Wednesday, 30 September 2015

PENANGAN POLIS EVO..EVO..EVO..


Tak penah2 aku rasanya aku tengok wayang cite yg sama sampai 2 kali camni hah..

Malam sebelum balik kampung haritu sempat jugak larik kejap pegi AEON S2 dengan adik aku semata2 nak tengok cite POLIS EVO ni...dalam hati mintak sangat2 supaya cite ni tak mengecewakan kami sebab bila aku baca review semua cakap cite ni BEST WOOO!!!

POLIS EVO mengisahkan 2 orang inspektor polis dalam misi membanteras kegiatan pengedaran Syabu Naga yang berpusat di Terengganu. Jadi dalam cite ni Zizan memang cakak ganu 100% lah..


Jangan kejut harimau yang sedang tido..
Salah masuk jalan nanti susah untuk hidup..
Jangan korbankan harga diri kerana ego,,
Salah nanti kena tangkap dengan POLIS EVO..

Ke kiri ke kanan..
Hati hati bila di jalanan..
Di sini di sana..
Cari kawan jangan cari lawan..

Nak di jadikan cerita malam Ahad haritu IRFA pulak belanja aku tengok cite ni lagi sekali sambil temankan dorang anak beranak tengok wayang..aku kan pemandu upahan...hihi

Walaupun dah tengok kali kedua tetap jugak aku tergelak tengok gelagat polis 2 orang nih..

Hmm...rasanya tak mungkin aku seorang yang mudah terhibur...ngeeee


Aku tahan diri dari jadik pencerita dalam wayang malam Ahad tu...risau gak kot ada orang menyampah, karang tak pasal2 kena baling dengan popcorn pulak..heheheh

Banyak scene yg buat aku gelak antaranya scene Insp Khai (Shaheizy Sam) makan malam kat rumah Insp Sani (Zizan Razak)..serius kelakorr wehh dan scene dorang berdua dengan si abam seksi Mat Yam (Amerul Affendy).

Harap lepas ni pengusaha filem melayu buat filem yg berkualiti macam nilah...baru lah penonton tak rasa rugi bayar tiket wayang yang berGST itteww...

Okbai...

Sunday, 27 September 2015

CERITERA AIDILADHA 2015 KAMI..

Lepas ni entri sekali sebulan jelah kot kat belog ni..heheh

Ni entri pendek pasal kisah raya AIDILADHA kami tahun ni..alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan utk menyambut raya haji lagi tahun ni. Taon lepas kami beraya di perantauan kalau sapa masih ingat..heheh

Kami bertolak balik ke kampung pagi hari SELASA. Agak padat jugak seketul Myvi adik aku haritu dengan muatan 2 dewasa (yg berat seorang dalam 70++), 1 remaja bersama 2 kekanak. Nasiblah sapa yg dok belakang tu..hahaa


Perjalanan balik kampung kami kali ni berkonsepkan free & easy..santai je. Jadi kalau rasa mengantuk...berenti kejap lelap mata. Kalau rasa nak terkucil..cariklah mana2 ciktan yg bersih dulu...jgn main berenti je..nanti tak jadik nak membuang...eewwwh..

View yg sangat biasa bg kami sepanjang perjalanan..bukit bukau..ladang kelapa sawit. Tapi dengan adanya highway baru ni melancarkan perjalanan kami..alhamdulillah..


Stereng terus bertukar tangan setiap kali transit..berebut stereng dgn irfa tetiba..huhu

Singgah beli ni masa lalu kat Merapoh tu...alaa..gerai2 yg byk jual jeruk2 tepi jalan tu.


Sorong papan tarik papan..
Buah keranji dalam perahu..

Satu plastik ni rega RM10..terkezut mak jap..

Singgah solat zohor kat sini...tapi tulah musim raya ni..orang Q nak masuk toilet sampai ke luar. Banyak bas ekspress transit kat sini...



Alhamdulillah kami sampai juga kat kampung dalam pukul 4 ptg..rindu rumah ni....

Nampak tak ramai dh y balik...woohooo


Malam raya tu kami buat BBQ ayam pastu jemput jiran2 & sedara mara datang rumah sebab dah tau besok2 konfem dah makan daging je sebulan. Alhamdulillah dengan bajet 10 ekor ayam memang ngam2 je dgn tetamu yg datang...


Malam tu macam biasa aku jadik tukang bancuh air & basuh pinggan je. IRFA pulak bahagian customer services & adik pompuan aku bahagian photographer aka selfie...krikk..krikk


Pagi raya kami...berbackgroundkan dinding luar rumah..


Macam biasa gambar memang tak complete je sebab ayah aku bizi pg join orang sembelih lembu korban tu yg tak sempat nak ambik gambar raya tu..


Ni pic masa kami pegi beraya rumah kakak sepupu..best sgt sebab dia buat pangkin kat luar rumah camni...feeling2 macam berkelah kat tepi pantai je..


Mana2 rumah pun kalau pegi lauk sama je..sup tulang, singgang daging, daging bakar, daging goreng. Oh ye...taon depan aku suggest sangat tuan rumah sediakan pencungkil gigi...hehe


Kami gerak balik sini hari Sabtu pagi..sesudah subuh...huarghhh mengantuk. Penuh bonet keta sebab mak bekalkan kami dgn macam2 kiriman..

Aku request daging salai ni je..


