Monday, 20 April 2015

VIETNAM Trip 2015 :: CU CHI TUNNEL TOUR..

Alhamdulillah..perjalanan singkat kami @ 03 Musketeers ke BANDAR HO CHI MINH, VIETNAM jumaat lepas berjalan seperti yang dirancang. Aku, IRFA & adik lelaki kami merangkap bodiguard abam sado berlepas ke HCMC dengan menaiki flight MH750 di pagi Jumaat itu.


Ekceli ni adalah trip pertama adik aku ke obersi katanya, tu pon selepas IRFA berjaya mempengaruhi beliau untuk buat pasport haritu. Adik aku cakap sepatutnya first trip untuk seorang backpakers adalah KRABI dulu. Tapi takpe, kami bawak pegi nyoping kat Vietnam dulu ye dik...hahahah


Sesampai je kami ke HCMC, terus carik bas ke BEN THANH. Tiket bas seorang masih lagi 5000 VND. Campur bagasi semua..total tiket kami adalah 30000 VND.

Trademark bulatan kuda di BEN THANH dah takde..teringat sebab penah bergambar kenangan kat situ dulu. Tapi yang penting...kite pekena KOPI AIS dia dulu......terbaik!!!


Okay, perkara pertama yang kami plan adalah...carik hotel & tour ke CHU CHI TUNNEL. Aku & IRFA tak pernah berpeluang ke sana sebelum ni sebab trip kami hanya mampu STUCK di dalam @ kedai2 disekitar BEN THANH sahaja...hahaha

Tapi kali ni atas permintaan adik aku, kami realisasikan jugak hajat beliau.

Kami ambik bilik untuk 3 orang kat KIM HUONG HOTEL. Kenapa hotel ni yang jadik pilihan? Ntahlah masing2 punya keselesaan. Kami dah 3 kali dok sini..so far OK JER..


Oh ye..berbalik pada kisah TOUR CHU CHI TUNNEL kami tadi. Kami ambik tour tu melalui hotel sahaja dengan kos 14USD seorang termasuk tiket masuk. Tour hanya  ni mengambil masa setengah hari (1PM - 5PM) tidak termasuk perjalanan pergi balik dalam masa 2-3 jam yang bergantung kepada keadaan trafik semasa.


Apa kami buat dalam bas..adalah ZZZZZZ

Bas akan berhenti rehat & rawat di kilang membuat kraftangan ni dulu dalam masa 15 minit. Sambil rehat boleh cuci mata kat showroom dia...cantik2 semua handmade kraftangan dorang. Tekun betul dorang nak belek satu2 semua tu..

Contohnya ni yang di buat dari kulit telur..


Selepas 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai kat sini...terletak dalam kawasan kebun getah. Kena menapak jugak untuk ke kawasan tunnel tu. Tapi seronok dapat tengok keadaan sebenar & kesusahan para VC (VIET COM) di zaman perang dorang.



Lebih kurang macam nilah rupa tunnel tu..



Aku tak masuk pon dalam tunnel tu...ishh tak sanggup aku. Bukan apa takut tetiba sesak napeh pulak, lagi susah semua orang..ni semua pic acah2 saje...heheheh


Balik dari tour, masing dah kelaparan sebab tengah hari tu tak sempat nak makan dulu. So kami pilih lah untuk dinner kat RESTOREN SERAI ni sebab kebetulan bas kami berhenti betul2 depan restoren ni.

Review : SEDAP sebab memang tengah lapar giler..ngeeee


Ekceli kami tak pernah try makan kat restoren kat sana pun sebelum ni. Almaklumlah, kadang tu kami bawak bekal je & lagipun pernahlah jugak terjadi kes terlupa nak makan bila dah bizi menyoping..hehehe..

Adik aku belanja kami dinner malam tu. Celik sket mata beliau bila tengok bil malam tu...hahahah..

Lepas makan balik hotel dulu, mandi rehat dulu sebelum keluar balik untuk ke BEN THANH NIGHT MARKET @ PASAR MALAM BEN THANH...barulah HAVOC..HAVOC...



Okay, kita sambung besok pulak...

Malam tu kami ditemani dengkuran masing2 yang sudah kepenatan terlampau....krohhkrohh....

12 comments:

  1. kita lom update, pinjam entri ni ok lah kot
    malas nak karang citer

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS,
      Takyahlah update.... share LINK iollss je...hahaha

      Delete
  2. fehhh bestnyer...kagum betul..kulit telur pun boleh bt handcraft..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MF,
      Sangat tekun & gigih pekerja dorang nak carik rezeki...

      Delete
  3. hahaha mmg pun.. katanyalaa kan bukan bekpekers sejati kalo x jejak krabi lagi..

    bestnyaaa jalan adik bradik.. CT sorang je so mmg kenalah cr kawan teman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT,
      Hahaah..betul tu, tak backpackers lah kalau tak sampai KRABI..
      Ada dalam wishlist KRABI tu...insyaallah

      Delete
  4. Replies
    1. CH,
      Betul tu sis....bestnya lau bawak duit banyak2...

      Delete
  5. CCT tu mmng jauh klu tido bleh 2,3 lap la kan tapi dh smpi best gak tempat nye..
    terowong tu sy masuk juz nk rasa tapi mmng tak de udara sgt gelap n sempit..mmng teringat dlm alam kubur je time tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOPIOLIMAUICE,
      Try masuk sampai nampak terowong tu...terus give up...sesak napas lak tetiba...tak sanggupp

      Delete

Have a nice day... ☺