Thursday, 30 January 2014

Bila Nak Diet ni???

Adess...bila lak nak kurus & slim melim cam Yuna nih. Aku rasa dia mesti pakai seluar saiz 27..kan Irfa??? ehem..ehem..


Tensen je bila nak carik baju & seluar, baju dah cantik dah..berkenan gila2 siap hentak kaki..sekali takde size yang kita nak..huhu. Sakit pulak hati kite..huhh

Haritu ada hati la kononnya beli seluar kat online shop, terpengaruh gara2 suka membelek IG. Dah la kena tunggu lama sampai seminggu lebih sebab ada masalah teknikal, sekali bila dah sampai barang, aku boleh terkejut macam kena karan dah sebab tengok seluar tu punya cutting kurus giler..siott. 

Tak puas ati sampai aku gado2 manja ngan budak yg jual tu. Silap aku jugak aku tak try dulu tapi terus wassap dia cakap suar tu kecik. Rupanya memang suar tu pattern skinny, sebab tang pinggang & pinggul sedang elok tapi cutting bawah dah jadik cam legging. Tapi kat dalam gambar lain, takde la skinny gitu. So caner aku nak pakai tuh..huhu. 

Adik aku dah gelak sakan nak pecah perut bila tengok seluar tu...dia cakap ada hati nak beli online..puihhh

Okay..finee!!

Azam kami tahun ni nak diet, nak turunkan berat badan tapi apakan daya...takpe baru sebulan, kami ada lagi 11 bulan untuk buktikan yang kami BOLEH...yess!!!


Aku share kartun ni kat wassap, nangis adik aku baca...(sebabnya itulah kami....hahaha)

Tuesday, 28 January 2014

Resepi NASI ARAB MANDY..

Harini ada acara masak2 nasik arab kat office, kebetulan kami dapat beras basmathi original dari DELHI. Terus google resepi nasik arab ni & jumpa satu resepi kat blog Dapur Digital. Nampak macam senang je cara masak tu, jadi dorang follow je resepi kat situ.


Ni gambar nasik tu bila di close up...menarik tak?? Terbaiklah sambal @ tomato salsa tu..walaupun nasik arab ni takde kuah tapi tetap sedap lagi lazat dengan adanya sambal ni..


Disini aku nak share cara2 membuat sambal TOMATO SALSA je. Untuk resepi cara2 nasik & ayam tu korang kenalah tengok sendiri kat belog tersebut..heheh

Bahan-bahan
  • 2 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji cili besar
  • 5 tangkai cili padi
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit garam
  • Jus lemon
Cara2
  • Kisar semua bahan diatas dengan perahan jus lemon tapi jangan sampai terlalu hancur.
#Terima kasih kepada tuan punya blog Dapur Digital untuk resepi nasik arab yang mabeless ni..

Wednesday, 15 January 2014

Tampal Nama & Nombor kat Baju..

Dah lama nak tengok cara orang tampal nama & nombor kat baju, kebetulan pulak kakak2 opis cite dorang buat jersi anak2 kat satu kedai yang baru bukak kat bazar sementara kat pekan tu. Jadi untuk percubaan, aku test buat kat jersi anak buah aku si abam, hero Irfa .Kat kedai ni banyak jugak jersi murah2 tapi takde saiz untuk budak, ingat nak belikan abam jersi Red Warriors, tapi takde la pulak..


Jadi aku jalan depan sikit jumpa la satu kedai ni yang jual baju jersi Nike yang harga RM5 je sehelai. Macam2 kaler ada, tapi semua neon kaler lah..aku sambar kaler oren selai. Kos tampal nama siap nombor RM8 untuk IRFAN / 9. Satu huruf - RM1, satu nombor - RM3.


Pasni aku ingat nak buat lagi baju camni, nak bagi kat semua anak buah aku yang lain, biar dorang sayang makcik dia lebih sikit...hahah. Lagi satu, ni kalau Irfa tengok cara dorang tampal nama ni, mesti dia kagum gilerr..hehe (gurau jerrr..hahaha)

Monday, 13 January 2014

Tayar Meletop..hati-hati

Semalam aku follow akak2 opis pergi GM Klang. Plan asal nak pergi besok sebab public holiday, sekali kononnya masing2 dah tak dapat menahan perasaan nak kesana tu, jadi tukar tarikh kepada Ahad semalam. Last minit kakak yg dah selalu pegi yang kami lantik sebagai penunjuk jalan tu tetiba pulak tak dapat join sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Maka kami berempat tetap gigih meneruskan misi kesana walaupun dengan hanya menggunakan kuasa GPS..

Kami memilih untuk guna jalan Nilai-Banting sebab akak tu cakap senang lalu sana takde tol. GPS pun cakap benda yang sama..turn left..turn right. Masing2 ceria sebab dah nampak dari jauh sebesar2 signboard GM Klang tu. Tetiba2 masa lalu depan Aeon Bukit Tinggi yang sebesar alam tu, sekali kami dengar bunyi benda meletop..kebabomm...Apakah??

