Friday, 13 September 2013

OFFICE FAMILY DAY 2013 :: GOLD COAST MORIB, SEPANG..

Tahun ni dept aku dan IRFA dah bergabung di bawah satu pengurusan. Jadinya bila ada apa2 function yang besar-besar secara otomatik kami akan berjumpa contoh macam jamuan rumah terbuka hari raya & hari keluarga yang diadakan di GOLD COAST MORIB, SEPANG hari Sabtu lepas.

Masa aku dapat email pasal family day ni, aku tak bajet langsung yang IRFA nak join sama sebab aku tau dia selalunya tak berapa minat dengan aktiviti camni. Jadi aku kawtim dengan sorang officemate jugak konon kami nak balik hari jelah masa function tu.

Sebab dorang bagi pilihan samaada nak pakej bilik @ tidak. Memandangkan kami punya niat asal kononnya nak main kat waterpark dia je, so kami pilihlah untuk tak ambik bilik lagipon Morib dengan rumah takdelah jauh mana..(walaupun dalam hati sebenarnya agak menyesal sebab tak ambik pakej bilik tu..huhu)



Tapi kami saja lah standby bawak baju mana lah tau kot2 ada bilik yang sudi tumpangkan kitorang tido malam tu, bukan apa aku risau kalau2 function habis lewat, takkan nak drive balik pulak..tapi kalau terpaksa apakan daya. Nasib kami baik sebab ada kakak ofismate aku yang tersangatlah baik hati sebab dia offer kami tumpang apartment dia sebab ada extra 01 bilik kecik. Kebetulan dia dapat apartment yang ada 03 bilik. Alhamdulillah...terima kasih kak..syukrannn...

Alamak...panjangnya intro aku niii...hahah..takpe sebab lepas ni aku nak tepek gambar je banyak2..



Lepas daftar & sarapan bihun, majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik..aku tengok masing-masing bersemangat menari gangnam & poco-poco termasuklah Irfa. Aku try jugak menari tapi susahlah sebab tak dapat nak tangkap step akak instructor tu..apapun kami kagum tengok dia..mantap weii..



Dah habis senaman, terus kepada acara telematch untuk kategori dewasa & kanak-kanak, tapi aku tak masuk satu game pun sebab aku nak bagi can kat Irfa & family join game tu semua.. tu yang dia dapat banyak tupperware tu..



Sementara kami semua makan, kami dihiburkan dengan kehadiran icon kanak-kanak si UPIN & IPIN tu. Sampai penuh stage kena serbu dengan peminat cilik mereka..nasib baik tak runtuh stage tu.

Ada lagi sorang artis jemputan, orang lama ni..akak SHEEDA dangdut..nasib baik masa dia perform takde yang angkat kaki..semua enjoy dengan persembahan dia..maklumlah akak2 kan..ramai pulak yang bergoyang sama.. Heyy!!! marilah bergoyangg...


Kami check-in bilik dalam pukul 2 lebih kot lepas makan tengahari. Apartment tu bagi aku cantik sangat. Sesuai sangat la kalau kita datang satu family sebab dia ada 02 bilik besar (dua katil) & 01 bilik kecik (01 katil). Bilik utama tu ada bilik air sendiri. Harga semasa mungkin dalam 4++ kot..


Petang dah masuk time untuk free & easy, mak ayah dah boleh bawak anak-anak turun main air kat water park. Sedikit info, harga tiket masuk waterpark jika walk-in adalah RM30-35 (dewasa) & RM20 (kanak-kanak) rasanya.


Dinner start pukul 8 malam, jadik semua kena turun awal nak cop meja.  Ada yang pilih dekat stage (dgn harapan kalau dapat lucky draw takdela jauh nak jalan..hehe) & ada yang pilih dekat dengan meja buffet (yang ni untung sebab tak payah nak beratur panjang). Kami memilih untuk duduk kat meja tengah2..tak jauh & tak dekat..yang sedang2 saja..


Malam punya show di mulakan dengan kata2 aluan dari brader MC yang diterbangkan khas dari Hawaii ni..


Brader MC yang meriah dengan tema Hawaii..siap bertopi buah-buahan & kalungan bunga plastik..hehe


Anak2 remaja dari kelab tarian kpop menari ala-ala GIRL'S GENERATION gitu..


Ada persembahan dari artis baru..nama dia WANA. Maklumlah sekarang ni ramai sangat artis baru...ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...tapi kalau budak2 AF memang konfem la aku kenal....hehe

Aku tunggu sampai habis majlis dengan harapan no tiket aku menang lucky draw malam tu. Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab langsung tak bertuah..huhu. Kakak opis yang duduk semeja dengan aku dapat Ipad Mini sebijik...untunglaa..

Besoknya kami checkout awal sikit dari orang lain sebab member ajak singgah beli DRAGON FRUIT yang banyak dijual sepanjang jalan Sepang tu...4 bijik sepuluh ringgit...mahal ke murah??


#Akhirnya dapat jugak aku buat entri pasal family day ni..walaupun dah seminggu tertunda...yey!!

12 comments:

  1. Ada lagi buah naga ye cv..lama dah tak beli buah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak, kat area sepang/sg pelek tu banyak lagi ladang dia..

      Delete
  2. watammat :)
    emm lawa bilik apartment tu,buleh bawak ma ayah lepak sini hujung tahun nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu..mintak ciksepet sponsor...lalala

      Delete
  3. wah, kelas korang eh. dari Hawaii lagi tu. err, depa nyanyi lagu bahasa apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang nyanyi laguuuu..."Lagu tiga kupang, saku penuh padi, enam ekor burung, masuk dalam kuali"..hehe

      Delete
  4. Wahhh meriahnya....
    Terliur tengok buah naga tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat buah naga tu...tangan melekat kaler pepel..hehe

      Delete
  5. 2 in 1 raya + family day.... jimat budget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..takdelah, silap taip tu. Bukan combine raya dgn family day sebenarnya..huhu

      Delete
  6. mcm best mahal tak penginapan kt sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang ckp kalau bilik studio satu katul queen tu siap jakuzzi dalam rm200. Tapi pantai dia tak best sebab takleh mandi..sebab tu dorang buat waterpark tu..

      Delete

Have a nice day... ☺