Thursday, 4 December 2014

LGK Trip 2014 :: UNDERWATER WORLD + PANTAI CENANG..

Hari kedua (SABTU / 29NOV14)

Pagi sabtu aku keluar round2 kat bandar KUAH tapau sarapan. Pusing2 jumpa kedai makan ni..nampak macam menarik menu dia & harga bagi aku sangat berbaloi. Lokasi betul2 berhadapan depan shopping mall..lupa dah apa nama mall tu.



Kalau ikutkan itinerary asal, pagi ni nak ke TASIK DAYANG BUNTING, tapi atas sebab beberapa faktor seperti kesihatan, usia & cuaca yang tak berapa mengizinkan, maka aku terpaksa tukar plan..suka hatilah aku kan tour leader...hahaha

Hari Sabtu tu kami ke UNDERWATERWORLD dan MAKAM MAHSURI je.

Lepas makan kami terus meneruskan misi ke PANTAI CENANG untuk ke UNDERWATER WORLD. Ayah aku suka tengok channel ANIMAL PLANET. Sepatutnya aku bawak pegi ke WILDLIFE PARK, tapi sebab jauh aku so sempat bawak beliau ke sini jelah. Kira oklah dapat jugak tengok ikan sebesar pokok balak tu..hehe



Tiket dewasa RM30 seorang & warga emas RM24 seorang.


Ayah aku cakap ikan ni kalau buat masak tempoyak pun sedap ni...


Burung kakak tua hinggap di jendela...yang paling memekak haritu..kenapa ntah..


Singa laut ke anjing laut...emmm tak pasti...hihi


View dari bawah kolam Penguin, tak nampak hape pun masa ni..


Ini penguin jenis biasa... SI PINGU




Pekerja tengah bagi PENGUIN MADAGASCAR ni makan sarapan...macam kelako lah tengok dorang berebut2 nak makan..pastu jalan terkedek2...


Jom ke MARINE SECTION pulak..



Si PATRICK Tapak Sulaiman



MR CRAB



Lukisan 3D seakan2 hidup..


Ikan jerung pun ada..


Obor-obor..unikkan benda ni..


Kuda laut 


Udang galah ni pon sedap kalau masak..


Habih dah sesi melawat akuarium. Keluar je nampak kedai souvenier & cokelat la pulak...saje tauu



Apa benda ntah...macam comel je, tu yang aku snap..


Kami ambik kat booth ni untuk diabadikan kat pinggan tu. Nak bagi mak bawak balik kampung sebagai bukti penah datang sini...


RM15 sepinggan...cewahh..


Sebelum ke MAKAM MAHSURI, singgah kejap kat PANTAI CENANG. Panas betul masa ni, nak celik mata pun tak boleh, tapi aku paksa jugak semua turun bawah...heheh







Mak aku nyoping baju untuk cucu2 beliau...


Pasni punya entri komfem ramai yang telan air liur....tungguuu...hehehe..okbai

17 comments:

  1. burung kakak tua tu excited tengok cik viva satu family..hehe.tak mandi-manda ke kat pantai cenang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAL,
      Yeke?? so suweet.
      Tulah, panas berdenting camana nak kuak lentang bagai...heheh

      Delete
  2. Di pantai cenang ada mee rebus rm6 ciput (dgn van) tapi sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknieda,
      Yeke...tapi panas sgt masa tu..nak celik mata pon perit...tak nampak pulak van mee rebus tu.

      Delete
  3. akak pun masih simpan gambar sekeluarga dalam pinggan tu cv..lama dah gambar tahun2005 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Erna,
      Akak pon ada jugak eh...hehe..kenangan lama tu...

      Delete
  4. Gambar di pinggan tu cantiklah CV
    Suka pulak kakak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,
      Nasib muat masing2 nak masuk dalam pinggan tu...heheheh

      Delete
  5. biar panas jgn hujannnn klu hujan mcm payah gak nk bejalan2 kan
    tapi klu dh pnas sgt smpi demam2 plak ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... tulah, perubahan cuaca..panas betul kat sana sebab pulau kan..

      Delete
  6. weiiii cantik jugaklah tempat ni... tahun depan masa Ironman Langkawi kena cuti lama sikit lah nampaknya... kena jalan2 kat Cenang...

    (I think your dad sikit sama macam ai... kalau nampak kambing yg terbayang ialah kari kambing hahahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib,
      Saya pon igt nak pegi lagi nanti, tapi nak stay kat Cenang & nak santai2 je...barulah feeling2 Bali gitu...hihihi

      Delete
  7. tegk ikan je mesti igt nak gulai tempoyak, hahaha

    ReplyDelete
  8. Boleh memancing x kat underwater world tu? He He He...

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