Keta mula goyang, cepat kakak yang drive tu slow2 berhenti tepi pembahagi jalan betul2 depan Aeon Bukit Tinggi yang sebelum trafik light u-turn tu.


Rupa-rupanya tayar belakang  keta yang sebelah kanan tu dah meletop. Tayar tu dah pecah dah terbelah, gara2 tayar bengkak. Cer check tayar kereta anda, ada tak yang kes bengkak gitu. Mekanik pernah cakap kalau tayar bengkak tu sebab dah expired, jadik kenala cepat2 tukar..bahaya..

Sementara tunggu bantuan, kami dah macam udang bakar dah kat situ sebab sampai 03 jam menunggu. Selepas sejam pertama  menunggu, akhirnya pihak insurans hantar sorang mekanik konon nak betulkan tapi boleh pulak dia datang tapi tak bawak peralatan yang sepatutnya walhal akak tu dah bagi semua info. Dia cakap takleh buat sebab jek kecik, pastu keta besar..blablabla..

Jam kedua, akak yg lagi sorang ni pergi carik bantuan kat mana2 workshop terdekat sebab kami dah buntu. Aku & akak driver tunggu je kat kereta, tetiba ada sorang brader ni berenti nak menolong. Alhamdulillah.. dia try jek keta tu sampai terangkat. Laa..boleh la pulak, bistu apasal mekanik tadi cakap tak boleh?? Grrrr...bikin panas betul..

Gigihlah brader tu cuba nak keluarkan tayar spare kat belah bawah keta tapi malangnya gagal  Kebetulan pulak akak yang pergi carik workshop tadi sampai kat kawasan kejadian dengan sorang mekanik. Sebenarnya mana boleh keluarkan tayar spare camtu je, kenalah ada alat untuk bukak skru dulu. Brader tadi dah surrender sebab ada yang lebih pakar datang menolong. Apapon terima kasih byk2 sebab sudi tolong kami...


Kalau sapa2 ada yang ternampak kami semalam tu, harap maaf ye jika mengganggu lalu lintas anda..benda nak jadik sapa tau..inilah yang dikatakan malang tak berbau..huhu

Inilah rupa tayar yang pecah tu...scary bukan?? Aku terus insaf, dan-dan nak balik umah check tayar keta, risau kot jadik benda yang sama. Dahla keta aku kecik comel je..mesti hilang kawalan.


Dah siap tukar tayar spare, kami gerak ke kedai tayar pulak untuk double check. Alang2 dah kat sana akak tu terus tukar tayar lain, tapi ambik yang secondhand jelah dulu. Tak semena2 terbang RM100 untuk tragedi pagi tu..hehe.

Alang2 menyeluk pekasam, misi mesti diteruskan jugak. Kami langsung bergerak ke GM Klang tu. Dekat je dari Aeon Bukit Tinggi tu, dua kali roundabout dah sampai..

Ni diaa...sampai dahh


Berapa tingkat pun aku tak sempat nak kira dah, jalan je, masuk lorong ni, masuk lorong tu. Last sekali baru aku sedar yang aku tak beli apa2 pun, sebab aku bayangkan tempat ni ada banyak kedai jual baju kurung & blouse, tu yang bila dah jumpa kedai, takde saiz pulak, tak berkenan pulak..huhu..

Kat sini yang banyak jual pada pandangan mata aku adalah seperti baju budak, handbag, tudung, baju lelaki, baju muda-mudi, baju akak-akak & macam2 lagi. Banyak sangat kedai sampai sakit aku jalan dah. Yelah, nama pun pusat pemborong kan, kalau nak dapat harga murah kenalah beli borong.


Dorang pun takdelah banyak memborong pun sebab katanya ni baru sesi perkenalan, mungkin dorang nak datang lagi kot pasni. Aku rasa aku takdelah sempat menjelajah ke seluruh pelusuk GM ni pun sebab dah penat sangat dengan kejadian tayar meletop tu. Jadi mood dah kurang..heheh

Saturday, 11 January 2014

Novel The Wedding Breaker vs Drama Ariana Rose..

Tengah hot drama Ariana Rose ni sekarang kat tv, berlawan2 dengan dengan BKATC tu. Hari2 aku dengar orang kat office ni dok sebut nama Tengku Adam Kamil & Jebat..sampai terngiang2 kat cuping telinga aku dah..


Diadaptasikan dari novel The Wedding Breaker, hasil karya penulis Evelyn Rose. Tajuk asal ditukar kepada Ariana Rose bersempena nama watak heroin dalam novel tu. Pelakon dia Fathia Latiff (Ariana Rose) & Keith Foo (Tengku Adam Kamil). Haritu novel ni ada dua bijik kat rumah, member aku punya lah tapi aku tak baca pon, sebab aku tengok tajuk dia macam omputih sangat kan, so tak minat lak nak baca..heheh..boleh gitu. Rupanya citer dia bestlah, rugi pulak tak baca time tu..


Friday, 10 January 2014

Singgang Ikan Tongkol ala CV..

Selamat datang ke belog masakan CV..cewah!!!

