Monday, 30 September 2013

Kenapa BLOG takde butang LIKE..


Kenapa blog takde button LIKE macam kat fesbuk??
  • Sebab blog tempat kita share gambar, cerita & kisah2 menarik dalam hidup kita sekaligus tempat kita mengabdikan kenangan untuk masa akan datang. Bila orang baca, mereka boleh komen & bagi pendapat pasal entri kita tu. Maksudnya kalau kita LIKE kenalah komen (sepatah dua kata) dan baru lah tuan punya blog tau yang kita singgah blog dia...
  • Kalau kat fesbuk, ramai yang akan baca status terbaru kita tu, tapi tak suka komen sebab nanti penuh pulak notification box disebabkan oleh komen berantai dari orang-orang lain yakni kawan kepada kawan kita. Jadi sebab tulah mereka ada pilihan untuk LIKE je status atau gambar tu.
Aku ada "kawan" yang memang kaki LIKE kat fesbuk, maksud aku dia pengumpul LIKE, jadi setiap kali dia post gambar atau apdet status dia akan selalu check berapa banyak LIKE yang dia akan dapat. Dia kata itu satu kepuasan bila ramai yang LIKE..hurmmm.. apakah??

Jika blog ada button LIKE:

Follower ramai tapi kurang komen sebab ramai yang baca & tekan LIKE je..
Tapi yang bagusnya, kita akan tau berapa ramai orang yang baca entry kita tu berdasarkan jumlah LIKE.

#Kalau LIKE entry ni, sila taip LIKE...hehe

Thursday, 26 September 2013

Kenapa aku tak suka CINTA JANNAH...


Hahah...tajuk cam bagus je kan. Kalau tak suka tengok, takde la setiap petang aku ni setia dok ngadap tv tu semata-mata nak tengok drama Cinta Jannah tu..lalala..

**Aku dengar rating drama ni masa episod akhir adalah 4.2 juta org....wow!!

Tajuk sebenar entri ni adalah...... "Kenapa...kenapa...kenapa??"

Kenapa perlu ada cite pasal mak Izaril kononnya ada affair dengan Razak sampai dorang ada baby yang bila besar jadik Sufian yg ayah Jannah nak kahwinkan dengan Jannah tu...

**Walhal aku rasa cite pasal tu takyah ada pun takpe kot sebab buang masa je dan bila ending takde pulak tunjuk kesudahan mak Izaril, Pakcik Razak dan Sufian tu....tak paham arr...

Kenapa nak tunggu sampai 9 tahun baru Jannah jumpa balik dengan Izaril?? Lama tuu.....anak pun dah darjah tiga. Tapi aku dengar director dia cakap penantian tu satu penyiksaan...so dia saja buat sampai 9 tahun..ooooooooo

Bila masa pulak mak Izaril tu kena strok sampai kena naik wheelchair?? Tak cite pun part tu...

Baik pulak si Damia tu nak stay kat rumah Izaril siap tolong jaga mak Izaril tu, ehh..dia takde life ke?? Okay...paham yg dia kena halau dengan parent dia sebab kes dia terpregnant tu...Nak menumpang kasih lettew....hihih

Okay..yang paling pelik sekali. Masa Jannah kena halau dengan mak ayah dia bila dapat tau Jannah pregnant (masa tu dia mmg dah kawin dgn Izaril ye), dia duduk mana selama tiga bulan tu ehh...Mintak pencerahan pleaseee..

Kenapa lepas 3 bulan pregnant barulah dia terjumpa dgn mak angkat dia (Kartina Aziz) yang jaga dia sampai dia bersalin? Patutnya buat2lah terjumpa masa dia hari yang dia kena halau tu...Betul tak??

Mak angkat dia tu tak ingat ke yang Izaril tu yg pernah azankan baby Jannah tu masa kat hospital tu?? 

Kenapa ending tu takde pulak tunjuk Jannah bawak Izaril dan anak dia tu balik kampung jumpa family dia?? Yelah.. bukan ke mak ayah dia dah salah paham dengan status dia, jadi kenapa tidak dia balik kampung dan jernihkan hubungan dorang...

**Opismate aku cakap kan tajuk dia CINTA JANNAH jadik ofkos cite pasal ending hubungan dia dengan Izaril jelah....ooooooooooooo

Why??