Harini IRFA masak nasik arab guna apa y mak kirim semalam....lalalala


Ok, tu jelah kisah raya haji kami tahun ni...takleh nk taip banyak2 sebab intenet tersangat limited...huhuu

Tuesday, 15 September 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN...

Sejak dah tukar profession sementara jadik petani moden ni..aktiviti dlm sebulan ni adalah mengukur keluasan hektar mall2 yang berhampiran & memenuhi selera anak tekak di kedai makan @ restoren jelah kejanya...heheh

Review untuk warga penduduk NILAI/SEPANG...

NASI AYAM PENYET @ BONDI RESTOREN, NILAI


Ayam Penyet dia memang superb..kalau sebelah malam restoren ni full house di waktu perdana 8 - 10 malam. Port makan biasa dgn adik & jugak sekutu...

Harga sepinggan ayam penyet ni RM6


SEOUL GARDEN @ PALM MALL SEREMBAN

Sista outing day last week..belanja adik pompuan bongsu aku sempena birthday beliau yg ke 21..sweet 21 katanya..

Harga seorang dewasa (lunch) adalah RM36


MEE UDANG D'LAILA @ MAA SANTAI CORNER, NILAI

Kami kesini hasil dari review fb page PSDN (Kelab Warga Penduduk Sepang & Nilai)..

Ekceli deko menu dia menyelerakan dengan udang dok bersusun penuh tertib dalam mangkuk sebenarnya kalau kita makan kat situ. Tapi ni sebab tapau..udang pun dah tak sekata lah..

Harga semangkuk mee udang ni adalah RM14.

HANITH LAMB @ AL JAMAL RESTOREN, NILAI

Restoren arab ni terletak di tingkat atas dalam kawasan pasaraya Giant Nilai. Ini adalah cadangan restoren makanan Arab kat selain dari Restoren AlZahra (Inti Kolej) & Marhaban Bikum, Dataran Nilai.


Aktiviti harini...ke MITSUI ke kitaa..


M.A.D! RESTAURANT @ MITSUI OUTLET PARK, KLIA

Restoren ni kat tingkat 1 berhadapan dengan foodcourt. Harga makanan sesuai dengan deko restoren yang cantik/moden dan staff dia yang sangat sopan santun itu.. #tolongtarikkerusiakak2


IRFA cakap bila dah tak keje ni..dah tak berapa rajin nak bukak laptop, nak bukak @ update belog sebab feel dia lain dgn pc kat opis...huhu

Jadi kalau update belog pun hanya cerita pasal makan jelah...hehehe..sabar jelah..

Thursday, 3 September 2015

SEPT2015 :: BUKU BARU..MUKA SURAT BARU..KIPIDAP..DONGIBAB..

Assalamualaikum semua...aku kembali bersiaran selepas 02 minggu cuti bermuhasabah diri @ berhibernasi. Harap ada yang rindu...heheheh


25hb Ogos (Selasa)

Hari terakhir kami kat opis, not so bizi cuma aku clearkan apa2 backlog yg ada je. Taknaklah ada isu berbangkit nanti. Hati rasa sayu plus sebak sangat sebab terpaksa tinggalkan semua kenangan kami kat sana..uwaaaa

Konfem aku akan rindukan semua akak2 opis semua lepas ni...sebab lepas ni dah susah nk jumpa dan kalau jumpa pun mungkin dah tak seakrab sekarang..percayalah..

Miss u pc... #rindunakketukketukkeyboard


 26hb Ogos (Rabu)

Lapor diri jap ke pusat ECC (Exit Centre) untuk buat semua urusan clearance & penyerahan kembali apa2 hak kepunyaan syarikat. Jumpa IRFA kat sini...gelak2 sambil mengimbas memori masa mula2 aku masuk keje dulu..kelakar lak..heheh

Dah tinggal sarung je..id semua dah kena bagi balik kat dorang...huhuuu

"Pulangkan..pulangkan...pulangkan....."kata MK


27hb Ogos (Khamis)

Officially sebagai penanam anggur terhormat. Tapi aku tetap bangun awal macam nak pegi keje gituu. Maklumlah dah terbiasa bangun time2 camtu..

Nak habiskan masa satu hari tu serius bosan gilerr. Feel dia lain tak sama macam hari cuti aku biasa. Tengok TV..pastu TV tengok aku...jap2 tenung ceiling sampai nak tembus bumbung..

28hb Ogos (Jumaat)

Hari kedua sebagai penganggur terhormat. Rutin masih sama cuma eksaited nak tggu petang sebab malam tu kami ada last farewell kat SAMA-SAMA HOTEL, KLIA.

Kiranya ni perjumpaan terakhir kami sebelum masing2 punya kerjaya baru. Best sgt rasa bila dapat borak2 dengan dorang..mcm dah setahun tak jumpa...hahaha

Kelakar bila masing2 dapat hadiah EXCHANGE GIFT tu. Kena paksa bukak hadiah time tu jugak. Nasiblah sapa yang bagi hadiah yg tak sepatutnya tu..hahaa. 

Ada yg dapat mangkuk tingkat, periuk comel..hehee. Aku dapat frame ala2 ikea gitu..tq pada yg memberi..


~ Pantun dua kerat ~

" Bergelak-gelak dahulu..menangis-nangis kemudian...huhuu "

Pada new co staff...KIPIDAP!!
Pada old co staff...DONGIBAB!!