Wednesday, 16 January 2013

SEHARI di BANDAR HO CHI MINH, VIETNAM (Part 1)

Actually ini 2nd time aku pegi sana (1st time on March12 tapi mase aku belum ade blog...huhu). Time tu kami sempat jugak la one night stay tapi trip kali pergi balik hari je. So this is called DAY TRIP TO HCMC with CIKVIVA....hehe


Penerbangan dari KLIA ke Tan Son Nhat International Terminal, Vietnam hanya mengambil masa lebih kurang tolak campur dalam 02 jam jugak la. ...


Kami sampai sana pukul 11 pagi tapi waktu dia baru pukul 10 sebab jam dia lewat sejam dari kita. So kita dah jimat sejam. Airport dia takdela sebesar KLIA dan pegawai imi dan kastam dia semuanya serius...tarak senyum punya olang maa....

Kalau yang pertama kali sampai airport ni mesti terkejut sebab korang akan tengok betapa ramai manusia kat arrival hall tu macam nak sambut menteri datang je...tetibe rasa diri ini macam artis lalu karpet merah...serius ramai...


Yang paling aku tak gemar adalah airport toilet dia yang takde paip tu, kena tadah air kat sinki jadi botol air mineral sangat diperlukan di sini..hehe. Biasalah aku sebagai rakyat malaysia haruslah tak selesa sebab toilet kat negara kita kan sangat kaya dan mewah dengan air kadang2 tu sampai takleh tutup..otomatik je air tu flushing...hehe...

Kali ni kitorang try pergi BEN THANH MARKET naik public bas pulak. Kami terjah je naik bas tu sebab ada tulis nama2 tempat termasuk Ben Thanh kat cermin bas tu. Tambang bas kesana cuma VND5000 bersamaan Rm1 je rasanya...kalau naik airport cab pun baru VND127k..takpelah sesekali nak merasa naik public transport kat negara orang..


Aku rasa kat sana motor lagi banyak dari kereta kot sebab banyak giler orang naik moto terutama skuter, tapi yang buat menarik sebab dorang punya helmet tu macam2 pesen. Semuanya comel2 pastu siap pakai mask dan handguard lagi..

Yang aku kagum sebab dorang bawak kenderaan ni tak kisahla motor ke,kereta ke, bas ke, semua sangat bertolak ansur di jalan raya..dorang bagi amaran pakai hon je. Bunyi hon melantun je sepanjang jalan. Trafik agak sesak tapi kalau tengok dari belakang sebijik macam pegi konvoi motor. Tapi yang best sebab masing2 tau bila nak slow dan bila nak laju. Aku tengok ade je yang selamba tukar lane or cross jalan gitu je...tak pulak kena langgar...


Sepanjang jalan tu tengok macam2 dorang jual..ade yang jual kasut, baju, helmet, makanan dan lain2...pendek kata semua orang nak berniagalah..

--- to be continued---

1 comment:

Have a nice day... ☺