**Aku sebenarnya nak tengok reaksi kakak Jannah, si Balqis tu bila dapat tau Jannah sebenarnya dah kahwin dengan lelaki kaya yang hensem lagi bergaya, sebab dia kan berlagak gila dengan Jannah dan bajet bagus..hahaha

Last sekali, kenapa ada dua tiga kali jugak aku perasan ada scene dalam keta yang kononnya bergerak....tapi sebenarnya tak...just goyang2 je dan driver buat2 eksen dengan stereng...hehehe

Kenapa ehh?? Ada Cinta Jannah 2 ke??? Tak payah lah kot...kan banyak lagi novel cinta lain yang nak didramakan....kami tak sabar dah nk follow ni. Jom kita pakat support drama tempatan...heheh

#Drama baru Love U Mr.Arrogant tu macam best jugak...walaupun heroin baru...nama apa ntah...lupe la pulok..

Monday, 23 September 2013

Apa Kata Mereka..

COPY PASTE ini untuk renungan bersama..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat mu
Syaitan - Alahh..sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni...zzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah...
Malaikat - Wahai anak Adam, mulakan dengan Bismillah..
Syaitan - Ahh, tak payahlah...dah lapar ni! Makan jelah...nyumnyum sedapnya..

Manusia - Hari ni nak pakai baju apa ya?? emm
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh..panaslah, tak ada style langsung..kampung girl sangat..

Manusia - Alamak, dah lewat!! Bos marah nanti..
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahh, awal lagi ni...suruh je si X tolong punchkan...lalala

Manusia - Eh..ehh..tak boleh tengok ni berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkan pandanganmu, sesungguhnya ALLAH SWT Maha Melihat & Maha Mengetahui..
Syaitan - Perghhhh..best tu..rugi oo kalau tak tengok ni...hahaha..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain oranglah...lantak dia lah..

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya ALLAH SWT Maha Pengampun..
Syaitan - Relaks la..lain kali boleh bertaubat...muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok..
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai ALLAH SWT, berpalinglah...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...jomlahh

Manusia - Patut ke aku biarkan artikel ini tetap di sini saja??
Malaikat - Ingatkan pada kawan2 yang anda kenal...sebarkanlah..
Syaitan - Tak payahlah nak sibuk2..biar je kat sini..boleh delete je, bukan ada orang nak baca pun..

#Aku - Hanya berkongsi untuk mereka yang sudi baca entri ini....daaa

Friday, 13 September 2013

OFFICE FAMILY DAY 2013 :: GOLD COAST MORIB, SEPANG..

Tahun ni dept aku dan IRFA dah bergabung di bawah satu pengurusan. Jadinya bila ada apa2 function yang besar-besar secara otomatik kami akan berjumpa contoh macam jamuan rumah terbuka hari raya & hari keluarga yang diadakan di GOLD COAST MORIB, SEPANG hari Sabtu lepas.

Masa aku dapat email pasal family day ni, aku tak bajet langsung yang IRFA nak join sama sebab aku tau dia selalunya tak berapa minat dengan aktiviti camni. Jadi aku kawtim dengan sorang officemate jugak konon kami nak balik hari jelah masa function tu.

Sebab dorang bagi pilihan samaada nak pakej bilik @ tidak. Memandangkan kami punya niat asal kononnya nak main kat waterpark dia je, so kami pilihlah untuk tak ambik bilik lagipon Morib dengan rumah takdelah jauh mana..(walaupun dalam hati sebenarnya agak menyesal sebab tak ambik pakej bilik tu..huhu)



Tapi kami saja lah standby bawak baju mana lah tau kot2 ada bilik yang sudi tumpangkan kitorang tido malam tu, bukan apa aku risau kalau2 function habis lewat, takkan nak drive balik pulak..tapi kalau terpaksa apakan daya. Nasib kami baik sebab ada kakak ofismate aku yang tersangatlah baik hati sebab dia offer kami tumpang apartment dia sebab ada extra 01 bilik kecik. Kebetulan dia dapat apartment yang ada 03 bilik. Alhamdulillah...terima kasih kak..syukrannn...