Aku bukan selalu masak pon, setakat masak goreng-gorengan bolehlah. Tapi aku kalau masak memang takde sayur, bukan sebab aku tak anti sayur...tapi entahlaa dah terbiasa makan lauk je kot..hihi. Tapi kalau housemate aku masak siap lauk, sayur semua bagai..rajin dia.

Hari tu tetiba tekak rasa macam nak makan masak lemak gulai ikan tongkol, aku pun dengan rajinnya bangun pagi2 pergi pasar tani konon nak tapau je lauk ikan kat gerai Kelantan tu je, sekali terlambat so gerai pun dah tutup..huhu.

So next plan, pergi kedai runcit beli ikan tongkol sekor..hmm mahal jugak ye, sekor yang size dia besar lengan aku (cube bayangkan lengan aku besar mane ye...hehe)..harga dia RM10.60 sekor dan aku pon tak tau lak itu ikan tongkol putih..ooo lain eh dengan biasa??

Memandangkan aku tak berapa pakar masak gulai lemak tu, so amik jalan mudah je iaitu masak singgang je. Aku capai cili, serai, lengkuas blablabla. Tapi tetap tak konfiden walaupun orang cakap petik jari je kot nak masak singgang ni...jadi aku kol mak tanya nak letak serai ke tak? Mak cakap yelah...baiklah mak..hihihi

Cili merah tu masuk je sebijik2 camtu sebab nanti bila nak makan nanti tenyeh2 ia dalam nasik, barulah ummpph...hehehe


Kami kalau masak2 kat rumah memang wajib ada budu, tu yang kadang lepas dah siap masak baru perasan yang  budu dah abis buleh sasau jap. hehe. Tu yang kalau balik kampung kena beli sedozen standby stok kat rumah sewa. Kena pulak makan lauk singgang ni, pehhh...memang kombinasi yang mantap..tak pandang kiri kanan dah..


Nak resepi ke??? Takyah lah..malu i..hehehe.

Friday, 3 January 2014

Cerita di Malam Tahun Baru..

Kejadian ni terjadi secara tak sengaja, kami sebenarnya dari Alamanda petang tu saja jalan2 cuci mata kat sana. Otw balik tu aku rasa macam nak pusing2 dataran dulu kononnya nak tengok orang. Memang takde niat nak singgah sebab aku tau mesti crowded giler sebab malam kan tu ade konsert di ambang tahun baru tu. Masa tu baru pukul 8.30 lah lebih kurang. Tak sangka pulak bila aku sampai sana tu, aku tengok line macam clear je, parking pun banyak. So kami pun drop la situ atas desakan adik aku..tapi aku dah bajet untuk mengelakkan kesesakan parking, jadi aku park dekat dengan jalan keluar, so nanti takdelah susah nak keluar...heheh

Firstime pergi tengok konsert sebenarnya, jadik tidak ku tahu yang sebegitu sesak bila konsert dah mula, aku rasa macam nak sound je dorang2 yang suka berdiri sampai menghalang pandangan kami yang tengah duduk tu, belum lagi campur dengan orang yang lalulalang kat sebelah aku. Ingat tu laluan pejalan kaki ke?? Grrr..


Rupanya sebelum konsert tu ada pelancaran Putrajaya Lighting Festival. Cantik sangat bila dorang buat show lampu kat bangunan Istana Kehakiman kat sebelah tu. Aku sebenarnya memang kagum giler dengan rekabentuk bangunan2 kerajaan kat Putrajaya tu..seriouss


Kitorang ni sebenarnya sedang menahan diri daripada terkucil dah time tu. Nak carik toilet tak tau kat mane dah..huhu. Aku ajak adik balik je lepas Jamal & M.Nasir tu nyanyi tapi dia nak tunggu Ella katanya. Aku piker kalau tunggu sampai habis show ni konfem20 la jalan jem. Malas aku lah. Setakat nak tengok bunga api, kat perumahan aku pun ada..


Pengacara konsert malam tu adalah FBI & Fafau. Aku tengok Fafau dari jarak dekat kan, kecik je tak macam kita tengok dia dalam tv tu. Ntah nape dorang suka cakap dia "drumstick". Aku tengok biasa je, kitorang lagi besar kot..hahah


Best tapi menyeksakan bila time nak balik tu sebab terpaksa mengharungi ribuan orang kat dataran tu. Yelah, show tengah on kami dah nak balik, jadik nasib la kena "tumpang lalu" ditengah2 ribuan khalayak tu. Nasib baik gelap, kalau siang konfem aku stay je sampai habis konsert, malu kot..

Thursday, 2 January 2014

2014 :: Aku dan Azam..

Selamat Tahun Baru 2014 semua!!! Yeyyy

( 02-01-2014 ) Hari kedua di tahun 2014. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita & lebih baik dari tahun2 sebelumnya..in shaa Allah. Umur pun semakin lama makin bertambah..huhu. Azam baru aku masih lagi sama dengan azam lama. Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk hambamu ini..aminn


Apa pula azam anda? Sila kongsikan bersama CV..heheh