Pagi sabtu (pagi tak pagi sangat lah..heheh), kami berempat gerak menghala ke KUALA SELANGOR. Tapi disebabkan oleh masalah teknikal plus makan angin aka SESAT maka bila kami sampai sana hari pun dah petang. Alasan sebab taknak lalu tol...amik kau...hihi
Wahhhh...sawah padi...teruja sangat..tiba2 teringat cite NUR KASIH..
Member aku booking homestay kat Kg Sg Haji Dorani ni. Mula2 aku ingatkan kat HOMESTAY SG HAJI DORANI yang rumah2 dia tepi sawah tu...rupanya tak..huhu
Kami tinggal di sini HOMESTAY D' IDAMAN ni je..
Ni kawan aku tengah merenung masa depan..hihih
Setiap rumah kat sini ada nama tersendiri..contoh rumah yang kami duduk ni nama dia FAIS. Nama2 lain seperti chalet AIN, JUA. RUSDI, IZWAN, RASHID & IDHAM.
Sewa untuk rumah FAIS untuk satu malam adalah RM150.
- 02 bilik dengan katil Queen
- 02 bilik air
- Aircond
- Perabot & TV
- Peti ais dan peralatan dapur
Tapi satu je takde.................WIFI...hehehe
Bagi aku lah, selesa sangat rumah ni...terasa macam duduk kat rumah sendiri walaupun rumah sendiri cuma pakai kipas je...lalalala.
Malam tu nak pegi tengok keindahan KELIP-KELIP lah kononnya. Sekali bila dah nak maghrib tu, hujan turun pulak. Kami dibagitau yang kelip-kelik takde kalau hujan, lagipun bahaya nak naik bot hujan2 camtu. Alahai...masing2 frustlah lahhh..sebab datang semata2 nak tengok KELIP-KELIP kot..huhu
Gambar dari google |
Bila hujan dah turun, kami pun plan nak tarik selimut jelah, nak buat aktiviti apa lagi. Layan TV jelah kot. Tiba2 perut rasa lapar la pulak, dah la tak bawak satu apa pun bekalan..so, kenalah keluar jugak carik makan. Tapi tulah malam tu banyak kedai tak bukak mungkin sebab hari hujan. Pusing2 jumpa lah satu kedai makan ni..lupa dah kat area mana..ok SEDAP..
Besok pagi semua mengadap TV dulu, menengok siaran langsung Majlis Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 kali ke-2 tu..Al-Fatihah untuk mereka..
Kami checkout terus pagi semalam sebab malas nak patah balik. Lagipun member ajak pegi carik seafood fresh kat pasar awam yang dekat stadium SG BESAR tu. Macam2 di belinya...aku mampu tengok jelah sebab aku kan tak masak kat rumah, aku masak kat kedai je...hehehe
Kami bersarapan di Restoren Kuala Kurau yang berdekatan stadium tu. Pagi2 dah pekena Char Kuey Tiaw & mee rebus..perghhh
Otw balik tu singgah beli jagung kat gerai tepi jalan tu, nampak sawah menghijau. Aku ajak member berenti kejap, konon nak berselfie tepi bendang tapi dia takmo sebab masa tu dah pukul doblas..matahari dah atas kepala...huhu. Aku sentap kejap, sebab dah standby bawak monopod sepanjang 4 meter dah..
Ingat nak singgah pekena MENTARANG bakar tapi tak berkesempatan lagi..masa petang Sabtu tu tengok ramai je orang berniaga, ingat nak singgah pagi Ahad semalam tapi banyak kedai tak bukak lagi. Tulah semalam taknak berenti terus...nyesal..huhuhu
Gambar dari google |
Ohh KELIP-KELIP...ohh MENTARANG