Alamak...panjangnya intro aku niii...hahah..takpe sebab lepas ni aku nak tepek gambar je banyak2..



Lepas daftar & sarapan bihun, majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik..aku tengok masing-masing bersemangat menari gangnam & poco-poco termasuklah Irfa. Aku try jugak menari tapi susahlah sebab tak dapat nak tangkap step akak instructor tu..apapun kami kagum tengok dia..mantap weii..



Dah habis senaman, terus kepada acara telematch untuk kategori dewasa & kanak-kanak, tapi aku tak masuk satu game pun sebab aku nak bagi can kat Irfa & family join game tu semua.. tu yang dia dapat banyak tupperware tu..



Sementara kami semua makan, kami dihiburkan dengan kehadiran icon kanak-kanak si UPIN & IPIN tu. Sampai penuh stage kena serbu dengan peminat cilik mereka..nasib baik tak runtuh stage tu.

Ada lagi sorang artis jemputan, orang lama ni..akak SHEEDA dangdut..nasib baik masa dia perform takde yang angkat kaki..semua enjoy dengan persembahan dia..maklumlah akak2 kan..ramai pulak yang bergoyang sama.. Heyy!!! marilah bergoyangg...


Kami check-in bilik dalam pukul 2 lebih kot lepas makan tengahari. Apartment tu bagi aku cantik sangat. Sesuai sangat la kalau kita datang satu family sebab dia ada 02 bilik besar (dua katil) & 01 bilik kecik (01 katil). Bilik utama tu ada bilik air sendiri. Harga semasa mungkin dalam 4++ kot..


Petang dah masuk time untuk free & easy, mak ayah dah boleh bawak anak-anak turun main air kat water park. Sedikit info, harga tiket masuk waterpark jika walk-in adalah RM30-35 (dewasa) & RM20 (kanak-kanak) rasanya.


Dinner start pukul 8 malam, jadik semua kena turun awal nak cop meja.  Ada yang pilih dekat stage (dgn harapan kalau dapat lucky draw takdela jauh nak jalan..hehe) & ada yang pilih dekat dengan meja buffet (yang ni untung sebab tak payah nak beratur panjang). Kami memilih untuk duduk kat meja tengah2..tak jauh & tak dekat..yang sedang2 saja..


Malam punya show di mulakan dengan kata2 aluan dari brader MC yang diterbangkan khas dari Hawaii ni..


Brader MC yang meriah dengan tema Hawaii..siap bertopi buah-buahan & kalungan bunga plastik..hehe


Anak2 remaja dari kelab tarian kpop menari ala-ala GIRL'S GENERATION gitu..


Ada persembahan dari artis baru..nama dia WANA. Maklumlah sekarang ni ramai sangat artis baru...ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...tapi kalau budak2 AF memang konfem la aku kenal....hehe

Aku tunggu sampai habis majlis dengan harapan no tiket aku menang lucky draw malam tu. Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab langsung tak bertuah..huhu. Kakak opis yang duduk semeja dengan aku dapat Ipad Mini sebijik...untunglaa..

Besoknya kami checkout awal sikit dari orang lain sebab member ajak singgah beli DRAGON FRUIT yang banyak dijual sepanjang jalan Sepang tu...4 bijik sepuluh ringgit...mahal ke murah??


#Akhirnya dapat jugak aku buat entri pasal family day ni..walaupun dah seminggu tertunda...yey!!

Thursday, 12 September 2013

KOALA BEAR dari CIK BLOGGER JARIMANIS...

Semalam aku komen kat blog wakgelas tu pasal gift dari JM , tak sangka pulak rupanya aku punya gift pun dah sampai. Masa nak bukak pintu rumah, terperasan satu envelope terselit kat tingkap..mesti housemate tak perasan envelope tu kat situ. Dengan penuh perasaan terus capai..tengok tertera nama 02 orang blogger femes iaitu CIKVIVA &  HAPPYIRFA .. hahaha..perasan gilerr..

Ni diaa... dua ekor koala bear..satu untuk aku, lagi satu untuk IRFA...yeahhh!!!



#Terima kasih banyak2 JM untuk gift yang comel ni..nak pergi Gold Coast Australia tak tau la bila sampai..setakat Gold Coast Sepang & Morib bolehlaaa....heheh