kaki persegi semua sama je..


Kami kemas apa yang patut & masak untuk alas perut & bawak bekalan keluar jalan nanti. Memang agak padat bila 8 orang stay dalam umah 2 bilik camtu, tapi takpelah..kita datang nak jalan bukan datang nak tido je (ayat untuk sedapkan hati..hehe)


Okay setakat ni saja untuk entri pengenalan, aku sambung kisah seterusnya kejap lagi..nak resize gambar jap..heheh  ^ ^

12 comments:

  1. Bestnya cik viva...berjln sakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheq da,
      Alhamdulillah..merasa jugak sampai kesana..heheh

      Delete
  2. bestnya jalannya ke sana ye....mesti banyak citer tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syawalsimpsons,
      Best tapi penat..banyak cite ni, mungkin sampai 5/6 episod lah..hehe

      Delete
  3. dah sampai Istanbul i is jelez hkhukhuk best nya >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      Rezeki last minute, nanti ada rezeki awk pegilah jugak ye..

      Delete
  4. Seronok juga kakak nak tahu cerita selanjutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,
      Seminggu kat sana mmg banyak sangat cerita, tapi tak mampu nak tulis semua kat sini..tu yg banyak share gambar je..hihi

      Delete
  5. Ohh..inilah trip istembola yang di war warkan sebelum ni..ok..ok..menarik ni..nk sambung baca lagi..ermm CV..nak tanya berapa harga tiket dpt utk naik MAS ke Istanbul ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Ha ah...CV pergi survey dlu pastu balik baru promote kat Irfa..
      Tiket penuh tak pasti lah berapa JM, sebab kami cuma bayar airport tax je.

      Delete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...